Dah dua bulan berlalu, hubungan persahabatan antara Nicha dan Delaila masih kekal dingin. Tiada lagi gurauan senda antara mereka berdua. Delaila memang buat macam dia tak kenal Nicha langsung. Sekarang ni dia cuma berkepit dengan Afiqah je.
Afiqah pulak angkut Delaila berkepit dengan Hadi kayu. So situasi sekarang ni, mereka bertiga (Delaila, Afiqah dan Hadi) akan selalu bersama bila waktu breakfast dan lunch.
Nicha pula sentiasa bersendirian ke hulu ke hilir apabila di pejabat. Hari-hari yang dilalui Nicha terasa kelam. Dia bukannya ramai kawan kat office tempat dia kerja tu. Selama ni memang dia rapat dengan Delaila je.
Bila dah kena pulau dengan Delaila, maka tinggallah Nicha sensorang. Nicha bertambah murung bila Hadi kayu macam tak pedulikan dia.
Hari ini macam biasalah, Nicha mengemas meja kerjanya sebelum pulang ke rumah. Dikerling sekilas jam pada pergelangan tangan kirinya, jarum jam menunjukkan ke angka 7.07 malam.
Dia dah biasa balik lewat sikit. Kadang kalau banyak sangat design yang nak disiapkan, dia akan pulang dalam pukul 9 atau 10 malam.
Semasa dia sampai di lobby pejabat dan bersedia untuk pulang ke rumah, tiba-tiba satu suara menegurnya dari arah belakang. Dia menoleh.
Nicha berkerut sedikit melihat tuan punya suara.
"You buat apa tak balik lagi?" Soal Nicha.
"Ada kerja sikit tadi kat server room floor tiga." Jawab Hadi sambil berjalan ke arah Nicha.
Kini mereka berdua berdiri sebelah menyebelah.
"Oh. Afiqah mana?" Tanya Nicha sambil mendongak sedikit memandang Hadi.
"Dah balik."
"Bukan ke biasanya dia datang and balik kerja dengan you? Dia balik naik apa pulak tadi?"
"Naik kereta Delaila."
"Ooooo. Oh okay lah Hadi, I balik dulu. Dah nak maghrib ni. Bye." Ujar Nicha lalu dia tersenyum sikit dan mula melangkah untuk pulang. Macam biasalah, dia pergi dan balik kerja dengan hanya berjalan kaki sebab apartment yang disewa betul-betul terletak di belakang pejabat ni.
"Nicha..." Seru Hadi sederhana kuat selepas Nicha berjalan beberapa tapak. Gadis itu berhenti melangkah dan menoleh sambil menjugkitkan keningnya isyarat bertanya 'ada apa?'.
"Jom I hantar you balik."
Senyap. Nicha sedikit terkesima dengan pelawaan Hadi itu tadi. Dia hanya statik berdiri dan memandang Hadi dengan mata terkebil-kebil. Pelik. Dah buang tabiat ke crushnya sampai tetiba offer nak tolong hantar dia balik.
'Eh takpe lah Hadi. Rumah I kat belakang office ni je. I boleh balik sendiri. Don't worry, I dah biasa balik sendiri.' Ini yang terlintas di fikiran Nicha.
"Ok." Tapi ini yang terkeluar dari mulutnya.
Ini adalah kali kedua dia menaiki kereta Hadi. Kali pertama adalah semasa Hadi menghantar dia pulang dari Aeon Mall Shah Alam.
Sesampainya di depan post guard apartment Nicha, dia segera turun selepas mengucapkan ucapan terima kasih kepada Hadi.
***
Pukul 12.00 a.m. Hadi berbaring di atas katilnya bersama Puteh, kucing jantan kesayangannya. Dia mengusap kepala dan badan gebu si Puteh sambil tangan kanannya memegang smartphone.
Beberapa minit yang lalu, dia sibuk bermain game PS4 di ruang tamu. Kebiasaannya dia akan tidur tepat pukul 12.00. Tapi malam ini entah kenapa matanya belum mahu lelap.
Direnung skrin smartphone pada tangannya. Sebetulnya dia tengah renung satu contact number ni.
Nak call ke nak WhatsApp? Hmmm. Hadi dalam dilema.
Semasa perjalanan Hadi menghantar Nicha balik rumah petang tadi yang dirasakannya begitu singkat (singkat ah sebab dekat noh rumah Nicha), dia secara spontan telah menghulur telefon pintarnya kepada Nicha.
Gadis itu jelas kelihatan keliru dengan kelakuan Hadi waktu tu. Hadi perasan, bila Nicha keliru, gadis itu akan mengebilkan matanya beberapa kali. Comel.
"Kenapa bagi phone you kat I?" Soal Nicha. Namun disambut juga smartphone milik lelaki kayu itu yang tak berapa nak kayu dah sekarang.
"Tolong save your phone number." Senada saja suara Hadi waktu menuturkan ayat itu. Dia segan sebenarnya nak minta number phone Nicha, tapi dia taktau kenapa tetiba je dia rasa dia perlukan nombor telefon gadis itu.
Ya, sebelum ni mereka berdua pernah bermesej melalui aplikasi Telegram. Namun di Telegram tiada number phone melainkan nama semata-mata. Lagipun dah lama Nicha tak hantar sebarang mesej kepadanya di telegram.
Selesai memasukkan number phone miliknya pada smartphone Hadi, Nicha menyentuh button call pada screen phone Hadi untuk membuat miss call kepada nombornya.
Kemudian, Nicha menghulur telefon itu kepada tuan empunya semula.
"Thanks." Ujar Hadi sambil menyambut phone tersebut.
Setelah puas merenung contact number yang disimpan Nicha dengan nama Nicha itu, akhirnya Hadi menutup telefon pintarnya lalu mengeluh perlahan. Dia tiada kekuatan untuk call mahupun menghantar WhatsApp kepada Nicha.
Lately ni, Hadi selalu lepak dengan Afiqah dan Delaila di office. Hadi perasan Nicha sentiasa berseorangan. Sejujurnya, dia tak suka melepak bersama Afiqah dan Delaila. Dua gadis itu suka membawang. Rimas Hadi dibuatnya.
Dua bulan lepas, adiknya Qiden ada datang ke sini. Qiden bersungguh menjelaskan kepada Hadi tentang dia tiada pun simpan perasaan suka terhadap Nicha.
Qiden tahu Hadi dah mula suka akan Nicha. Hadi tak perlu cakap pun, Qiden dapat baca isi hati abang sulungnya. Sebelum ni, Hadi pernah tanya Qiden, betul ke Qiden just kawan baik Nicha. Bila Qiden jawab, diorang berdua memang sekadar kawan baik, abangnya itu secara tak sedar tersenyum nipis.
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...