"Cha, jom makan. Aku dah siap masak." Nain memanggil teman serumahnya yang juga merangkap kawan baiknya itu untuk makan dari arah dapur.Nicha yang sedang melingkar di depan tv segera bangun dan menuju ke dapur. Hari ni Ahad. Nicha dan Nain tak keluar ke mana-mana pun. Manakala Kak Elly pula tiada di rumah sejak dari pagi semalam lagi. Sebab Kak Elly pergi ke Perlis bersama Hafiz (jiran mereka) untuk shoot wedding client di sana.
"Whoaaaa, banyaknya lauk! Kita berdua je kot In, asal kau masak banyak sangat ni?" Nicha menyoal kakak iparnya itu sambil dia melabuhkan punggung ke bangku di meja makan.
Oh lupa nak bagitahu, sekarang ni Nain telah pun sah bergelar kakak ipar kepada Nicha sejak dua minggu lalu. Yes, Nurain (Nain) dan Luthfil Hadi (angah si Nicha) telah pun menjadi suami isteri. :))
"Sebab, my husband pun akan join sekali lunch kita hari ni." Nain menjawab sambil tersenyum simpul.
"Perghhhh, untung ah angah dapat isteri mithali macam kau. Cantik, bijak, pandai masak pulak tu. Tak macam aku, dah la pemalas, tak cantik pulak tu. Malang betul siapa yang jadi suami aku nanti. Hmmm."
"Janganlah kata gitu Cha. Kau memang tak cantik..."
"Ceh, jujur noh kau ni In."
"Ish budak ni, aku belum habis cakap lagi. Ce dengaq dulu bagi habis. Even kau tak cantik, tapi kau comel tau. Then, bab pemalas tu, kau boleh ubah. Nak atau taknak je."
"Aku comel ke In? Awww jangan ah puji dedepan camni. Segan titew."
"Erghhh gediklah kau. Menyesal lak puji tadi. Dahlah, aku nak panggil laki aku jap."
Usai kata begitu Nain terus berlalu ke biliknya. Mata Nicha terkebil beberapa kali. Angah ada kat sini ke? Bila dia datang? Monolog Nicha sendirian.
"Oi, menung apa?" Tanya Luthfil Hadi kepada Nicha sambil jarinya menjentik telinga adik bongsunya itu.
"Ouch! Eeee sakitlah ngah. Bila angah datang sini?"
Nicha menggosok perlahan telinga kanannya yang sudah kemerahan akibat dijentik oleh abangnya itu.
"Malam tadi. Kau tu terperap je kat dalam bilik, dah nak tengah hari baru reti nak keluar. Sarapan kau pun bini aku yang bawak masuk bilik untuk kau pagi tadi. Pemalas tahap apa kau ni Cha? Haih."
"Alaaaa, bukan kita yang suruh, dia yang bawakan sendiri untuk kita." Rungut Nicha sambil bibirnya dimuncungkan.
"Dah dah, jom makan." Nain menyampuk sekaligus meleraikan perang mulut antara suaminya dan Nicha.
"Cha, lepas makan aku dengan Nain nak pergi shopping. Lepastu aku nak singgah cafe aku jap. Kau nak follow tak?" Angah menyoal Nicha sambil tangannya menyambut huluran pinggan yang diberi oleh isterinya.
"Macam nak ikut. Tapi macam malas. Hmmm, takpe lah, kita lepak kat rumah je lah."
***
Selepas kepergian Angah dan Nain untuk bershopping, maka tinggallah Nicha sendirian di rumah.
Dia berbaring di atas sofa di ruang tamu. Sambil tu tangannya sibuk dengan smartphone. Dibelek aplikasi facebook miliknya.
Dibuka dan ditutup aplikasi itu. Bosan sia.
Akhirnya Nicha menekan profile fb milik Amirul Hadi.
Friend request yang dihantar Nicha masih tidak di-approve oleh Amirul Hadi. Dia sedikit hampa.
Asal Hadi kayu tak approve lagi ni? Dah dekat sebulan kot aku add fb dia. Sedih betullah. Haih.
Nicha men-scroll wall fb Amirul Hadi. Facebook milik lelaki kayu itu tiada apa yang menarik pun sebenarnya. Dah banyak kali Nicha stalk fb mamat kayu tu. Setiap kali dia stalk, dia akan melihat garis masa pada fb Amirul Hadi, dan tiada apa yang berubah. Sebab post terakhir yang di-update oleh Hadi kayu di fb nya adalah pada tahun 2013.
Weh sekarang dah 2017 kot. Dia ni memang tak active langsung ke kat fb? Tak pun dia private kan apa yang dia update lepas-lepas tahun 2013 tu? Gambar profile picture kucing tu pun dia privatekan. So, aku tak boleh nak detect tahun bila dia update gambar kat dp dia. Cover photo pun dia tak letak. Kosong je hah. Nicha membebel sendirian.
Disentuh 'cancel request' pada wall fb Hadi dan tak sampai lima saat, Nicha menyentuh kembali 'add friend' pada dinding fb si Hadi itu. Berulang kali dia buat begitu. Sehingga terasa bodoh pulak buat macam tu.
Akhirnya Nicha memutuskan untuk menekan 'add friend' saja dan tak lagi menekan 'cancel request'. Setelah itu dia terus me-log out dari apps tersebut.
Nicha mengeluh perlahan. Tidak sampai lima minit dia log out dari fb, kini dia kembali me-log in facebooknya itu. Dah gila agaknya si Nicha ni.
Di ruang carian, dia menaip sesuatu.
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...