"Kalau dia dah tak sayangkan kau, kenapa mesti dia mentioned kau banyak tolong dia untuk quit vaping, right?" Ujar Nicha.
Hafiz senyum segaris. Ada sedikit rasa lega dihatinya. Dia selalu perhatikan Elly dari jauh sejak mereka bergaduh kelmarin.
Dah hampir sebulan Hafiz memandang Elly hanya dari jauh. Pernah juga sesekali tu dia terserempak dengan gadis tomboy itu di dalam lift di apartment mereka, tapi Elly hanya buat-buat tak pandang dia.
Lagu Loser yang dinyanyikan oleh Big Bang memecah suasana kedai buku itu. Nicha pantas menyeluk pocket jeans nya lalu mengeluarkan smartphone yang masih memekak dengan ringtone lagu korea itu.
"Hello, dah siap main game ke kak?" Soal Nicha selepas dia menjawab panggilan dari Elly.
"Dah. Kau kat bookstore lagi ke? Jom makan. Akak lapar. Hadi ajak makan Boat Noodle. Nanti jumpa sana je ok?" Elly bersuara di hujung talian sana.
"Ok." Nicha memasukkan semula telefon pintarnya ke dalam saku seluar jeans nya.
"Nak makan dah ke? Meh aku bayarkan sekali buku kau tu." Hafiz menyuakan tangannya pada Nicha.
"Ok, nanti aku bayar kat kau." Nicha menghulur buku yang dipilihnya tadi.
Note To Self by Connor Franta.
"Takpe, aku belanja. Kau takyah bayar kat aku." Senyuman terhias pada wajah tampan Hafiz.
Sememangnya Hafiz adalah yang paling handsome di antara mereka adik beradik. Kedua handsome jatuh pada Qiden, manakala Hadi menjadi orang paling bawah dalam kategori handsome di mata Nicha.
Tapi yang paling tak handsome tu lah yang Nicha angaukan. Ceh.
"Weh tapi mahal doh buku aku beli tu." Nicha ingin menghalang Hafiz membelanja dirinya. Namun Hafiz hanya tersenyum sambil beratur di kaunter cashier.
Harga buku itu RM89.90. Berat hati Nicha untuk menerima pelawaan Hafiz untuk membelanja dia.
Haih, dasar adik beradik pemurah. Hadi dan Qiden memang selalu dah belanja Nicha. Kali ni Hafiz pula yang belanja dia.
"Nah, termenung apa lagi tu. Jom lah cari Boat Noodle." Ajak Hafiz lalu menghulur buku Note To Self kepada Nicha.
"Thanks you Hafiz. Betul ke ni kau takmo aku bayar kat kau?"
Hafiz mengangguk. Dia masih lagi tersenyum.
Murah senyuman betul lah mamat sekor ni. Berbeza dengan Hadi tu hah. Eh tapi lately ni da banyak jugak Hadi senyum dekat aku. Desis hati Nicha.
Di sepanjang perjalanan mereka berdua nak ke Boat Noodle, mereka berbual kosong.
"Kau tak bagitau Elly dengan Hadi ke aku join sekali korang lunch ni?" Tanya Hafiz semasa sedang menaiki escalator.
"Tak. Alaaa tapi aku yakin diorang okay punyalah. Kau kan adik Hadi and boyfriend Kak Elly. Mesti diorang tak kisah."
"Kalau Elly marahkan aku lagi macam mana?" Soalan Hafiz berbaur risau.
"Chill ah. Dia tak marah kau dah. Trust me."
Setibanya mereka berdua di Boat Noodle, mereka terus menuju ke meja yang dihuni oleh Hadi dan Elly.
Kelihatan Elly dan Hadi sedang rancak bersembang. Nicha dan Hafiz berpandangan sesama mereka kerana pelik melihat tingkah laku Hadi yang sedikit berbeza kali ini.
Apabila Hadi dan Elly menyedari ada orang duduk di hadapan mereka, terhenti terus perbualan mereka sebentar tadi.
Elly memandang Hafiz yang kini telah pun duduk di depannya. Manakala Hadi pula memandang Nicha yang duduk berdepan dengannya.
Sepi.
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...