Dua minggu yang lalu...
Hari Isnin. Elly bangun agak lewat hari itu. Maklum sajalah, orang yang bekerja freelance sepertinya, bekerja ikut masa sendiri. Kalau dia nak pergi jumpa client pun biasanya hari Sabtu atau Ahad je.
Weekdays biasanya Elly sibuk meng-edit gambar-gambar pasangan pengantin yang telah ditangkap olehnya.
Dilihat jam pada smartphone nya; pukul 11.31 pagi. Malas-malas dia bangkit dari katilnya dan mencapai tuala untuk mandi.
Selesai mandi, dia bersiap untuk keluar mencari makanan. Terasa malas pula nak memasak hari ini. Selepas menyembur sedikit perfume pada tengkuk dan dua pergelangan tangannya, dia mencapai jaket kulit yang tergantung elok di dalam almari pakaiannya.
Kemudian dia menyarung jaket kulit yang berwarna hitam itu ke tubuhnya dan dipadankan dengan t-shirt berwarna putih.
(Elly style) sumber: Google
Akhir sekali, dicapai smartphone, purse, kunci kereta, kunci rumah dan beg laptopnya yang tersadai di tepi meja solek. Dia bercadang untuk meng-edit gambar yang baru dishoot semalam, di cafe yang akan dia tuju sebentar lagi.Selang hampir empat puluh lima minit Elly memandu, akhirnya dia tiba di Gamuda Walk Mall dan dia masuk ke mall tersebut. Dicari satu cafe yang sesuai untuk dia makan sambil membuat kerja.
Selepas berjalan hampir sepuluh minit di dalam mall itu, akhirnya dia memilih cafe SF Coffee (San Francisco Coffee). Dia memesan Chicken Lasagna dan Hot Caffé Mocha.
Semasa dia tekun meng-edit sekeping gambar client nya di SF Coffee itu, muncul seseorang di sisi kanannya. Tanpa dipelawa, manusia itu terus saja duduk di sebelahnya.
Elly menoleh sebentar dan kemudian dia menghadap laptop di depannya semula. Dia kembali fokus pada kerjanya. Tanda dia tak mahu diganggu semasa sedang melakukan kerjanya.
"Sayang, sorry kacau. Saya janji tak kacau awak buat kerja. Saya just nak temankan awak je." Hafiz bersuara di sebelah Elly.
Elly tak terkejut pun dengan kehadiran Hafiz secara tiba-tiba itu. Sebab lelaki itu memang akan tahu dia berada di mana dengan bantuan GPS Location Finder. Dijeling sikit jam pada skrin laptopnya di hujung kanan sebelah bawah. 3.05 p.m.
Patutlah lelaki itu muncul sebab sekarang dah habis waktu persekolahan. Lagipun Hafiz mengajar sesi pagi.
Sebenarnya sekarang ni hubungan Elly dan Hafiz tengah tak berapa elok. Elly masih bersikap dingin terhadap Hafiz.
Puncanya adalah kerana minggu lepas, semasa mereka berdua selesai shoot gambar dan video sepasang pengantin di Perak, Elly melihat sepintas lalu hasil kerjanya di dalam kereta Hafiz.
Macam biasalah, tugas Elly shoot gambar, manakala Hafiz pula record video. Masa Elly tengah belek satu persatu gambar yang disnap olehnya melalui DSLR miliknya, Hafiz turut sibuk nak tengok sekali.
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...