☯ bab 20

348 74 29
                                    


Mata Nicha masih tak lepas memandang ke arah Hadi dan perempuan cantik itu. Kelihatan perempuan itu bercakap sesuatu kepada Hadi.

Akan tetapi, Hadi tak memberi sebarang respon. Lelaki itu terus menerus membelek beberapa bungkusan whiskas pada rak tanpa menoleh sedikit pun ke arah perempuan di sisinya. Seolahnya perempuan tu macam tengah bersembang dengan dinding. Aiguuu.

Jarak antara Nicha dan Hadi berdiri saat ini tidaklah terlalu jauh. Tapi tidak juga terlalu dekat. Cukup sekadar untuk Nicha dapat melihat dengan begitu jelas susuk tubuh Hadi dan perempuan itu.

Terbuntang mata Nicha apabila secara tiba-tiba je perempuan itu memegang lengan sasa Hadi dan menarik lelaki itu untuk memandangnya.

Mungkin perempuan tu bengang sangat sebab Hadi tak layan dia. Tapi suka suki kau je eh nak pegang pegang lengan bakal laki aku. Ish, ni yang nak jeles ni.

Hadi pun tak menepis atau mengelak bila lengannya dipegang. Eh sakit pulak hati kita.

Serentak itu juga Nicha mendengus kasar dan berlalu dari situ. Kakinya diatur untuk mencari angahnya dan Nain. Dia terus terlupa akan hajatnya yang mahu menikmati coolblog tadi.

***

Tubuh Hadi berpaling secara paksa saat lengannya ditarik oleh Afiqah. Matanya yang redup memandang gadis itu. Tapi ekspresi pada wajahnya teramat beku.

"Awak dengar tak apa yang saya cakap tadi?" Afiqah menyoal penuh kegeraman. Tangannya masih kekal memegang lengan Hadi.

Aku membebel panjang berjela tapi dia buat dono (don't know) je. Panas hati weh. Gumam Afiqah.

"Dengar. So?" Jawab Hadi ringkas.

"So, jom la kita pergi makan. Saya lapar, dah tengah hari ni." Ujar Afiqah lalu melepaskan pegangannya pada lengan Hadi. Sejurus itu matanya jatuh pada dada skrin smartphone nya yang menyala bila dia menekan button sebelah atas belah kanan untuk melihat waktu pada ketika itu. Tepat pukul 12:37 pm.

"Nak makan kat mana?"

"Makan kat mulut." Afiqah menjawab sambil tersenyum.

Fikir kelakar. Hambarudin sungguh. Hati Hadi berkata. Tangannya membetulkan kedudukan cermin matanya dan kemudian dia menyeluk tangan ke dalam saku seluarnya.

"Alaaa awak ni, tak mudah terhibur lah. Hmmm. Jom la kita pergi makan kat Restoran Buna. Terasa nak makan daging masak selasih kat situ."

Hadi sekadar mengangguk kecil dan terus beredar dari situ.

"Hei Hadi. Tunggulah saya."

Eiiii dia ni kan, sukati (suka hati) je tinggalkan aku. Tak romantik langsung. Duh, Afiqah oi, bila ketika pulak mamat tu romantik. Dia kan kayu se(jati). Heh.


***






"Del. Weh, nak tahu tak. Semalam aku nampak Hadi dengan someone." Nicha berkata sambil tangannya lincah membuka/ mengoyak kotak air susu HL.

Dia baru nak bersarapan. Biasanya dia memang akan breakfast di pejabat. Dia hanya makan dua keping roti cheese egg dan minum sekotak susu HL yang bersaiz kecil. Setiap hari, itulah menu sarapan paginya.

"Kau jumpa dia kat mana?" Delaila yang sedang melayan drama korea pada komputer pejabat bertanya sambil menoleh ke arah Nicha di sebelahnya. Serentak itu jari telunjuk dan jari hantunya menekan button 'pause' pada keyboard komputer itu.

"Kat Giant. Dia dengan sorang awek ni. Aku rasa macam pernah tengok muka awek tu." Nicha bercerita. Sambil itu dia meneguk susu kegemarannya. Dia memang tak suka sangat minum guna straw.

"Awek mana? Eh takkan ah Hadi yang kayu tu ada awek. Kawan dia kot."

"Entah. Tapi weh, pompuan tu pegang tangan Hadi! And Hadi biarkan je pompuan tu pegang dia. Aku tak sukalah. Menyampah tautak."

"Eleh, kau jeles kan senanya."

"Sikit ah. Ce kau imagine. Boyfriend kau keluar dengan perempuan lain. Then kau ternampak pompuan tu pegang tangan balak kau. Apa perasaan kau?"

"Opkos ah aku akan marah and maybe akan mengamuk kot. Itu kalau boyfriend. Tapi masalah kau sekarang ni, Hadi tu bukan boyfriend kau. Hadi just your crush. Titik. Haha."

Semasa Delaila sedang tergelak, mata Nicha terpandang seseorang yang baru masuk office dan menuju ke sebuah bilik di floor itu.

"Del, tu lah awek yang keluar dengan Hadi semalam." Kata-kata Nicha membuatkan Delaila berhenti ketawa. Matanya turut memandang ke arah pandangan mata Nicha yang sedang melihat seorang gadis ayu ber-shawl. Gadis itu akhirnya masuk ke bilik yang menempatkan jawatan Copy Editor.

"Itu bukan ke budak baru yang masuk sini minggu lepas?" Delaila bertanya. Nicha mengangguk.

"Patut ah aku macam pernah tengok muka dia tu semalam. Kerja kat sini rupanya." Bebel Nicha.

"Tapi dia baru je kerja sini Cha. Cemana dia kenal Hadi kau tu?"

"Manalah aku tahu. Maybe diorang memang couple kot. Ish, tetiba rasa menyampah pulak kat awek tu. Siapa eh nama pompuan tu? Kau ingat tak? Minggu lepas dia ada introduce diri kan?"

"Ada. Tapi aku pun tak ingat apa nama dia. Tapi Cha, serius ah dia pompuan yang kau nampak semalam?"

"Serius doh."

Kayu. [√]Where stories live. Discover now