Alarm dari telefon pintar Hadi memecahkan keheningan pagi itu. Puteh yang sedang tidur nyenyak di atas dada Hadi terbangun serta merta apabila bunyi alarm itu membingit. Kucing gebu itu menguap luas sambil menggeliat.Hadi masih lagi enak tidur dan tidak sedarkan diri. Sedangkan smartphone yang memekak itu terletak betul-betul kat tepi kepala dia.
Puteh buat muka annoying ke arah Hadi yang masih dibuai mimpi. Muka Puteh time tu sebijik macam muka Bujibu Chempel.
Tidur mati ke apa tuan aku ni? Rungut si Puteh.
Puteh mencuit pipi Hadi dengan tangannya. Weh bangunlah Hadi oi. Tutup alarm kau tu. Bising tautak. Hati Puteh berbicara.
Tapi Hadi masih juga tak bangun. Lalu dengan penuh gaya seekor model jantan, Puteh berjalan (cat walk) menuju ke arah smartphone yang bising nak mampus itu. Puteh memasang niat nak stopkan bunyi alarm tersebut. Ok, dia dah duduk kat sebelah smartphone Hadi.
Lantas tangan Puteh menyentuh beberapa kali skrin telefon pintar milik tuannya. Namun masih gagal untuk dihentikan bunyi alarm itu.
Tiba-tiba alarm itu berhenti menjerit. Lega sikit telinga Puteh.
Namun kelegaan Puteh itu tidak berkekalan kerana selang lima minit kemudian, alarm itu kembali memekak. Ingatlah wahai Puteh, di dunia ini tiada apa yang kekal melainkan Tuhan Yang Esa. Huhhu.
Puteh malas nak cat walk ke phone itu semula. Padahal bukan jauh pun phone tu dengan dia. Maka, sesungguhnya dengan berat hati, Puteh mencuit pipi dan dagu serta hidung Hadi.
Selepas Puteh mencuit dua tiga kali, barulah mamat kayu tu terjaga dari lenanya. Matanya terpisat-pisat sambil tangannya meraba smartphone di tepi kepalanya yang masih berdentum dengan lagu Rockabye. Dia segera mematikan alarm tersebut.
Kemudian tangannya meraba-raba pula mencari cermin matanya di sekitar kawasan atas kepalanya yang berlapik bantal. Jumpa saja terus disarungkan kaca mata itu ke matanya. Dia bangun sambil berlunjur. Kepalanya tertunduk dan mata masih lagi terpejam.
Malam tadi Hadi tidur di depan televisyen kat ruang tamu rumah sewanya dan tidurnya bertemankan si Puteh. Dia memang jarang tidur di dalam bilik tidurnya.
"Adoi malas betul nak pergi office. Haih." Getus Hadi sambil mengusutkan rambutnya yang dah sedia kusut sebab baru bangun tidur.
Puteh hanya memandang perilaku tuannya itu.
***
Setelah seminggu bercuti, hari ini Hadi kembali masuk ke office. Dia duduk bersandar pada kerusi pusing di depan meja kerjanya.
Selepas dia on-kan segala PC di mejanya, dia membelek telefon pintarnya. Terdapat notifikasi WhatsApp dari partnernya, Radzi.
+ Di, aku kat mamak ni. Kau nak kirim pape tak?
+ Kalau nak, aku tapaukan.
Takpe beb. +
Aku da breakfast kat rumah tadi. +
Selepas membalas WhatsApp Radzi, Hadi membuka kaca matanya. Diletak cermin matanya di sebelah keyboard komputernya.Kemudian jari tangan kanannya menekan button ctrl + alt + del pada tubuh papan kekunci komputer kerjanya. Setelah itu dia memasukkan username dan password bagi pc tersebut.
Selepas dia menekan button enter, tangannya melarikan cursor pada skrin komputernya dengan menggerakkan tetikus untuk membuka email miliknya. Jarinya menari-nari di atas dada keyboard itu. Setelah email dibuka, Hadi segera membalas beberapa email penting.
Tiba pada satu email, tangannya terhenti seketika untuk membalas.
Hai Hadi! Aku ambil coklat kau sikit eh. Thank you! Huhu.
ㅡanissa (nicha)Hadi menyarung kembali cermin mata ke matanya. Dia membaca email yang datangnya dari Nicha itu berulang kali. Dilihat tarikh dan hari email itu dihantar.
30 December 2016. Hari Jumaat, pagi.
Dia sent email ni Jumaat lepas time aku cuti. Coklat apa yang dia cakapkan ni? Otak Hadi ligat berfikir.
Sedang Hadi berfikir, matanya melilau ke sekitar ruang bilik tersebut. Tiba-tiba...
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...