AMARAN MAMA:
Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna
Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu?
Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah."
S...
Selepas Amirul Hadi memakai cargo short pant paras bawah lutut dan menyarung sleeveless t-shirt warna putih (his favourite color) ke tubuh sederhana tegapnya, dia menggosok rambutnya yang basah dengan tuala.
Kemudian dia menyidai tuala tersebut pada ampaian besi yang terletak di balkoni biliknya.
Dia baru saja selesai mandi. Biasanya hujung minggu macam ni dia hanya menghabiskan masanya di rumah melepak bersama Puteh kesayangannya sambil main game.
Hadi mengambil smartphone nya yang tersadai di atas dresser di satu sudut bilik tidurnya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kemudian, kakinya diayun menuju ke katilnya lalu diambil Puteh yang sedang berbaring penuh kemalasan di situ. Dipeluk kucingnya itu dan dibawa menuju ke dapur. Setibanya di dapur, Hadi melepaskan Puteh dari pelukannya dan dia membiarkan kucing tersebut menggesel kakinya.
Hadi melihat waktu sekarang pada skrin smartphone nya. Pukul 9.17 pagi. Tetiba dia rasa rajin pula nak membuat sarapan pada pagi ini. Diletak phone nya di atas kabinet dapur, lantas dia memulakan aktiviti; membikin sarapan.
Selang beberapa minit kemudian, akhirnya sepinggan Macaroni Salad siap terhidang di atas meja makan beserta secawan kopi Min Kaffe.
Semasa Hadi sedang menikmati sarapannya bersama Puteh di dapur, kedengaran bunyi door bell ditekan di luar pintu pagar rumahnya. Lantas dia menghabiskan baki Macaroni Saladnya yang hanya tinggal sesuap, lalu dihirup sedikit kopinya.
"Siapa pulak yang datang tu Puteh?" Lepas bertanya Puteh dan tiada balasan, Hadi berlalu ke ruang tamu dan mengintai si tetamu di luar pagar rumah sewanya.
Kelihatan Afiqah sedang berdiri sambil memberi salam.
"Duh, dia nak apa datang sini pepagi ni. Haih." Rungut Hadi. Tapi dibuka juga pintu pagarnya selepas dia berjalan keluar dari rumahnya. Itu pun berjalan macam nak tak nak.
"Morning Hadi! Awak buat apa tadi? Saya ganggu ke?" Afiqah menyapa penuh mesra.
"Takde buat apa. Kenapa datang?" Mendatar saja nada suaranya. Malas pula Hadi nak bagitau Afiqah bahawa dia sedang bersarapan tadi.
"Hmmm, awak dah breakfast? Jom breakfast kat luar. Saya belanja." Balas Afiqah sambil matanya tak lepas merenung wajah dan rambut Hadi.
"Aku dah breakfast."
"Alaaa awak mesti breakfast roti bakar je kan. Mana kenyang. Jom lah breakfast sekali lagi." Afiqah masih cuba memujuk lelaki kayu itu agar menemaninya bersarapan.
"Malas." Pendek saja balasan dari Hadi.
"Hadi! Ish awak ni. Saya mintak temankan kejap je pun tak boleh."
Kali ini Hadi tidak membalas apa-apa. Dia hanya berdiri statik di depan Afiqah. Afiqah pula memandang rambut Hadi bersilih ganti dengan wajah lelaki kayu itu.
"Kenapa awak sexy sangat pagi ni?" Jerit Afiqah sederhana kuat sambil tangannya menunjuk ke rambut Hadi.
Tetiba je tukar topik. Tadi kemain lagi pujuk si kayu depan dia tu. Bila Hadi senyap je tak bagi sebarang respon, cepat je dia alih topik semata-mata nak tatap wajah Hadi lebih lama.
Hadi berkerut tanda tak faham. Disentuh rambutnya dan bertanya; "What?"