▣ bab 49

289 61 17
                                    


Nicha memanggil Delaila sewaktu rakannya itu mahu pulang. Hatinya jadi penasaran selagi dia tidak tahu punca kawannya itu meminggirkannya secara tiba-tiba.

"Del, aku ada buat salah apa eh sampai kau ignore aku?" Soal Nicha sambil mendongak ke arah Delaila yang dah berdiri di sebelahnya get ready nak balik.

Delaila tayang muka menyampah secara jelas di depan Nicha. Kemudian dia membalas dengan nada sedikit sinis; "Kau tanyalah bestie forever kau tu. Couple dengan aku tapi simpan perasaan kat kawan baik sendiri. Apa kejadahnya."

Bestie aku? Couple Del?

"Qiden? Kenapa dengan dia. Apa maksud kau yang dia ada perasaan kat kawan baik dia?" Nicha kelam seketika.

"Aku dah putus dengan dia. Sebab dia suka kau. Dah la aku nak balik. Anggaplah kita tak pernah kenal." Usai cakap macam tu, Delaila terus blah dari situ.

Hampir nak jatuh rahang bawah Nicha mendengar penjelasan ringkas Delaila itu.

What the park seojun! Qiden suka aku? Biar betik. Since when doh. Eh jap, aku tak faham, kenapa aku yang dipersalahkan dalam hal ni. Qiden yang suka aku, bukan aku yang suka bestie aku tu. Tapi apahal lak Del nak marah and ignore aku sampai sanggup anggap aku and dia tak pernah kenal.

Ish, tak boleh jadi ni. Aku kena tanya Qiden. Tapi sebelum tu moh ler kita balik dulu.

Di sepanjang perjalanan pulang ke rumah, otak Nicha ligat memikirkan persoalan yang masih tak terjawab. Dia macam tak percaya Qiden suka akan dirinya.

Sesampainya Nicha di depan lif bangunan apartment nya, dia terserempak dengan orang yang sedang menghantui fikirannya.

***

Suasana di LH Café (Luthfil Hadi Café) kelihatan agak sibuk dengan pelanggan yang datang. Jarum jam di dinding cafe milik angah Nicha itu menunjuk ke angka 9.17 malam.

Nicha memilih sebuah meja berdekatan pintu masuk cafe memandangkan ruang di sebelah dalam cafe hampir penuh dengan pelanggan lain. Qiden yang turut datang bersama gadis itu hanya membuntuti saja langkah Nicha. Mereka duduk secara berdepan.

Selang beberapa minit duduk di dalam cafe tersebut, dua ketul manusia yang telah pun berteman baik hampir 12 tahun itu masih tetap mendiamkan diri masing-masing.

Petang tadi lepas Nicha nampak je Qiden di depan lif apartment nya, dia terus mengajak lelaki itu untuk dinner bersamanya malam ini.

Dalam pukul lapan lebih malam macam tu, usai solat Isyak, Qiden dan Nicha bergerak menuju ke cafe abang Nicha dengan menaiki kereta abang Qiden yang dipandu oleh Qiden.

Qiden datang ke Shah Alam dari Johor dengan menunggang superbike miliknya. Dia bercadang untuk bermalam di rumah abangnya, Hafiz dan merangka plan untuk menemui Nicha pada keesokan harinya. Namun dia tak menyangka akan bertemu lebih awal dengan Nicha petang tadi.

"Kau nak makan apa, Cha?" Akhirnya Qiden memecahkan kesunyian di antara mereka berdua. Lagipun waiter dah berdiri di tepi meja mereka berdua untuk mengambil pesanan.

"Brownies ice cream satu. Ais kosong satu." Nicha membalas pertanyaan Qiden itu dengan memandang waiter.

"Saya nak Crispy Chicken Bolognese dengan teh ice kurang manis." Ujar Qiden berserta senyuman segaris.

Selepas waiter itu membacakan semula menu yang mereka berdua pesan, waiter itu berkata; "Okay, itu saja ke? Ada nak tambah apa-apa lagi tak?"

Nicha hanya menggelengkan kepalanya manakala Qiden mengatakan; "Itu saja. Terima kasih."

"So, aku rasa kau dah tahu kenapa aku datang Shah Alam ni. Kan?" Qiden memulakan bicaranya. Nicha kelihatan begitu serius malam ini. Oh, sejak petang tadi lagi dia melihat kawan baiknya itu berwajah serius.

"Tak. Aku taktau. Kenapa eh kau datang?" Jawab Nicha bernada sarkastik sambil berpeluk tubuh dan bersandar pada kerusi yang didudukinya saat ini. Wajahnya masih memaparkan riak serius.

"Aku minta maaf, Cha." Qiden bersuara hampir dengar dengan tidak. Tapi Nicha masih mampu mendengar.

"Why nak minta maaf. Kau ada buat salah apa dengan aku. Hmmm?" Sedikit mendatar kedengaran bicara Nicha itu.

"Aku takde niat nak suka kat kau. Aku tahu kau anggap aku kawan baik kau je. Tapi serius Cha, aku taktau since when aku tersuka kat kau. I'm so sorry."

Nicha mengeluh berat. So betullah bestie nya ini menyukai dirinya. Haih.

"Qiden, kau pun tahu, aku jenis yang bila kau dah jadi bestie aku, sampai bebila pun kau adalah bestie aku. Aku sayangkan kau as best friend je. No more than that and no hard feelings. Sebab apa? Sebab aku taknak kita putus kawan dengan sebab sebab bodoh macam tu. Lagipun kau tahu kan aku suka gila kat Hadi abang kau tu."

"Sebab tu aku minta maaf Cha. Aku tahu aku salah. Aku tak patut simpan perasaan kat kawan baik aku sendiri. Aku... aku..." Suara Qiden tersekat sekat menahan tangis. Dia takut kehilangan Nicha. Dia sanggup sembunyikan perasaan dia terhadap Nicha demi mempertahankan persahabatan mereka. Dia rela menguburkan perasaannya itu, janji Nicha tak tinggalkan dia.

"Aku tak marah kalau kau nak suka aku, Qiden. Tapi aku nak kau tahu, aku tak dapat nak balas perasaan kau dengan rasa yang sama." Nicha meluruskan tubuhnya dan ketika inilah waiter datang menghantar makanan yang dipesan mereka tadi.

Selepas waiter tadi beredar, Nicha dan Qiden mula menikmati hidangan makan malam mereka. Meja mereka dihiasi bunyi dentingan garfu dan pisau yang berlaga dengan pinggan sahaja. Selang beberapa saat kemudian barulah Nicha bersuara kembali bila dia melihat emosi Qiden macam dah ok.

"Oh ye Qiden, macam mana Del boleh tahu kau suka aku? Kau bagitau dia ke?"




Kayu. [√]Where stories live. Discover now