Selepas Hadi dan Nicha beredar dari Boat Noodle, Hafiz menarik tangan Elly menuju ke lot parking. Tanpa membantah, Elly hanya menurut saja.
Masuk saja ke dalam kereta Hafiz, Elly segera memasang seat belt. Dia benar-benar rindu haruman dalam kereta Hafiz. Sejujurnya dia pun lupa berapa lama dia tak naik kereta buah hatinya ini.
"Elly..." Elly menoleh ke sisi kanannya bila namanya diseru Hafiz.
"I miss you. Damn much." Hafiz bersuara selepas dia menghidupkan enjin keretanya.
Elly hanya diam sambil menggigit bibir bawahnya.
I miss you too. Bisik hati Elly.
Elly kemudiannya memandang ke depan.
Apabila tiada respon dari Elly, Hafiz hanya mampu tersenyum tawar dan memulakan pemanduannya keluar dari ruang parking mall tersebut.
"Awak nak balik ke Elly?" Soal Hafiz semasa keretanya sudah berada di atas jalan raya.
Elly memandang keluar jendela kereta sambil mengetap bibir. Hilang sudah panggilan 'sayang' dari Hafiz untuk dirinya.
"Up to you. Aku tak kisah." Jawab Elly tanpa memandang Hafiz.
"Ok. So saya hantar awak balik lah."
Senyap. Buat beberapa ketika suasana di dalam kereta itu hanya sepi tanpa bicara dari mereka berdua. Hafiz menekan button on pada radio kereta. Dibuka sederhana perlahan lagu yang berkumandang dari corong radio keretanya.
"Elly, awak still marahkan saya ke?" Hafiz bertanya selang beberapa saat. Lagu Joke's On You nyanyian Charlotte Lawrence melatari suasana pada ketika itu.
"Tak."
Terjungkit sedikit kening Hafiz mendengar sepatah saja jawapan dari mulut kekasihnya itu. Sejak bila pula Elly dah serupa perangai abangnya, Hadi? Bercakap pun sepatah sepatah.
Takkan lah baru je keluar lepak bersama tadi, Elly dah berpaling arah darinya dan menyukai Hadi pula kini?
Sebegitu besar ke tarikan seorang Amirul Hadi pada setiap gadis yang mengenali dirinya?
"I thought awak still marahkan saya. Sebab saya call, saya WhatsApp, semuanya awak ignored. Mesti awak dah benci saya kan sekarang?" Sedikit berjauh hati nada suara Hafiz saat dia menuturkan ayat itu tadi.
"Now saya tak marah dah. Don't worry." Panjang sedikit jawapan dari Elly kali ini.
"Thanks." Hafiz senyum segaris.
"Kau sihat ke?" Soal Elly.
"Tak. Saya sakit. Sakit sangat sepanjang awak ignored saya." Balas Hafiz penuh drama. Namun dia masih kekal fokus pada pemanduannya.
"Hah? Sakit kat mana? Teruk ke?" Sedikit gelabah Elly bertanya sambil memandang Hafiz di sebelahnya.
"Kat sini." Jawab Hafiz serentak dia menekap tangan kanannya ke dada belah kirinya.
Pantas saja Elly menampar dan mencubit lengan sasa lelaki di sebelahnya itu. Geram kerana sedar dirinya baru saja dipermainkan oleh jejaka itu.
"Ouch sakitlah, sayang." Spontan Hafiz mengaduh. Elly kalau mencubit memang sakit.
Elly sembunyikan senyum riangnya bila dia mendengar Hafiz kembali memanggilnya 'sayang'.
"Hafiz..." Meleret saja nada suara Elly.
"Yes?"
"Kita takyah balik dulu boleh tak? Kita pergi pantai nak?" Cadang Elly.
"Pantai mana?" Tanya Hafiz.
"Pantai Morib."
"Ok. Tapi sebelum tu kita singgah dulu lah eh mana-mana masjid. Saya nak Zuhur dan Asar."
"Sure. Kau singgah je any masjid masa nak ke pantai tu nanti. Then, malam ni kita bermalam satu malam kat sana nak tak?"
"Are you sure? Sayang, kita tak bawak baju apa semua tau. Saya tak kisah sebab saya lelaki, awak tu..." Belum sempat Hafiz menghabiskan kata-katanya, Elly dah pun menyampuk.
"Aku boleh beli lah semua semua tu nanti. Beli untuk malam ni and esok je. Singgah IOI Putrajaya tau nanti. Tak pun Alamanda ke. Boleh?"
"Anything for you, sayang." Balas Hafiz penuh rasa bahagia. Ceh buang karan je aku buruk sangka kat Elly tadi. Ingatkan dia dah sangkut kat Hadi.
"Oh by the way, sayang. Nanti jangan lupa bagitau Nicha, awak tak balik malam ni."
Elly membalas 'okay' dan lepas tu dia terus menghantar WhatsApp kepada Nicha.
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...