☯ bab 15

426 96 33
                                    


Dah dua hari Nicha tak nampak batang hidung Hadi di office. Biasanya dia akan terserempak dengan lelaki kayu itu semasa baru datang office, atau masa dia nak bancuh nescafe kat pantry, tak pun dia akan nampak lelaki itu masa nak pulang dari kerja.

Tapi dalam dua hari ni, Nicha memang tak nampak langsung muka mamat tu. Ah, rindu pula kat mamat yang tak reti nak senyum tu. Manalah dia pergi ek. Hmmm.

Hari ni dah masuk hari ketiga Nicha bagai hilang arah. Dia kelihatan sugul. Tak ceria.

"Cha, kau ok tak ni? Apa hal monyok je muka tu? Period ke?" Delaila bertanya.

Nicha hanya gelengkan kepala tanda dia bukan datang bulan. Kemudian dia mengeluh berat.

"Weh tak eloklah mengeluh cam tu. Kau ada problem ke?" Officematenya itu kelihatan begitu prihatin akan keadaan Nicha.

Geleng lagi.

"Haish, dah kalau takde problem asal muka tu macam mati laki je aku tengok."

"Hadi..." Tutur Nicha sepatah. Wajahnya masih murung.

"Hadi technician tu? Kenapa dengan dia?"

"Aku dah lama tak nampak dia. Dia dah berhenti kerja ke? Tapi kenapa tetiba je dia resign?"

Lama lah sangat. Baru dua hari woi. Tapi bagi Nicha, dua hari tu bagaikan dua tahun lamanya. Eceh, kuat berdrama kau ni.

Nicha masih mengekalkan wajah sedihnya. Delaila dah hampir nak tergelak tengok muka Nicha yang macam tempoyak basi tu.

"Kau suka Hadi eh Cha?"

"Sukalah jugak. Tapi suka gitu gitu je. Takde ah sampai aku nak buat dia sukakan aku."

"Haha, serius ah weh, mamat tu tak suka senyum kot. Muka dah lah ketat sepanjang masa. Pebenda entah yang susah sangat nak senyum aku pun tak faham."

"Kau dah kenapa nak kutuk dia. Biarlah dia tak senyum. Kang kalau dia senyum, ramai pulak yang cair kat dia. Pastu ramai yang nak jadi awek dia. Eh, tak boleh tak boleh. Aku lagi suka kalau dia tak senyum."

"Apa punya taste la kau ni. Adui. Kalau aku jadi kau, baik aku pilih adik dia yang Hafiz tu. Adik dia yang kawan baik kau tu pun ok gak. Manis je muka sebab selalu senyum. Weh, Haiqal tu dah ada awek ke, Cha?"

"Asal kau tanya? Nak try lah tu. Dulu ada. Tapi dah putus. Kau tak yah nak try dia lah Del. Daus tu kau nak campak mana?"

"Daus still in my heart. Haiqal maybe boleh jadi spare part?" Jawab Delaila sambil tergelak macam cik ponti.

"Palotak kau. Weh gelak tu cover sikit. Dah macam syaitonirrajim dah aku tengok." Nicha buat muka annoying ke arah Delaila. Suka suki kau je eh nak buat bestfriend aku tu spare part. Tapi dia tahu, Delaila hanya bergurau.



***



Jam tangan dilirik. Hampir pukul 9.17 malam. Pantas Nicha melipat telekung dan sejadah yang digunakan. Dia keluar dari surau pejabat dan ingin pulang ke rumah. Masih terdapat dua tiga orang pekerja di dalam surau itu. Mungkin mereka nak stayback.

Ketika kakinya berjalan melepasi sebuah bilik yang berdinding dan berpintu kaca, dia berhenti melangkah. Tubuhnya dipusingkan dan dia berjalan beberapa tapak menuju ke arah bilik itu.

Nicha berdiri tegak di hadapan pintu bilik yang tertera perkataan IT DEPARTMENT. Keadaan bilik tersebut yang sudah gelap dipandang dari luar. Dia memegang pemegang pintu dan dengan perlahan dia menolak pintu itu. Tapi tak terbuka.

Duh, pandainya kau ni Nicha. Kalau tak scan access card memanglah tak boleh buka pintu ni.

Dengan pantas Nicha mengeluarkan access card miliknya dari poket belakang seluar jeans nya. Kemudian access card itu discan di luar pintu bilik tersebut.

Setelah masuk ke bilik itu, Nicha menekan suis lampu di dinding tepi pintu. Bilik itu terang benderang. Matanya tertancap pada workspace Hadi.

 Matanya tertancap pada workspace Hadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Workspace Hadi.)

Technician di pejabat tempat Nicha bekerja hanya ada dua orang saja. Hadi dan Radzi. Radzi merupakan assistant Hadi.

Workspace Radzi kelihatan kemas berbanding workspace Hadi. Mungkin sebab kat meja Radzi hanya terdapat dua buah monitor komputer. Manakala di meja Hadi sampai tiga biji pc dan ditambah dengan seketul komputer riba berserta beberapa buah buku nota.

Nicha bergerak santai ke workspace Hadi. Dengan selamba dia duduk di kerusi empuk milik lelaki kayu itu.

Hadi... where are you? Nicha berbisik sendirian. Badannya tersandar kemas di kerusi itu. Matanya terpejam buat seketika. Dia menarik nafas sedalam mungkin untuk meredakan kerinduan yang mula mengasak akal dan mindanya. Dilepaskan nafasnya secara perlahan dan dibuka matanya.

Ah, aku kena balik. Dah lewat ni.





Kayu. [√]Where stories live. Discover now