☯ bab 22

363 71 11
                                    


ㅡmatanya terus terpandang sekeping gambar yang terdampar di dada diarinya itu.

Gambar polaroid itu merakamkan wajah cerianya bersama Shahmir di sebuah café di Tanjung Malim satu ketika dulu.

Hatinya terasa pedih pabila terkenang segala memori bersama Shahmir. Gambar itu diambil lalu dilipat dua untuk memberi garis sempadan antara wajahnya dan wajah Shahmir agar mudah untuk dikoyakkan.

Terketar tangannya bila mahu mengoyakkan polaroid itu. Sungguh hatinya meraung kuat memohon agar dia tidak mengoyak gambar itu.

Telefon pintarnya berdering. Hajatnya untuk mengoyak polaroid itu ditangguhkan seketika lalu tangannya mencapai phone di atas bantal.

"Qiden hey, pehal call memalam ni? Rindu aku ke?" Nicha memulakan perbualan dengan si pemanggil di hujung talian sanun.

"Saja nak call bestfriend sendiri. Kau sihat? Dah tidur ke Cha? Sorry ah kacau." Qiden membalas.

"Eh tak. Aku belum tidur pun hah. Tengah baring-baring je tak buat menda pun."

"Cha, kau on fb ke tadi?"

Ini ke sebab utama Qiden call aku memalam cenggini? Desis hati kecil Nicha.

"Ada tadi aku on sekejap. Kenapa weh?"

"Hmmm, kau dah tahu lah kan yang Shahmir dah kahwin?"

"Yup. Baru je tahu ni tadi lepas on fb. Asal? Kau pun baru tahu ke?"

"Aku dah tahu dari bulan lepas lagi Cha."

"What? Sampai hati kau kan, tak bagitahu aku."

"Cha, aku bukan tak nak bagitahu kau. Tapi Shahmir yang suruh rahsiakan. Dia tak nak kau tahu dia nak kawen."

"Motif? Habis tu yang dia pergi post gambar lepas dia dah nikah kat fb tu pe citer?"

"Sebab dia takut kau sabotaj hari pernikahan dia Cha. Thats why dia taknak kau tahu dia punya wedding day."

"What the? Eh teruk sangat ke aku ni Qiden sampai dia sanggup fikir aku nak sabotaj wedding dia? Teruk sangat ke aku ni? Hina sangat ke aku weh?!" Nicha dah hampir separuh menjerit menahan geram. Suaranya tertahan-tahan menahan sebak.

Bila-bila masa saja air matanya akan mengalir kerana tubir matanya sudah dipenuhi cecair hangat.

"Tak Cha. Kau tak teruk. Aku kenal kau Cha. Aku tahu kau macam mana. Kau nampak je kasar tapi hati kau lembut. Kau sensitif. Mana mungkin kau sanggup nak sabotaj orang. Tu aku tahu Cha. Tapi aku tersepit Cha. Kau kawan aku. Dia pun kawan aku. Aku terpaksa rahsiakan perkahwinan dia sehingga majlis dia berlangsung semata-mata aku hormatkan permintaan dia. I'm so sorry Cha. Really really sorry."

"It's okay Qiden. Bukan salah kau pun. Takpe lah. Dia pun dah kawen dengan Farah. Aku taknak kacau hidup diorang. Diorang pun dah berbahagia dapat bersama akhirnya. Kau pergi ke wedding diorang weh?" Nicha menyeka air matanya yang baru dua tiga titis mengalir sebentar tadi.

Dia tak nak bazirkan air matanya untuk Shahmir lagi. Kerana satu ketika dulu terlalu banyak air matanya tumpah dibazirkan berpunca dari Shahmir yang sering melukai hatinya.

"Aku pergi kejap je. Aku pergi dengan Arep. Tak sempat pun jumpa pengantin."

"Eh dah lah. Jom tukaq topik. Kau bila nak turun sini lagi? Boleh kita lepak sesama lagi. Then kau ajak lah abang-abang kau sekali. Weh, Hadi dah ada awek ke?"

"Kau lah bila nak balik Joho? Lupa daratan betul. Kau kalau balik sini jangan lupa hallo-hallo aku."

"Ye baik boss. Tadi aku tanya pasal Hadi kau tak jawab."

"Oh, dia single lagi. Kau serius ke nak abang aku tu? Kalau nak aku boleh tolong cakapkan."

"Eh takyah takyah. Kau takyah cakap dengan dia yang aku suka dia."

"Hah tu kantoi kau memang suka along aku."

"Weh apa ni Qiden. Aku suka gitu je. Macam suka buat cuci mata je. Takde ah sampai nak buat jadi laki aku."

"Hahaha. Kalau tak serius takpe lah. Aku risau nanti kau broken lagi Cha. Kau tu broken kemain lama. Kalau kau betul suka kat Hadi, kau try la kawan dengan dia. Abang long aku tu memang nampak pendiam. Kayu je muka tu. Tapi kalau kau pandai ajak dia sembang, dia takde ah kayu sangat. Abang aku tu pemalu sikit dengan perempuan. Lelagi dengan perempuan yang dia tak kenal."

"Oh really? Bak sini number phone dia. Aku nak try whatsapp dia. Mana tahu boleh jadi kawan dia ke pasni."

"Ahah, yang tu maaf Cha. Aku tak boleh bagi nombor dia sesuka hati sebab dia pernah pesan kat aku and Apis; jangan bagi nombor dia kat sesiapa selagi dia tak izinkan. Tapi, kalau fb dia, aku boleh bagitahu."

"Eeee poyolah abang kau tu. Hah apa fb dia? Kau kata hari tu dia just ada friendster dengan myspace je. Bila masa dia buat account facebook?"

"Aku saja tipu kau hari tu. Tapi dia ada fb je la. Tweet, insta apa semua tu takde. Fb dia nama dia lah. Kau taip je nama dia, dp dia gambar kucing. Kucing tu kucing dia."

"Hadi ada kucing? Serius ah Qiden. Muka kayu gitu ada kucing?"

"Haha, banyak lagi benda yang kau tak tahu pasal Hadi, Cha."







Kayu. [√]Where stories live. Discover now