Delaila menoleh dua tiga kali ke arah Nicha di sebelahnya. Officematenya itu kelihatan begitu tekun membuat kerja menghadap komputer di depannya.
Sebenarnya mata Delaila lebih tertumpu pada ice bear sederhana besar yang terletak di pangkuan Nicha ketika ini. Badan gebu dan tembam ice bear yang berwarna putih itu kelihatan terpeleot sedikit bila Nicha menghimpit dirinya dengan meja.
Dia tahu bear itu diberi oleh Hadi kepada Nicha. Pagi tadi masa sarapan berdua dengan Afiqah, gadis itu bercerita sesuatu.
"Del... Aku benci Hadi!" Adu Afiqah pada Delaila yang baru saja melabuhkan duduk di bangku depan Afiqah.
Pagi ni tak ramai sangat orang di pantry pejabat ni.
"Kenapa ni Fiqa? Hadi buat apa kat kau?" Soal Delaila prihatin sambil membuka bungkusan nasi lemak yang dibeli di tepi jalan semasa on the way ke tempat kerja sebentar tadi.
"Pagi tadi aku naik kereta Hadi macam biasa. Lepas tu, masa dah sampai office, tetiba dia keluarkan satu bear kat belakang seat kereta dia. And aku punyalah excited amek bear tu dari dia, tapi..." Afiqah memulakan ceritanya...
"Untuk saya ke ni Hadi?" Afiqah mengambil ice bear dari tangan Hadi. Wajahnya kelihatan berseri dengan senyuman.
Ni mesti kes nak pujuk aku sebab semalam dia ignored WhatsApp and call dari aku. Hmmm, so sweet la Hadi ni. Getus hati Afiqah sambil tersengih sendirian.
Saat ini mereka berdua baru saja tiba di pejabat dan sedang berdiri di tepi kereta Hadi di tempat letak kereta depan office mereka.
"No. This is not for you." Balas Hadi lalu merampas semula ice bear yang diambil Afiqah tadi lalu beredar dari situ.
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...