☯ bab 36

277 63 18
                                    

Delaila yang baru tiba di pejabat pagi itu meletakkan handbag nya di atas meja kerjanya. Pandangannya ditala ke Nicha di sebelah work space nya yang telah pun sampai lebih awal darinya.

Sambil melabuhkan duduk, Delaila menegur Nicha yang sedikit pun tidak memandangnya sejak tadi. Kelihatan temannya itu begitu khusyuk menikmati breakfast ㅡroti sandwich berintikan cheese egg dan sekotak susu HL bersaiz kecil.

"Morning Cha! Awal kau datang hari ni."

Nicha masih statik tak menoleh walau seinci pun ke arah Delaila. Dengan selamba Nicha menyedut susu kegemarannya menggunakan straw tanpa mempedulikan langsung sapaan Delaila di sebelahnya.

"Cha, kau marah aku lagi ke? Sorry beb tak bagitau kau pasal relationship aku dengan Qiden. Serius weh aku takut kau marah aku." Ujar Delaila sambil mendekati Nicha.

"Asal lak aku nak marah? Korang berahsia dengan aku tu yang buat aku marah. Kau tautak bila korang berahsia dengan aku, aku rasa macam aku ni tak penting langsung dalam life korang. Kata je kawan baik. Tapi bila ada happy news tak nak share dengan aku." Sedikit panjang Nicha meluah ketidakpuasan hatinya sambil menoleh sekilas ke Delaila.

"Alaaa kitorang memang nak bagitau kau. Cuma lambat sikit je kitorang bagitau. Hmmm, Cha. Qiden cakap kan, Hadi single lagi. Kau try la tackle Hadi. Mana la tahu boleh sangkut? Nanti boleh kita jadi biras."

"Biras hangguk kau. Kau jangan nak alih topik eh. Kita tengah discuss pasal kau dengan Qiden."

"Haha, tapi Cha, ni betul beb. Aku suggest kau try dulu tackle Hadi. Awek yang selalu naik kereta dia tu bukan awek dia. Trust me. Kalau kau nak number Hadi, kau mintak je kat Qiden." Delaila masih tak putus asa memujuk Nicha agar cuba mengorat si Hadi kayu.

"Aku dah pernah mintak number mamat kayu tu kat Qiden. Tapi pakwe kau tak nak bagi pun. Hampeh betul."

"Laaa kenapa lak Qiden tak nak bagi?"

"Mana lah aku tahu. Takpe la Del. Nanti aku mintak sendiri number Hadi kat mamat kayu tu."

"Wow, seriously? Ganbatte kudasai Nicha-chan!" Ujar Delaila sambil mengacu penumbuk ke udara.






***






Hujung minggu yang membosankan tiba lagi. Nicha termenung di birai katilnya. Awal pagi tadi, usai menunaikan solat subuh dan selesai membaca surah Al-Waqiah, Nicha keluar dari biliknya bila Kak Elly memanggilnya untuk bersarapan di dapur.

Lepas bersarapan tadi, Kak Elly terus bersiap untuk keluar date dengan Hafiz. Nicha ditinggalkan bersendirian di apartment itu.

Sebelum tu ada juga Kak Elly mempelawa Nicha untuk ikut dia nge-date. Tapi Nicha menolak dengan alasan tak mahu kacau daun.

Lagipun kalau Nicha ikut, confirm dia akan jadi third wheel punyalah. Tu yang Nicha malas tu. Kalau double date ok lah sikit. Ini jadi third wheel, memang tak lah. Ugh.

Nicha mengeluh perlahan. Dicapai telefon pintarnya yang terdampar di atas katil. Di slide skrin ke atas untuk membuka lock pada phonenya itu.

Kemudian, ibu jarinya menyentuh aplikasi whatsapp. Hanya terdapat notifikasi dari beberapa group whatsapp. Tiada langsung notification whatsapp personal yang masuk.

Aduh ini benar benar bosan tahap terabytes. Aigooo.

Nicha sekadar membuka segala whatsapp group itu tanpa membacanya. Tapi ada satu mesej dari group whatsapp officemate nya berkongsi satu link di dalam group itu.

Nicha tergerak untuk klik link tersebut dan dia di minta untuk memilih apps google chrome atau apps telegram bagi membuka link tersebut.

Nicha memilih apps telegram dan secara auto, dia dibawa ke satu group di telegram. Sememangnya Nicha mempunyai acc telegram, cuma dia tidak aktif di aplikasi itu.

Ternyata link yang di-klik itu tadi adalah link bagi group telegram company tempat dia bekerja. Sebelum Nicha klik button 'join' di dalam group itu, dia terlebih dahulu melihat members yang ada dalam group tersebut.

Tanpa sedar, bibir Nicha terukir sebuah senyuman bilamana matanya terpandang satu nama pada members list dalam group tersebut.

Amirul Hadi.

Tanpa berlengah, Nicha segera menyentuh button 'join' di dalam group telegram itu. Kemudian, dia menghantar satu mesej secara personal ke telegram Amirul Hadi.

(Nicha)
Hai Hadi.
Morning!
*emoticon ㅡ

Morning!*emoticon ㅡ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.













Kayu. [√]Where stories live. Discover now