Spontan mata Elly dan Nain yang sebelum ini tertumpu pada smartphone masing-masing, kini tertancap ke muka Nicha."Why? Kau jealous dengan siapa?" Kak Elly menyoal. Sambil tu tangannya masih setia berbalas message dengan Hafiz melalui aplikasi WhatsApp.
Nain pula meletakkan telefon pintarnya di atas meja makan. Tadi pun dia hanya scroll instagram je. Kini matanya tertumpu seratus peratus pada wajah Nicha.
Raut wajah Nain jelas menggambarkan bahawa dia ingin tahu lebih details mengenai issue 'jealous' yang Nicha ungkapkan sebentar tadi.
"Macam ni... petang tadi dalam pukul 3.45 gitu..." Nicha mula bercerita.
"Del, nak ikut tak?" Nicha mencuit lengan Delaila yang kelihatan fokus membuat kerja di sebelahnya.
"Pergi pantry ke? Jom. Aku pun tengah tahan ngantuk ni senanya." Balas Delaila.
"Aku pun weh. Dah nak terkatup dah mata aku ni. Ngantuk gila doh."
Serentak itu mereka berdua berlalu turun ke aras bawah. Pantry takde kat floor mereka. Jadi mereka menuju ke pantry yang terdapat di aras paling bawah di pejabat itu.
Semasa Nicha dan Delaila tiba di pantry, hanya terdapat secretary boss mereka yang sedang membuat jus buah-buahan.
"Hai Kak Yani!" Tegur Delaila sambil tersenyum ramah ke arah secretary boss mereka.
"Hai Del." Pendek saja Kak Yani membalas.
Selesai saja Nicha dan Delaila membancuh minuman masing-masing, mereka duduk di kerusi salah sebuah meja di pantry tersebut.
Sambil minum, mereka berdua sembang kosong dan langsung tak berbual dengan Kak Yani yang masih ada di situ.
"Hadi, semalam akak lupa nak hantar your favourite juice. Sorry tau!" Kak Yani bersuara secara tiba-tiba.
Spontan kepala Nicha dan Delaila menoleh ke arah Kak Yani yang kini sedang bercakap di telefon.
"Dell, dia call my Hadi ke?" Nicha bersuara seperlahan yang boleh ke telinga Delaila.
"Maybe." Jawab Delaila juga secara berbisik.
"Asal doh? Diorang berdua tu scandal ke? Tapi serius ah? Kak Yani bukan ke dah ada suami? Ke Hadi kayu just anak ikan dia?"
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...