2010Keadaan aspuri pada hujung minggu; hari Sabtu seperti selalu juga. Bising dan riuh dengan segala macam aktiviti yang dilakukan oleh penghuni di dalamnya.
Kalau hari Ahad, kompom sunyi sikit aspuri ni. Sebabnya, hari Ahad merupakan hari untuk pelajar aspuri pergi outing. Dan kebiasaannya memang ramai yang akan pergi outing untuk jenjalan atau melepak kat bandar JB ni.
"Assalamu'alaikum, Nicha ada?" Satu suara bertanya di muka pintu dorm aku. Aku yang sedang makan biskut sambil menghafal madah (subject) Balaghah di atas katilku segera menoleh ke arah suara itu.
"Ada tu haaaa." Jawab Hani yang ingin keluar dari dorm.
"Ada apa Pura?" Aku bertanya saat mataku dan mata Safura bertentangan dalam jarak yang agak jauh. Dia masih berdiri di depan pintu dormku manakala aku pula still bersila di atas katilku.
"Abang kau datang. Dia tunggu kat bawah." Safura menjawab sambil tersenyum dan dia berlalu pergi selepas menyudahkan percakapannya itu.
Aku mengerutkan dahi. Abang aku datang? Abang aku ada seorang je kat dunia ni; Angah. Angah datang sini? Aik, tak pernah-pernah dia datang, asal tetiba dia datang ek?
Aku bersiap ala kadar saja untuk turun ke bawah. Kesian pula angah menunggu lama. Mataku sempat mengerling jam tangan di pergelangan tangan kiriku. Pukul 3.03 petang.
Dengan hanya menyarung jubah dan tudung labuh hitam berserta stoking kartun di sepasang kakiku, aku terus keluar dari dorm.
"Acik, aku pinjam crocs kau tau. Tenkiu." Laungku di luar dorm sambil kakiku menyarung crocs milik Acik. Tanpa menunggu jawapan balas dari Acik yang sedang tidur di dalam dorm, aku terus turun ke bawah.
Tiba di bawah, aku melilaukan mataku mencari kelibat angah. Hari Sabtu macam hari ni memang ramai sikit pelawat yang datang. Tapi aku tak nampak pun angah.
Mataku yang sedang meliar ke sana sini untuk mencari angah ㅡakhirnya terhenti pada satu tubuh lelaki yang sedang melambai tangan ke arah aku (?). Aku toleh ke belakangku, tiada orang lain. So memang lelaki tu lambai tangan kat aku lah kan.
Aku menuju ke arah lelaki itu. Lelaki itu berdiri di sisi keretanya yang di parkir di bawah pokok teduh di hadapan pintu gate aspuri.
Sesampainya aku di depan lelaki itu, aku pandang muka dia dengan pandangan mendatar. Dia membalas pandanganku dengan seulas senyuman.
Hmmm, dia makin handsome.
"Sihat?" Terangkat keningku mendengar soalannya.
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...