▣ bab 41

275 62 17
                                    

"Assalamu'alaikum. Kami datang nak beraya." Laung Qiden sederhana kuat.

Amirul Hadi hanya berdiri di sebelah Qiden sambil kedua-dua belah tangannya menyeluk saku baju melayu color merah yang dipakainya. Pintu utama rumah di depan mereka berdua dibuka dari dalam selepas Qiden memberi salam kesejahteraan sebentar tadi.

"Wa'alaikumussalam. Qiden kan? Masuklah. Ini siapa?" Muncul seorang makcik di muka pintu tersebut yang lengkap berbaju kurung serta bertudung bawal mempelawa mereka berdua untuk masuk ke dalam rumah.

"Haah cik, saya Qiden. Ini abang long saya, Hadi." Jawab Qiden sambil tersenyum ramah pada ibu Nicha. Panggilan 'cik' itu adalah singkatan untuk makcik dan pakcik. Bukan cik yang gelaran pada awal nama perempuan bujang.

"Oh Hadi. Jemputlah masuk."

Hadi tersenyum nipis ke arah makcik tersebut sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.

"Tu mak Nicha." Bisik Qiden seperlahan yang boleh ke telinga Hadi.

Kini mereka berdua menuju ke arah sofa yang terletak di ruang tamu rumah keluarga Nicha.

"Cik Azhar mana cik?" Qiden bertanya perihal keberadaan ayah Nicha ada di mana. Pada ketika ini Qiden telah pun melabuhkan punggung di atas sofa.

"Cik Azhar pergi kebun tadi. Tengah hari nanti dia baliklah tu. Korang berdua makanlah dulu kuih raya tu. Cik nak ke dapur jap."

Hadi baru saja mahu memgambil tempat di sebelah Qiden. Namun langkahnya terhenti apabila tapak kakinya terasa bagai terpijak sesuatu.

Dia membongkokkan badannya untuk melihat apa yang dipijaknya. Kelihatan seketul smartphone terdampar di atas permaidani berbulu lembut itu.

Hadi mengambil smartphone itu. Kemudian, dihulur alat telekomunikasi itu kepada Qiden.

"Phone siapa ni?" Qiden menyoal.

Hadi hanya menjungkit bahu tanda tak tahu sambil duduk di sisi Qiden.

"Kau ambil kat mana phone ni?" Tanya Qiden lagi.

"Situ." Sepatah saja jawapan yang keluar dari mulut Hadi sambil mulutnya dimuncungkan ke satu arah di atas permaidani lembut berhampiran sofa yang mereka duduki sekarang.

Qiden menekan button yang terdapat di sebelah tepi kanan tubuh smartphone itu.

Skrin phone menyala dan memaparkan sebuah wallpaper. Membulat mata Qiden bila melihat gambar yang terhias pada skrin smartphone itu. Cepat-cepat dia menekan kembali button yang ditekannya tadi lalu skrin phone itu gelap semula.

"Qiden, Hadi, meh jemput makan. Cik masak simple je ni." Tetiba emak Nicha muncul dengan membawa sedulang makanan. Bau makanan itu membuatkan selera dua anak teruna itu mencanak naik.

"Cik, ni phone siapa? Tadi Hadi terjumpa kat atas carpet lembut ni." Qiden menyua smartphone tersebut kepada ibu Nicha yang sedang menghidangkan laksa johor, nugget tempura, kentang goreng dan satu jug (jag) air oren di atas meja jepun bersebelahan set sofa.

Meja jepun itu terletak di atas permaidani lembut (tempat phone itu dijumpai).

"Oh ni Nicha punya. Suka sangat letak phone merata dia tu." Jawab ibu Nicha.

'Aku dah agak dah tu phone Nicha masa tengok wallpaper phone tu tadi.' Bisik hati Qiden.

"Oh ya cik, Nicha mana? Dia tahu tak saya dah datang?" Qiden bertanya.

"Ada tu kat dapur tengah makan. Cik dah suruh dia hantar makanan ni untuk kamu berdua, tapi dia tak nak. Eh jemputlah makan. Hadi tak makan laksa johor ke?" Ibu Nicha bertanya sambil memandang crush anaknya yang hanya duduk statik di atas sofa.

Manakala Qiden telah pun bersila di depan meja jepun yang penuh dengan hidangan yang kelihatan sungguh menyelerakan.

"Makan." Hadi menjawab sepatah sambil membetulkan kaca matanya. Dilontarkan senyuman nipisnya ke arah ibu Nicha. Serentak itu dia bangun dan menuju ke sebelah Qiden, lantas duduk bersila di sebelah adiknya itu.



Kayu. [√]Where stories live. Discover now