☯ bab 38

293 62 8
                                    

Nicha berdiri di depan pintu cafe milik angahnya selepas dia keluar dari sebuah grab car yang dinaikinya. Matanya menikam ke arah sign yang tergantung pada pintu kaca cafe tersebut.

SORRY, WE'RE CLOSED.

"What? Asal lak tutup? Hujung minggu bukan ke biasanya buka? Angah pergi honeymoon lagi ke dengan Nain? Aigooo." Bertalu-talu persoalan singgah di minda Nicha.

Sambil merungut di dalam hati, Nicha menghantar whatsapp kepada Luthfil Hadi bertanya perihal kenapa cafe abangnya itu tutup hari ni.

"Alaaa cafe ni tutup la awak. Kita makan kat tempat lain lah."

Satu suara yang muncul di belakang Nicha membuatkan kepalanya tertoleh spontan. Mata Nicha sempat menangkap kelibat dua orang yang baru je berlalu dari situ.

Semasa pasangan itu mahu masuk ke kereta yang terletak di ruang parkir depan cafe ni, Nicha masih memerhatikan mereka berdua. Kelihatan Hadi kayu masuk ke seat pemandu dan gadis yang bersuara sebentar tadi mengambil tempat di seat sebelah Hadi.

"Eiii mamat kayu ni. Patutlah tak reply mesej aku kat Telegram. Rupanya sibuk dating dengan perempuan tu." Bebel Nicha sendirian.

"Eh kejap. Tapi, aku ni siapa nak marah dia tak reply mesej aku. Aku bukan awek dia pun. Kawan pun bukan. Aduhhhh apa yang sedih sangat jadi kau ni Nicha?" Akhirnya keluhan berat terlepas dari mulut Nicha.

Dia melihat kembali mesej yang dihantar kepada Hadi kayu pagi tadi di aplikasi telegram. Ternyata tidak berbalas.

Kemudian Nicha membelek pula aplikasi whatsapp untuk melihat mesejnya yang masih juga belum dibalas oleh angahnya.

"Aigooo. Satu tick pulak hah. Bilanya angah nak online ni?" Tak habis lagi rungutan si Nicha.

Akhirnya dia menelefon abangnya itu.

"Angah! Where are you now? Kita lapar ni, sekarang kita tengah terpacak kat depan cafe angah. Tapi angah tutup cafe ni hari ni dah kenapa?"

"Kau datang naik apa?" Suara angah membalas di hujung talian sanun.

"Naik kapal angkasa. Adui, naik grab car lah. Naik apa lagi. Angah kat mana tu? Kita lapar ni. Ingatkan nak lunch sini. Tapi tutup lak. Sedih tautak." Nicha merungut macam budak tadika tak dapat ais krim.

"Kau masuklah dulu dalam cafe tu. Kejap lagi aku datang. Aku kat rumah ni." Balas angah.

"Nak masuk cemana? Kita mana ada kunci cafe angah."

"Kau tolak je pintu tu. Tak berkunci pun. Kat sana ada Irfan dengan kawan dia. Kau jangan kacau kawan dia. Budak tu ada kerja nak buat kat cafe aku."

"Irfan mana ni angah? Kita kenal ke?" Soal Nicha sedikit kelam. Padahal dia kenal Irfan yang angahnya itu maksudkan. Sengaja dia pura-pura tak kenal.

"Eiii hengko ni kan. Aku ketuk kang kepala tu. Banyak kali jumpa dah dengan Irfan pun boleh lupa lagi. Irfan yang tukang masak kat cafe aku tu lah. Aduh kau ni." Belum pun sempat Nicha membalas, Luthfil Hadi terus saja menamatkan talian telefon.

"Aik, aku tanya je. Tu pun nak marah." Selepas Nicha menyimpan telefon pintarnya ke dalam saku seluar jeansnya, dia pun menolak pintu kaca cafe angahnya.

Ternyata memang betul tak berkunci.

"Assalamu'alaikum. Siapa di dalam? Saya di luar." Semasa Nicha menolak pintu cafe, serentak itu dia bersuara.

"Wa'alaikumussalam." Satu suara lelaki menjawab dari dalam cafe.

Nicha melilaukan matanya ke sudut datangnya suara itu tadi.

Kelihatan seorang lelaki bertubuh tinggi lampai dengan rambut diikat gaya ponytail sedang duduk di atas ladder aluminium.

Manakala tangan lalaki itu sedang memegang berus lukisan dan color palette sambil menoleh ke arah Nicha.

"Hai." Lelaki itu menegur Nicha yang masih tak berkelip memandang dirinya.

"Hai. Mana Irfan?" Soal Nicha. Dia sedikit janggal bila melihat lelaki yang tidak dia kenali itu menegurnya terlebih dahulu.

"Kitchen." Sepatah jawapan yang keluar dari bibir lelaki tersebut.

"Oh. Hmmm, I'm Nicha. And you are...?" Nicha bertanya.

"His friend." Masih lagi sepatah sepatah dijawab soalan Nicha.

Eh bengongnya mamat ni. Aku tahulah kau tu kawan Irfan. Angah dah bagitahu aku tadi. Aku nak tahu kau punya nama apa lah mangkuk. Aigooo. Bebel Nicha dalam hati.

Kelihatan lelaki itu kembali menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Tangannya lincah melakar mural pada dada dinding di dalam cafe milik angah.

"Nicha. Bila sampai? Nak makan tak? Aku boleh tolong masakkan." Muncul Irfan dari arah dapur dengan sebiji mug berisi kopi.

"Takpe ke? Aku nak spaghetti carbonara. Air teh O ais."

"Ok. Kau tunggu jap. Tapi kau tak boleh makan sini. Aku bagi kau tapau k. Sebab member aku tengah buat kerja kat sini."

"Ok. Aku pun tengah tunggu angah datang sini." Nicha mengangguk dan menoleh ke arah kawan Irfan yang sedang fokus melakar sesuatu di dinding cafe.

"Liq, kalau nak kopi ada atas meja tu. Ambil je k." Usai berkata begitu kepada rakannya, Irfan menuju ke dapur semula untuk menyiapkan makanan si Nicha.

"Hai kawan Irfan. You nama apa?" Nicha bertanya ramah. Dia berdiri di sebelah tangga aluminium yang sedang diduduki oleh kawan Irfan itu sambil mendongak sedikit.

"Faliq."




Kayu. [√]Where stories live. Discover now