☯ bab 29

281 69 18
                                    

"So, kau jealous dengan Kak Yani or Delaila?" Nain bertanya setelah Nicha selesai bercerita.

"Aku jealous dengan kau and Kak Elly." Sejurus cakap macam tu, Nicha terus berlalu dan masuk ke biliknya.

Hampir serentak Kak Elly dan Nain ternganga tak faham dengan ayat si Nicha itu tadi.

"Apa kejadahnya dia jealous dengan kita In? Tadi dia cerita pasal apa doh? Rasa macam takde pun kaitan dengan kita kan?" Bebel Elly sambil memandang Nain yang masih terlongo di depannya. Diabaikan sebentar whatsapp dari buah hatinya; Hafiz.

Nain hanya jongket bahu tanda tak tahu. Dia kemudiannya bangun dari bangku meja makan itu dan mencapai smartphone miliknya lantas berlalu dari situ.

Berkerut dahi Elly memandang gelagat Nain yang kini telah pun meloloskan tubuh ke bilik Nicha.

Ah, mungkin sesi curhat (curahan hati) akan berlangsung sekejap lagi di dalam bilik tersebut. Desis hati Elly sambil bibirnya dicebik sedikit tanda malas nak kacau dua sahabat baik itu.

Ringtone dari smartphone Elly memekak secara tiba-tiba. Pantas Elly melihat skrin phone yang memang di tangannya sejak tadi.

Tertera nama si pemanggil di dada skrin phone Elly.

My Hafiz

"Hmmm, bae aku ni, aku reply lambat sikit je kot. Tu pun nak call." Gumam Elly perlahan. Baru saja Elly nak pick up panggilan tersebut, tetiba mati pula panggilannya.

"Dafuq la kau Hafiz! Nak call, call lah bebetul. Apa ke bunguknya lah main missed call missed call. Pffttt." Spontan Elly carutkan kekasihnya itu.



***



Nain melabuhkan punggungnya di birai katil Nicha. Nicha pula sedang elok bersila di atas katilnya sambil memegang sebuah kotak lutsinar yang penuh dengan pelbagai coklat di dalamnya.

"Nak?" Soal Nicha sambil tangannya hulur seketul coklat Ferrero Rocher ke muka Nain.

Geleng. Nain pandang wajah Nicha yang kelihatan kosong tak beremosi. Nak kata sedih, macam bukan. Nak kata marah, pun bukan. Senang cakap, Nicha sedang tayang muka takde perasaan. Muka toya.

Ferrero Rocher yang dihulur ke Nain tadi, kini telah pun selamat berenang ke dasar perut Nicha.

"Cha." Panggil Nain pada sahabat baiknya yang kini sedang membaham coklat Kinder Bueno pula.

Nicha hanya tolehkan mukanya ke arah Nain bila namanya diseru.

"Weh, kau stress ka? Baru lepas makan nasi kot tadi, sekarang kau pi bantai telan coklat pulak. Aigooo." Nain memulakan bebelannya.

Nicha masih tetap menelan seketul demi seketul coklat yang ada dalam kotak lutsinar tersebut. Dia tidak membalas sepatah haram pun apa yang dibebelkan oleh Nain.

"Hah, satu lagi. Asal tadi kau kata kau jealous dengan aku and Kak Elly?"

Diam.

Nicha masih seronok mengunyah coklat di tangannya.

"Nur Anissa binti Azhar! Hang dengaq tak apa yang aku tanya?" Intonasi suara Nain naik dua tiga oktaf. Geram juga bila dilayan macam tunggul kayu ni ek.

"Dengaq. Aku jelous dengan kau sebab kau dah kahwin." Senada saja suara Nicha membalas. Terhenti sekejap aktiviti mengunyah coklatnya.

"Hah? Serious lah? Jap jap... tapi Kak Elly lom kahwinㅡ"

"Haih. Actually, bukan sebab kau dah kahwin je yang buat aku jealous In."

Nicha berkata sambil matanya menatap wajah teman baiknya itu.

Kayu. [√]Where stories live. Discover now