"Then kau cakap apa kat dia masa dia confess tu Cha?" Soal Nain lagi.
"Aku..."
Begini kisahnya...
Sepanjang perjalanan nak ke Subang Airport, Hadi dan Nicha hanya mendiamkan diri masing-masing. Setibanya mereka di dataran Subang Airport, Hadi memarkirkan keretanya di bahu jalan.
Tanpa mematikan enjin kereta dan penghawa dingin keretanya, Hadi memperlahankan volume radio yang kini sedang memainkan sebuah lagu korea yang bertajuk Any Song by Zico.
Kemudian Hadi mula bersuara sambil menoleh ke arah Nicha di sebelah kirinya.
"Nicha, I nak cakap something kat you."
Kelihatan Nicha sedang ralit memandang sebuah burung besi yang baru saja mendarat di hadapan matanya.
"Apa dia?" Tanya Nicha tapi matanya masih tak beralih dari kapal terbang berwarna putih oren yang baru mendarat itu.
"I. Like. You." Tutur Hadi satu persatu.
Sepi sekejap dunia Nicha selepas telinganya menangkap butir percakapan Hadi itu tadi.
"I tak salah dengar ke? You cakap you suka I?" Selang tiga saat, Nicha merespon sambil berpaling ke arah Hadi yang sedang memandangnya.
Jejaka itu mengangguk. Dia senyum segaris.
Nicha bungkam seketika. Matanya dikebilkan beberapa kali. Dia bagai tidak percaya orang yang dia sukai meluahkan perasaan kepadanya.
"I like you too." Itu saja yang mampu dibalas Nicha pada ketika ini.
Kereta Hadi yang luas tetiba terasa sempit dan bagai tak cukup oxygen untuk Nicha hirup udara di dalam kereta itu. Nafasnya terasa sesak penangan dari debaran yang menggila di dadanya.
Dah lama dia tak rasakan debaran ini. Dulu masa belum rapat dengan Hadi, debaran di hatinya selalu bertandang tiap kali dia bertembung dengan Hadi.
Kemudian, debaran itu semakin berkurang apabila mereka berdua mula berkawan rapat. Kini, debaran seperti itu muncul kembali lepas dia dengar pengakuan Hadi sebentar tadi. Malah debaran kali ini lebih kencang berbanding sebelum sebelum ni.
"Nicha..."
Apahal suara Hadi berubah jadi romantik ni? Desis hati Nicha.
"Errr Hadi. Since when you suka kat I?" Nicha memotong percakapan Hadi yang bagai mahu memperkatakan sesuatu.
"I don't know. I pun tak sure since when. Tapi sekarang ni, I betul-betul suka you and now, I already fall in love with you."
Lagu di radio dah bertukar kepada lagu Alan Walker featuring Ava Max, Alone Pt II.
Background music pun la, tak romantik langsung.
"Hadi, jangan cakap pasal cinta kalau you tak pasti tentang perasaan you." Mata Nicha terkebil lagi dan lagi. Mana mungkin crush nya ini boleh cintai dia secara tiba-tiba.
"But, I memang cintakan you."
"Apa buktinya?" Ceh cliché sangat Nicha oi minta orang buktikan rasa cinta tu.
"Nicha, nama penuh you Nur Anissa Azhar kan?" Soal Hadi tiba-tiba.
Kerutan di dahi Nicha terbentuk bila mendengar soalan lelaki itu. Namun dianggukkan juga kepalanya.
"Tadi you cakap you pun suka I kan?" Pinta Hadi untuk kepastian.
Angguk lagi.
"If you like me, will you marry me?" Tenang je Hadi melontarkan ayat tersebut.
Bapak ah. Bapak ah Hadi. Straight to the point sangat ni. Gumam hati Nicha sambil menyembunyikan rasa terkejutnya.
"Hadi... I like you. Really really like you. But, let's not married. Can't I be that?" Akhirnya Nicha membalas dengan penuh hati-hati agar Hadi tak tersinggung dengan penolakannya.
Bagi Nicha, dia masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan sesiapa pun. Even dia memang suka akan Amirul Hadi, namun itu bukan tiket untuk dia terus bersetuju atas lamaran yang dibuat Hadi kepadanya. Lebih-lebih lagi secara tiba-tiba begini.
"It's okay. I tak paksa kalau you tak nak kahwin dengan I. You suka kat I pun, I dah rasa bersyukur sangat Nicha. Sorry sebab I propose you tetiba macam ni. Dah la tak prepare apa-apa. Then just propose dalam kereta je. Sorry sangat." Hadi bercakap panjang lebar bagi menutup rasa sedihnya. Dia tak sangka lamarannya akan ditolak oleh Nicha.
Sebenarnya Hadi tak plan pun nak lamar Nicha. Tapi tadi bila dengar ada orang masuk merisik gadis itu, hati lelakinya tak senang duduk.
"Hadi... I bukan tak nak kahwin dengan you langsung. I nak, tapi bukan dalam masa terdekat ni. Okay? Apa kata kita just couple je dulu for now?" Cadang Nicha.
"I tak pernah couple. I taktau I kena buat apa je nanti." Balas Hadi polos.
"Like seriously Hadi? Umur you 32 tahun kan tahun ni? Serius ah tak pernah couple langsung?" Nicha sedikit terkejut dengan pengakuan lelaki itu.
Hadi hanya mengangguk kecil. Memang dia tak pernah ber-couple pun sebelum ni. Sebab tu, dia terus ajak Nicha kahwin tadi.
Nicha tergelak kecil melihat Hadi menunduk saja lepas mengakui dia tak pernah bercinta seumur hidupnya. Sesekali lelaki itu membetulkan kaca matanya.
Halah, halah comelnya crush aku ni. Sikap Hadi yang ini bagi Nicha memang totally kayu. Mungkin sebab dia kayu, jadinya dia tak reti nak approach orang yang dia suka. Bisik Nicha sendirian.
"Sebelum ni you tak pernah suka kat mana mana perempuan lain ke selain I?" Sengaja Nicha tanya begitu.
"Pernah. Masa dekat University. Tapi lepas perempuan tu kahwin, I dah move on. Lagipun dia taktau langsung I suka kat dia. And you orang kedua yang I suka lepas perempuan tu."
"Mana perempuan tu sekarang?" Ada nada cemburu pada suara Nicha.
"Taktau. Lama dah I lost contact dengan dia."
Nicha terus tak jadi nak cemburu.
"Hadi, you tautak I suka you dah berapa lama?" Tanya Nicha selepas itu.
"Tak."
"Empat tahun lebih."
"Seriously?"
Angguk. Kemudian mereka berdua ketawa bersama.
"Tapi, kenapa you tak pernah confess kat I?" Soal Hadi ingin tahu.
"Tak berani sebab takut you reject I. Lagipun sape suruh you kayu sangat masa tu."
"Kayu?"
"Opsss. Sorry. Terlepas cakap pulak." Nicha membalas sambil ketawa suka.
"You panggil I kayu ke selama ni?" Hadi pura-pura marah sambil menyembunyikan senyumannya.
"Sorry. You tu yang pendiam sangat sape suruh. Dah la susah nak senyum. Bila orang tanya, sepatah je yang dijawabnya."
"I pendiam dengan orang yang I tak kenal je. Lepas kenal you, I mana ada kayu lagi kan?"
"Still kayu sikit sikit. Tapi it's okay, I still suka you. Don't worry. Sebab you kayu lah I suka you tau."
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...