Puteh memanjat tubuh Amirul Hadi yang terlentang di atas sofa berbentuk L. Hadi sedang sibuk bermain game ps vita. Dia hanya membiarkan kelakuan Puteh yang acah nak bermanja dengannya.Hanya waktu malam dan hujung minggu saja Puteh dapat bermanja dengan Hadi. Kalau Hadi keluar bekerja, biasanya Afiqah yang akan datang untuk menjaga kucing kesayangan Hadi itu. Afiqah merupakan jiran Hadi.
Puteh ni tersangat gebu dan kacak. Bulunya yang berwarna putih bersih ㅡsangat memukau sesiapa yang memandang. Hadi mengambil Puteh di jalanan semasa kucing itu masih kecil dan bersendirian mengharungi hidup penuh onak ranjau berduri.
Hampir tiga tahun Puteh setia bersama Hadi. Walaupun Hadi ni seorang lelaki berwajah beku dan kayu, namun dia punyai sifat penyayang. Setakat ni yang kita nampak, dia penyayang terhadap kucing. 🐱
"Teh, aku lapar. Tolong buatkan megi." Adu Hadi pada si Puteh. Memang Puteh tu faham apa yang Hadi suruh, masalahnya dia tu seekoq kucin. Manakan bisa seekoq kucin membuat megi untuk tuannya.
Puteh hanya melingkar di atas dada Hadi yang terdedah. Seksi. Memalam cenggini, Hadi hanya memakai boxer. Dia memang tinggal berdua je dengan Puteh. Kalau Puteh takde, forever alone lah kau Hadi.
Dengan penuh kemalasan, Hadi bangkit dari baring dan Puteh melompat turun dari tubuhnya. Ps vitanya dibiarkan kat atas sofa. Kemudian dia berjalan menuju ke dapur, juga dengan gaya orang malas nak berjalan.
Puteh tak mengikut. Kucing tu melepak depan peti tv yang sepi. Sepilah sebab Hadi kayu tak on televisi tu. Agaknya kalau Puteh reti on tv, dah lama dia on kan sendiri. Membosankan betul hidup tuannya.
Dah sampai dapur, Hadi mencapai satu megi cup kari berapi. Selang beberapa minit, dia kembali ke ruang tamu sambil membawa megi cupnya yang masih panas.
Setelah duduk bersila di atas sofa, dia mula menikmati megi cup itu penuh berselera. Puteh hanya memandang Hadi yang makan tapi tak pelawa dia sekali.
"Kau nak ke? Megi ni panas and pedas. Mesti kau tak tahan nanti." Ujar Hadi kepada Puteh yang sedari tadi memandangnya.
Puteh buat muka kesian. Mintak simpati nak megi yang Hadi makan.
"Ye lah, makan lah ni. Takyah buat muka gitu. Meh sini." Hadi menepuk-nepuk pehanya sambil memandang Puteh.
Puteh melompat naik ke atas sofa dan seterusnya naik ke paha Hadi. Dia kelihatan bersedia ingin membaham megi kari milik tuannya.
Hadi meletakkan megi cup itu di atas meja kopi di sisi sofa tempatnya duduk. Dia mengambil sedikit meginya dan meletakkannya ke atas telapak tangannya. Megi tu dah kurang sikit panasnya.
Setelah itu, Hadi sua kan tangan kirinya ke depan muka Puteh. Puteh mula memakan megi di tangan Hadi. Habis je, Hadi tambah lagi dan lagi. Sudahnya, Puteh yang habiskan megi tu. Hadi cuma makan sikit je.
***
"Kak Elly, busy ke?"
"Takde lah busy sangat. Asal?"
"Nak lepak kat bilik akak boleh tak?"
"Lepak je lah. Macam tak biasa lak kau ni. Nain dah tidur ke?"
Angguk.
Sebelum dia ke bilik Elly, dia dah ke bilik Nain tadi. Tapi dia tengok Nain dah pun tidur. Nain memang selalu tidur awal. Kalau tidur lewat, mengantuklah Cikgu Nurain tu time nak mengajar.
Nicha melabuhkan punggung ke katil empuk milik Elly. Dia memerhatikan Elly yang sedang membuat beberapa lakaran untuk siri komiknya dengan menggunakan wacom tablet.
Kak Elly ni kartunis bebas dan juga merupakan freelance photographer.
"Akak, nak dengar citer tak?" Nicha bertanya.
"Citer je lah." Balas Kak Elly yang duduk di depan meja jepun di tepi katilnya sambil menoleh sekilas ke arah Nicha. Tangannya masih lincah melukis. Matanya terarah ke skrin laptop.
"Siang tadi kat office, pc kita buat hal. Dia mati tetiba. Dah lah Kak Gee nak design tu cepat. Lepas tu, kita bagitau kat Kak Gee pc kita tu problem. Dia pun call lah someone."
Elly masih tekun melukis.
"Akak dengar tak ni?" Nicha bengang sedikit bila dia bercerita tapi Kak Elly buat taktau.
"Akak dengarlah. Kak Gee call siapa?" Balas Elly tenang. Nicha kelihatan berpuas hati. Dia tak sangka Kak Elly boleh menangkap apa yang diceritakan even memang nampak sangat Kak Elly tengah fokus melukis. Salut!
"Kak Gee call technician. Technician tu budak IT department. Budak tu lah yang betulkan pc kita. Sekejap je kak dia betulkan. Terer betul."
"Memanglah terror sebab dah tu memang kerja dia. Ok, then? Apa yang Nicha nak sampaikan senanya?" Soal Elly yang terus-menerus melukis.
"Hmmm. Kita just nak bagitau, yang kita dah tersuka kat budak technician tu. Dia punya muka tak senyum langsung tau akak. Pastu gaya dia cool gila masa dia betulkan pc kita tu. Ehehe."
"Ahah! Dah jatuh cinta rupanya. Sape nama budak tu?"
"Hadi..."
"Hadi? Asal nama sebijik macam nama angah kau?" Kak Elly berhenti melukis sekejap. Dia memandang Nicha.
"Amirul Hadi lah nama dia. Takde lah sebijik sangat macam nama angah."
"Haha, ok then, dia handsome tak?"
"Siapa?" Nicha blur.
"Jiran kita." Elly balas secara sarkastik.
"Hah? Sejak bila kita kenal jiran kita?" Nicha makin kelam.
"Duh. Serius lah kau ni Cha. Blur tahap apa sia... Aku tanya si Amirul Hadi tu laaaa, handsome ke tak. Aduyaiiii." Sikit je lagi Elly nak meradang.
"Oh... hmmm, takde la handsome sangat pun. Handsome lagi Shahmir rasanya."
Kak Elly menoleh ke arah Nicha. Matanya tak berkelip.
"Dah berapa lama akak tak dengar kau sebut nama Shahmir, Cha. Kau rindu dia ke?"
"Kita sebut nama dia ke tadi?"
Nicha tergamam. Sungguh, dia tak perasan dan tak menyedari dia menyebut nama lelaki itu. Rindukah dia terhadap lelaki yang telah mencalar balarkan hatinya?
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...