▣ bab 65

273 59 18
                                    

Masing-masing khusyuk menikmati makan tengah hari tanpa berbual. Pelanggan lain di Boat Noodle semakin ramai. Namun suasana di meja mereka berempat masih sepi tanpa sesiapa yang mahu mula bersuara.

Hadi senyap.

Elly diam.

Hafiz membisu.

Nicha bingung. Kenapa semua krik krik je ni. Awkward siot.

"Hadi, you sembang apa tadi dengan Kak Elly?" Akhirnya Nicha memulakan perbualan di tengah-tengah kebisuan yang mencengkam. Kebingungan yang dialaminya tidak mampu untuk dia hadam lebih lama.

"Pasal game." Ringkas saja jawapan Hadi.

Oh. Ok faham. Patutlah rancak semacam Hadi dan Elly bersembang tadi. Lupa pula dua-dua hantu game. Mesti banyak benda yang boleh dibualkan kalau ada minat yang sama.

Bunyi ringtone dari smartphone Nicha memekak minta dijawab. Loser nyanyian Big Bang terhenti saat Nicha menyapu skrin telefon pintarnya ke kanan.

"Wa'alaikumussalam." Nicha menjawab salam kesejahteraan dari pemanggil di hujung talian.

"Tengah makan ni kat luar. Mak abah sihat?" Soal Nicha sambil menghirup ais kosong dan mengunyah ais. Krap krup krap krup macam kunyah kerepek.

Dia malas nak bangun dari situ dan hanya berbual di tempat duduknya saja. Hadi, Hafiz dan Elly terus menikmati makanan mereka tanpa mempedulikan Nicha yang sedang berbual di telefon.

"Kita lepak dengan kengkawan kita. Mak call tetiba ada apa ek?" Hati Nicha bagai digaru untuk tahu mengapa ibunya menelefon dirinya secara tiba-tiba.

Sebab kebiasaannya Nicha yang akan menghubungi ibunya itu.

"Apa? Merisik?" Naik seoktaf suara Nicha bila mendengar bicara ibunya.

"Siapa yang datang merisik?" Nicha dah kelihatan tak senang duduk saat ini.

Serentak itu tiga pasang mata yang asyik dengan makanan sebentar tadi memandang ke arahnya.

"What? Bila dia datang? Mak tautak dia tu laki orang?" Hampir meradang Nicha mendengar balasan yang diucapkan oleh ibunya di talian sana.

"Hah? Pulak dah... Bila masa dia bercerai?"

Diam sekejap. Dicerna satu persatu bicara ibunya.

"Tak nak! Mak tolak je ok kalau dia datang meminang pulak lepas ni."

Diam lagi.

Tiga pasang mata masih tertancap ke arah Nicha.

"Alaaa kita baru 28 tahun lah mak. Muda lagi lah. Tak fikir langsung pasal nikah kahwin ni."

Diam lama sikit.

"Itu diorang. Bukan kita. Kita is kita. Diorang is diorang. Hidup kita dengan diorang totally different. So, mak jangan risau ok. Nanti kita dah ready, kita sendiri yang akan bawak calon menantu untuk mak. Ok?"

Selesai bercakap dengan ibunya, Nicha meletakkan smartphone nya di atas meja. Wajahnya monyok dan mendung.

"Cha, ada orang merisik kau ke?" Elly bersuara.

Hadi dan Hafiz diam menunggu jawapan dari mulut Nicha.

Nicha mengangguk sedikit.

"Siapa?" Soal Hafiz pula.

"Ex-boyfriend aku."

"What? Shahmir ke Cha?" Elly bertanya mahukan kepastian.

Angguk lagi. Nicha kelihatan bagai hilang mood seratus persen.

"Kita balik ok Cha?" Ujar Elly.

"Takmo. Kita nak jenjalan dengan Hadi. Tadi akak yang lepak dengan Hadi main game sama-sama. Bukan kita." Balas Nicha sambil menyimpan telefon pintarnya ke dalam poket jeans nya.

"Ok so now Nicha nak jalan berdua je lah dengan Hadi? Gitu?" Soal Elly.

Nicha mengangguk. Kemudian dia menoleh ke arah Hafiz. "Kau boleh tak temankan Kak Elly? Tadi dia naik kereta Hadi sekali. So dia tak bawak kereta dia."

"No problem." Senyum indah terhias di wajah Hafiz saat matanya menikam ke mata Elly.

Elly kemudiannya membuang pandang ke arah lain.



Kayu. [√]Where stories live. Discover now