☯ bab 5

558 108 27
                                    


"Kau pehal sengih sensorang?" Delaila bertanya.

Sengihan masih bergayut di bibir Nicha. Sikit pun dia tak menoleh ke arah rakan sekerjanya, Delaila.

Delaila ketap bibir apabila dia baru tersedar kebongokan sendiri. Dah terang tang tang Nicha main smartphone sambil headphone terkatup kemas kat telinga, opkos lah budak tu tak dengar apa yang ditanya tadi.

Lantas dicuit sedikit bahu si Nicha. Barulah gadis itu menoleh dan mencabut headphone di kepalanya.

"Hang awat tersengih dari tadi?" Soal Delaila kemudiannya.

"Aku layan lagu Badak dan Ikan ni haaa. Tak boleh blah weh. Klako."

Kelakar tapi Nicha just sengih je? Bukan ke biasanya orang gelak golek-golek kalau layan benda lawak? Ke cemana?

"Lagu apa tu? Nak tengok gak."

Nicha menghulur headphone miliknya kepada Delaila. Lagu yang didengar oleh dirinya sebentar tadi dimainkan semula.

Beberapa detik, Delaila cuba menangkap lagu apa dan siapa penyanyinya. Sebab smartphone yang bersambung dengan headphone itu ada pada tangan Nicha.

"Ni lagu Shawn Mendes lah sengal. Tadi kau kata lagu badak dan ikan." Delaila membebel sambil memandang Nicha. Diturunkan sedikit headphone itu ke tengkuk.

"Dengar je lah dulu. Dia ada sebut badak dan ikan nanti." Nicha membalas berserta sengih segaris.

Delaila kembali mendengar lagu Treat You Better tersebut. Kebetulan pulak time tu Shawn Mendes tengah nyanyi verse;

I know I can treat you better than he can
And any girl like you deserves a gentleman
Tell me why are we wasting time
On all your wasted crying
When you should be with me instead
I know I can treat you better
Better than he can

Tiba kat part better than he can tu, Delaila tetiba teruja. Mukanya seolah ingin menahan tawa. Dan akhirnya dia ketawa tak ingat dunia sambil tangan kanannya menepuk-nepuk lengan Nicha.

"Sakitlah gila." Nicha mengelak dari ditepuk sekali lagi oleh telapak tangan Delaila yang tembam itu. Nak gelak, gelak je lah. Takyah lah tepuk tampar aku. Adoi dia ni.

"Weh, serius lawak doh."

"Kannnn. Dah, bak sini headphone tu. Aku nak layan lagu Alan Walker lak. Kau kalau nak layan lagu BADAK DAN IKAN tu lagi, pegi layan kat you tube."

"Ahaha, nantilah aku layan lagi. Weh, tak lapo ke kau? Dah pukul satu lebih dah ni. Tak nak pegi lunch ke?" Delaila bertanya sambil mengembalikan headphone kepada Nicha.

"Lapo la jugak. Tapi aku malas nak turun. Balik nanti aku makan ah."

"Ok, aku turun dulu. Eh jap, kau takmo tapau pape ke? Kalau nak aku boleh tolong tapaukan."

"Takmo."

Waktu rehat dan lunch time adalah waktu untuk Nicha tidur sebenarnya. Dia memang jarang turun untuk makan.

Telinganya yang dicengkam headphone mula membingit dengan playlist dari melodi yang dihasilkan oleh Alan Walker. Nicha melayan video artis tersebut melalui you tube sahaja. Dan data internet nya semakin kehausan. Hohho.

Kayu. [√]Where stories live. Discover now