☯ bab 10

480 104 49
                                    

Tengah hari itu Nicha mengajak Delaila lunch bersamanya. Delaila tidak menolak.

Kini mereka berdua sedang duduk di dalam sebuah restoran yang berhampiran dengan pejabat tempat mereka bekerja.

Nicha sibuk dengan phone di tangan. Delaila pula membelek senarai menu yang diberikan oleh waiter restoran itu.

"Kau nak makan apa Cha?" Delaila bertanya sambil menalakan wajah ke arah Nicha di hadapannya.

"Kejap. Aku tengah tunggu member baik aku ni. Aku ajak dia lunch dengan kita. Kau tak kisah kan Del?"

"Aku ok je. Mana dia?"

"Dia cakap dah on the way."

Lima minit kemudian muncul tiga orang jejaka di meja Nicha dan Delaila.

Nicha kelihatan sedikit tergamam melihat salah seorang lelaki yang datang bersama Qiden.

"Sorry weh lambat." Ujar Qiden sambil mengambil tempat untuk duduk.

Qiden duduk di sebelah Delaila. Abang sulungnya duduk di sebelahnya dan Nicha. Manakala abang nombor duanya duduk di antara Nicha dan Delaila. Meja itu berbentuk bulat.

Mata Delaila terkebil beberapa kali memandang tiga jejaka tampan di meja tersebut. Aku ingatkan kawan baik Nicha ni perempuan.

"Takpe. Kitorang pun baru je sampai sini tadi." Nicha menjawab. Mulutnya dah gatal nak bertanya siapa dua lelaki yang datang bersama Qiden ni. Dia kenal lelaki yang duduk di sebelah kanannya saja, yang kat sebelah kirinya ni siapa pulak? Tapi ditahan mulutnya dari bertanya dan dia hanya tersenyum.

"So, which one kawan baik kau Cha? Or tiga-tiga ni kawan baik kau?" Delaila bertanya sambil memandang Nicha. Keningnya diangkat. Dia macam kenal lelaki yang duduk di sebelah kanan Nicha tu. Muka mamat tu macam someone yang dia pernah tengok. Tapi dia tak pasti siapa nama mamat tu.

"Sebelah kau tu hah." Jawab Nicha. Mulutnya dimuncungkan ke arah Qiden.

Delaila menoleh ke kiri. Qiden senyum tayang gigi ke arahnya.

Mangai.... handsomenya woi! Bisik hati kecil Delaila.

"Hai. Nama apa?" Qiden bertanya. Ramah.

"Delaila. Panggil Del. Awak?" Balas Delaila sambil tersengih miang ke arah Qiden.

"Saya Haiqal. Boleh panggil saya Abang Haiqal." Jawab Qiden masih lagi tersenyum.

"Eyyy bongoknya kau ni Qiden. Gedik siot. Kejadahnya Abang Haiqal. Del ni tua dua tahun dari kita tau tak." Nicha menyampuk.

"Eh biar ah. Yang kau nak jeles apa hal?" Qiden membalas sambil tersengih ke arah Nicha.

"Tak kuasa haku nak jeles. Ni korang nak makan apa? Cepatlah order, aku dah lapar ni."

Selepas waiter mengambil order dari mereka berlima dan berlalu dari situ, keadaan di meja itu sepi seketika.

"Ehem. Qiden, dua orang ni member kau ke?" Nicha akhirnya memecahkan kesepian.

"Oh haaa lupa pulak nak kenalkan. Ni abang long aku." Qiden berkata sambil tangannya di arahkan ke kirinya.

Kayu. [√]Where stories live. Discover now