Selepas bersiap ala kadar untuk keluar bersama Nain, Nicha duduk bersila di atas katilnya. Sambil itu matanya merenung kotak lutsinar yang masih penuh berisi coklat di atas katilnya itu.Melihat coklat-coklat itu membuatkan Nicha teringat akan perbualan singkatnya bersama Amirul Hadi minggu lepas.
Ketika itu Hadi baru selesai set up satu komputer di aras yang sama dengan tempat workspace Nicha. Semasa lelaki kayu itu berjalan melintasi meja kerja Nicha, gadis ketot itu segera menyapa lelaki pujaan hatinya.
"Hadi."
Lelaki itu menoleh apabila namanya diseru oleh seseorang. Spontan matanya bertentangan dengan mata orang yang memanggilnya.
"Hmmm, kau tak marah ke aku amek coklat yang secret admirer kau bagi kau tu?"
Geleng.
"Serius ke ni? So aku makan eh semua coklat tu."
Angguk.
Keluhan terlepas dari bibir Nicha. Dia masih terbayang akan wajah lelaki kayu itu. Wajah yang tak punya emosi. Wajah yang lokek dengan senyuman. Namun wajah itu berjaya membuat Nicha jadi hilang arah dan tak menentu sejak dua menjak ni.
"Cha, jom. Sorry lambat. Dah lama ke kau siap?" Suara Nain menyapa deria dengar Nicha.
Nicha menoleh ke pintu biliknya. Di situ berdirinya seorang gadis cantik ber-shawl yang tidak lama lagi akan menjadi kakak iparnya.
"Jom. Lama betul kau bersiap ek. Berjanggut hah aku tunggu." Ungkap Nicha sambil melompat turun dari katilnya.
"Sorry lah. Tadi shawl aku ni buat hal. Asyik tak menjadi je." Nain memberitahu sambil sengih segaris.
Semasa mereka berdua berjalan menuju ke pintu utama, mereka terlihat Heliza yang duduk sendirian kat sofa ruang tamu.
"Eh, Kak Elly takde nak pergi memana ke hari ni? Weekend kot hari ni, tak dating dengan jiran sebelah ke kak?" Nicha menyoal Heliza yang sedang menghisap vape di ruang tamu.
"Tak kot. Malas pulak nak keluar. Aku nak lepak kat rumah je hari ni. Nain, nanti balik kau singgah Giant jap boleh? Binatang dalam esbox tu semua dah habis. So, pepandai kau la cari apa yang patut. Ok?"
"Haha. Okay boss." Balas Nain.
***
"Aku nak keluar jap. Kau duduk rumah diam-diam k. Kalau orang yang tak dikenali datang, jangan bukak pintu. Tunggu je sampai aku balik. Faham?"
Puteh hanya mengiau saja saat Amirul Hadi memberi arahan dan pesanan kepadanya.
Sejurus selepas itu, Hadi keluar dari rumah sewanya. Dia masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin. Sementara itu, dia membelek smartphone miliknya.
Secara tiba-tiba pintu keretanya di seat sebelahnya dibuka oleh seseorang dan orang itu telah pun duduk di situ sambil tersenyum ke arahnya.
"Sorry awak, I'm late." Gadis itu bersuara.
Hadi hanya tayang muka bekunya seperti biasa dan tidak memberi sebarang reaksi terhadap gadis yang baru saja masuk ke perut keretanya.
***
Nicha merayau seorang diri di dalam pasaraya Giant itu. Dia malas nak follow Nain dan angahnya yang sedang busy mencari barang-barang dapur. Barang masakan or barang dapur? Ah whatever.
Nicha akhirnya kebosanan. Dia bercadang untuk blah dari situ dan terasa macam nak minum coolblog pula.
Akan tetapi, langkah kakinya terhenti bilamana matanya terpandang seorang lelaki ㅡberkaca mata, bert-shirt putih lengan pendek dan bertrack suit yang sedang membelek beberapa bungkusan makanan kucing tidak jauh dari tempatnya berdiri.
Automatik jantung Nicha berdegup tiga kali ganda lebih kencang dari biasa. Lelaki itu adalah Amirul Hadi. Lelaki itu adalah crushnya. OhMaGad!
Adakah aku sedang bermimpi? Nicha bermonolog.
Pada pandangan Nicha, Hadi sangat sangat sangat kacak bila memakai t-shirt putih. For the first time Nicha terasa dirinya bagai sudah dijampi. Kakinya, matanya dan seluruh tubuh badannya seakan terpukau dengan ketampanan Hadi dan dia hanya terpaku di situ memandang ke arah lelaki itu.
~dan bila kau hadir bagai satu misteri...♪
ternyata diriku bagai sudah dijampi...♪~Saat itu juga lagu Jampi nyanyian Hael Husaini bergema di dalam pasaraya kawan Nobita dan Suneo itu.
Nicha mula berangan yang indah-indah~
Namun, anganan Nicha terus hancur berkecai bila seorang perempuan muncul di sisi Hadi.
Eh, macam pernah ku lihat pompuan tu. Tapi di mana ya? Hmmm. Monolog Nicha.
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...