"Sedap?" Tanya Shahmir.
Nicha mengangkat wajahnya yang sedari tadi menunduk sebab khusyuk bebenor menikmati spaghetti carbonara yang dimasak oleh buah hatinya, Shahmir.
Senyum segaris dihulur ke pemuda yang duduk di depannya. Nicha menganggukkan kepalanya satu kali bagi menjawab pertanyaan kekasihnya itu.
Tadi masa kat tasik proton city, Shahmir tanya Nicha; apa yang Nicha nak dia buat supaya aweknya itu maafkan dia. So dengan mudah Nicha menjawab; "Aku nak kau masakkan western food untuk aku. Tak kisah lah benda apa, yang penting western. Dan aku nak sekarang!"
Maka, tanpa berfikir panjang, jejaka itu segera beredar dari situ dan menuju ke cafe milik rakannya yang terletak di pekan Tanjung Malim (TM). Boleh tahan jauh juga perjalanan Shahmir yang hanya menunggang motosikal dari tasik proton city ke pekan TM.
Selesai dia masakkan spaghetti untuk Nicha, dia kembali semula ke tasik ini. Katakan dia gila, dia tidak kisah. Mungkin kerana dia benar benar gila akan gadis yang bernama Anissa itu. Walaupun sikap gadis itu sering memeningkan kepalanya, dia masih mampu bertahan. Kerna, dia sungguh benar sayang akan Nicha.
"Mer, thank you. Alhamdulillah sedap! Aku nak balik kolej. Kau nak stay sini ke?" Nicha bertanya buah hatinya selepas dia selesai membaham spaghetti kesukaannya.
"Saya pun nak balik rumah sewa saya. Awak balik naik apa?" Penuh perhatian Shahmir bertanya.
"Tu haaa naik kereta Nain. Dia pun baru habis dating dengan angah aku. Ok lah Mer, bye."
***
Nicha merenung laptop miliknya yang terletak elok di atas meja study di dalam bilik tidurnya. Dia melabuhkan duduk di bangku depan meja belajarnya itu. Belum pun sempat dia menyentuh laptopnya itu, suara emaknya menyapa gegendang telinganya dari arah ruang tamu.
"Nicha, dah bagitahu angah lom kau da sampai?" Emaknya menyoal dengan suara separa kuat.
"Belum. Kejap lagi kita whatsapp dia. Mak, tadi Nain kemsalam kat mak abah and Achik." Nicha menjawab juga separuh kuat dari dalam bilik.
Nicha baru je tiba di rumah keluarganya di Kluang lima belas minit yang lalu. Kini dia sedang bertapa di dalam biliknya. Abah dan Emak yang menjemputnya di bus station Kluang pukul 12 tengah malam tadi. Achiknya (Kak Chik) pula dah lama tidur menurut emaknya. Kat rumah tu memang tinggal mak, abah dan achik je. Along kat Melaka dengan suami dan anak dia. Angah pulak stay kat Selangor dengan bini dia si Nain. Nicha pun duduk Selangor.
Selepas Nicha menghantar whatsapp kepada angahnya, dia membuka laptopnya yang sekian lama tidak dibuka. Al maklum lah, dia jarang pulang ke sini. Kadang dua bulan sekali baru dia balik.
Ini pun dia balik sebab esok dia dah janji dengan kawan baiknya, dia akan datang ke wedding temannya itu.
Nicha berfikir, adakah esok dia akan berjumpa lagi dengan ex-boyfriend nya, Shahmir. Entahlah.
Spontan Nicha membuka satu folder di dalam laptopnya. Folder tersebut menyimpan segala kenangannya bersama Shahmir satu ketika dulu. Dia pun taktau apasal dia masih menyimpan segala gambar, audio dan video mereka berdua. Sedangkan dah lama gila kot diorang berdua putus.
Tapi malam ni, hati Nicha baru tergerak nak melihat semula semua kenangan itu dan kemudian dia memutuskan untuk menghapus kesemua kenangannya bersama Shahmir lepas dah throwback segala memori tersebut.
Lalu Nicha membuka satu audio file yang terdapat di dalam folder 'CHAMER'. Nicha rasa macam nak tergelak pun ada bila dia baca semula nama folder tu.
Apa benda doh. Cha-Mer. Haih, shipname tu Nain yang bagi. Tapi Nicha tak bagitau pun Shahmir sampai laaaa diorang berdua berpisah. So, Nicha abadikan lah ship name tu dalam laptop dia saja.
So, berbalik kepada file audio yang Nicha klik tadi. Maka, terdengarlah satu alunan suara sederhana garau bertemankan petikan akustik guitar.
Dulu, masa Nicha masih berstatus kekasih Shahmir, setiap malam dia akan didendangkan dengan pelbagai jenis lagu dari Shahmir.
Tapi, dalam banyak-banyak lagu yang Shahmir nyanyikan untuk dia, ada satu lagu yang paling Nicha gemari.
Lagu Fall For You by Secondhand Serenade. Setiap kali Nicha dengar lagu tu, dia mesti terbayang muka Shahmir. Entahlah, sukar untuk dia describe apa perasaan dia bila dengar lagu tu. Tapi kenyataannya, dia tidak lagi istimewa dalam hidup lelaki itu.
Kalau ditanya, adakah dia sesali apa yang terjadi. Jujur Nicha katakan, dia tak pernah menyesal jadi kekasih Shahmir. Yang dia kesali adalah kerana dia tak pernah berikan sepenuh perhatian terhadap lelaki itu.
Nicha mengaku, dia tersangat selfish dan terlalu ego ketika bercouple dengan Shahmir. Sehingga akhirnya, dia ditinggalkan dengan sejuta kelukaan. Kelukaan yang dia bina sendiri. Bukan Shahmir. Kerana, Shahmir dah cukup terluka dengan layanan Nicha terhadap dirinya.
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...