☯ bab 31

289 63 14
                                    


"Bye Nain. Bye Angah. Thanks hantar kita kat sini. Kang balik hati-hati. Love both of you to the moon and back." Ujar Nicha sambil melambai tangan ke arah abangnya dan kawan baiknya merangkap kakak iparnya di satu sudut di level 3 di dalam bangunan tbs (Terminal Bersepadu Selatan) yang penuh sesak dengan pelbagai ragam manusia.

"InshaaAllah. Kau kalau dah sampai Kluang bagitau aku. At least kat group whatsapp family. Naik bas kang baca doa." Luthfil Hadi berpesan sambil menggosok perlahan kepala adiknya, Nicha yang akan berangkat pulang ke Kluang sebentar saja lagi.

"Aigooo Angah ni, habis terpeleot tudung kita." Rungut Nicha sambil membetul-betulkan awning tudung bawal color maroon di kepalanya.

"Love you too Cha. Fihifzillah. Nanti kemsalam kat mak abah and semua yang ada kat rumah k." Nain bersuara sambil memeluk tubuh sahabat baiknya itu.

"InshaaAllah. Thanks again. Sorry sebab menyusahkan korang, terpaksa hantar aku ke sini." Nicha membalas sambil meleraikan pelukan Nain. Senyuman nipis terhias di bibirnya.

"Mana ada menyusahkan. Kau tu adik aku. Dah, ni nak turun pukul berapa ni? Tiket kau pukul berapa?" Angah menyoal.

"Pukul 9.30 malam." Serentak itu Nicha melihat jam tangan yang terlilit kemas di pergelangan tangan kirinya.

"Eh lagi dua puluh minit. Dah boleh turun dah ni. Kbai. Assalamu'alaikum." Kali ini Nicha melambaikan tangannya sekali lagi ke angahnya dan Nain sambil berjalan menuju ke arah gate 09 untuk turun ke level dua di mana terletaknya departure hall.

Semasa Nicha sedang duduk di bangku yang disediakan di ruang departure hall gate 09, matanya secara tak sengaja terpandang ke satu pasangan suami isteri yang sedang beratur di gate 08 yang terletak bersebelahan dengan tempat dia menunggu kedatangan bas.

"Itu macam Shahmir dengan Farah." Desis hati Nicha.

Sambil itu Nicha memicingkan matanya ke arah screen board di atas gate 08 yang memaparkan nama bas, destinasi hala tuju bas tersebut dan waktu bas bertolak.

"Larkin, JB. Pukul 9.20 malam. Bas SNS. Diorang balik JB (Johor Bahru) naik bas? Asal tak naik kereta?" Nicha bergumam sendirian.

Selang lima minit kemudian, bas KKKL yang akan Nicha naiki tiba di luar gate 09.





***





Bas KKKL express membelah kepekatan malam dalam kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan lebuh raya menuju ke selatan tanah air. Nicha yang sedari tadi bermain phone kini mulai terasa pening.

Sememangnya dia mudah diserang sakit kepala apabila terlalu fokus dengan telefon pintarnya ketika sedang berada dalam kenderaan yang bergerak.

Makin bertambah sakit kepalanya kini kerana jalan jammed dan membuatkan pergerakan bas yang dinaikinya tersengguk-sengguk.

Disimpan phone miliknya di dalam saku sweater yang dipakainya. Kemudian Nicha menyandarkan kepalanya ke kerusi seat bas itu.

Pandangan matanya dilempar ke luar jendela bas. Dia memicit seketika kepalanya yang berdenyut sedikit. Apabila reda, ingatannya tetiba membawa dia ke satu kenangan yang jarang dia ingati.

Mungkin sebentar tadi dia ternampak Shahmir, maka kenangan itu hadir tanpa dipaksa.

"Awak ok tak ni?"

Soalan dari buah hatinya diabaikan begitu saja. Nicha sibuk dengan camera digital di tangannya. Ditangkap segala gambar pemandangan yang indah belaka di sekitarnya. Kini mereka berdua sedang berada di tasik proton city.

Shahmir mengeluh perlahan di belakang aweknya.

"Sayang, ce bagitahu, apa salah saya? Sampai awak ignore saya macam ni sekali." Kini Shahmir berdiri betul-betul di hadapan lensa kamera milik Nicha.

Gadis itu menurunkan kameranya lalu menatap wajah kekasihnya dengan pandangan kosong tak beremosi.

"Salah kau, kau fikirlah sendiri. Kenapa tanya aku?" Dingin Nicha bersuara.

Satu hal yang tidak pernah berubah dalam relationship antara Shahmir dan Nicha adalah; sejak mereka berdua bercouple hingga mereka berpisah, panggilan yang digunakan Nicha terhadap Shahmir tetap sama iaitu; kau-aku.

Bunyinya memang kasar, namun Shahmir tabahkan hati. Bukan dia tak pernah pujuk dan minta Nicha ubah panggilan itu terhadapnya at least; saya-awak. Tapi Nicha tersangat degil, keras kepala dan tersangatlah ego.

"Kalau saya tahu apa salah saya, saya takkan tanya awak Nicha. Please, explain to me. Dari semalam awak tak reply mesej saya, awak just seen je mesej saya kat chat box fb. Awak reject bila saya call. Mujur roommate awak bagitau saya, awak ada kat sini." Shahmir masih berlembut. Selama ni pun, dia saja yang sering mengalah dalam percintaan ini.

"Aku nampak kau dengan Laila hari tu. Kau bergelak ketawa dengan dia kat cafe kolej. Siap makan together. Sampai aku lalu depan kau pun, kau tak perasan." Nicha akhirnya menjelaskan alasan kenapa dia tidak mengendahkan Shahmir dari semalam.

"Sayang, awak pun tahu Laila tu classmate saya je kan. Masa tu ada benda lawak yang dia story kat saya so saya gelaklah. Saya mintak maaf sangat sebab tak perasan langsung awak lalu situ. I'm so sorry k."

"Apa sorry sorry. Fikir sorry tu boleh buat rasa jealous aku hilang semudah abc ke? Eiii sakit pulak hati kita ni." Nicha berpeluk tubuh sambil memandang ke arah lain.

Sememangnya, Nicha jarang tengok muka Shahmir bila bercakap. Dia jadi malu bila bertatapan mata dengan lelaki itu.

"Hmm, ok tell me, apa yang awak nak saya buat supaya awak maafkan saya." Soal Shahmir. Dia arif sangat dengan tahap cemburu yang sering melanda Nicha.

"Aku nak...."





Kayu. [√]Where stories live. Discover now