Selesai bersembang dengan Qiden di telefon, Nicha meletakkan smartphone nya di atas bantal di sisinya. Polaroid yang dipegang tadi ditenung sekali lagi.Penuh hati-hati Nicha mengoyakkan polaroid yang telah dilipat dua sebentar tadi. Sekelip mata gambar yang memaparkan wajahnya dan wajah Shahmir terpisah kini. Kemudian dia menyelitkan semula kepingan gambarnya ke dalam diarinya. Manakala kepingan gambar yang terpapar wajah Shahmir pula direnyukkan lalu dibaling ke sudut hujung biliknya yang menempatkan bakul sampah. Namun balingannya tersasar.
"Adoi tak masuk pulak. Ah lantaklah situ." Bebel Nicha sambil menyimpan kembali diari lamanya ke dalam laci meja di sebelah katilnya. Lepas dia bersembang dengan Qiden tadi tetiba terasa malas pula nak baca diarinya itu.
Dicapai kembali smartphone yang diletakkan di atas bantal tadi lalu dia merebahkan tubuhnya ke atas katil. Tangannya membelek smartphone nya itu dan akhirnya ibu jari tangannya menyentuh aplikasi Facebook.
Nicha menaip nama Amirul Hadi di ruangan carian facebook sambil mulutnya menguap beberapa kali. Sungguh matanya sudah mula mengantuk.
Dicari satu persatu gambar profile kucing. Fuhhhh. Ramai betul akaun fb yang guna nama Amirul Hadi. Gigih juga Nicha scrol satu persatu dp fb milik 'Amirul Hadi'.
Akhirnya dia berhenti scrol bila terpandang satu dp yang memaparkan gambar kucing putih yang agak gebu. Itu lah satu-satunya akaun 'Amirul Hadi' yang guna dp kucing sahaja. Yang lain ada juga gambar kucing, tapi di sisi kucing tu ada muka orang lain.
.....
Ok bersambung...
×××××××
Hai korang. Salam. Lamaaaaaa sangat aku tak update Kayu ni. Aku pun tak ingat bila last aku update. Ni pun aku taktau ah pebenda entah aku mengarut. Aku baca bab 21 & 22 je. Tak larat nak baca dari awal sebab confirm aku mengantuk nanti.
Weh senanya aku dah taktau nak bina ayat doh. Rasa macam tunggang terbalik tatabahasa aku. Stress doh bila kau ada idea, tapi stuck time nak menaip & mula mengarang. Jadah betul.
Oh ye di kesempatan ni, aku nak share satu gambarrrrr yang wawa tolong editkan untuk aku.
(GAMBAR DAH DI-DELETE)
Hahaha, terasa sweet pulak dapat berdiri kat sebelah Hadi kayu. XD
Thanks again novelawawa ♥
Oh lagi satu, sorry la eh korang sebab bab 23 ni aku pun taktau apa yang aku nak sampaikan. Haha. Rasa nak update tapi sebabkan dah lama bebenor tak menulis dan asyik busy je, sekali nak menulis semulaaaa, mashaaAllah, susah yang amat weh. Kbai.
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...