☯ bab 7

496 106 16
                                    


Nicha meregangkan tengkuknya beberapa kali bagi menghalau rasa lenguh akibat terlalu lama menghadap komputer. Matanya menyorot jam tangan di pergelangan tangan kirinya.

"Eh cepatnya. Dah 9 sengah. Aku lom isyak lagi ni."

Selepas dia shut down pc nya, dia bingkas bangun menuju ke surau di aras satu. Ada dua tiga orang staf yang masih belum pulang.

"Kak Mas tak balik lagi? Banyak kerja eh kak?" Nicha menegur salah seorang staf di surau pejabat selepas dia selesai solat.

Tangannya sibuk melipat kain telekung.

"Haah. Esok deadline. So kena lah stayback malam ni. Nicha dah nak balik ke?"

"Haah. Penatlah kak, tak larat dah nak buat kerja. Lagipun kita punya deadline next week. Eh akak stayback dengan sape ni nanti?"

"Dengan Zura. Berdua je lah malam ni."

"Oh ok lah kak. Kita balik dulu. Papai."

Kemudian, Nicha melangkah keluar dari bangunan pejabatnya. Telefon pintar di dalam saku seluar jeans nya memekak minta dijawab.

"Qiden?" Berkerut sedikit dahinya melihat nama teman baiknya itu di dada skrin phone nya.

Ibu jarinya menyapu skrin ke kanan dan dilekapkan phone itu ke telinga kirinya.

"Hello dude."

"Cha, kau kat mana tu?"

Bagusnya kawan baik aku ni. Dah la tak bagi salam. Hello aku pun tidak dibalasnya. Terus tanya aku kat mana. Haish.

"Ada kat bumi lagi ni. Kenapa tanya?" Nicha menjawab sambil berjalan. Dia pergi dan balik kerja hanya dengan berjalan kaki.

Apartment yang didudukinya bersama Nain dan Kak Elly terletak betul-betul di belakang pejabat tempatnya bekerja.

"Aku tahu lah kat bumi. Eiii bongoklah Cha. Aku kat Shah Alam ni. Jom lepak."

"Amboi sedapnya membongok kan aku. Kau nak lepak kat mana? Dah malam lah gila. Agak ah nak ajak lepak. Esok aku kerja tautak."

"Hek eleh, lepak kejap je kot. Kita pun lama tak jumpa en. Jom ah. Aku belanja."

Nicha berfikir sejenak. Kakinya terus melangkah menuju ke rumah sewanya.

"Kau nak belanja apa? Aku penat weh. Serius tak tipu."

"Emmm, aku belanja tengok wayang nak tak? Layan star wars. Jom laaaa Cha."

"Takmo. Penat."

"Ahah, apa kata kau teman aku karok. Pleaseeee."

"Adoyai kau ni kan. Yelah yelah. Tapi jap, kau nak aku pegi naik apa? Kau datang ni naik apa? Eh kejap weh, kau nak karok kat mana?"

Nicha berdiri di depan pintu lif untuk naik ke rumahnya. Sementara menunggu pintu lif itu terbuka, dia terus berbual di telefon.

"Kat area rumah sewa kau takde ke tempat karok?"

"Emmm jap. Ada. Haaa dekat je weh. Boleh boleh. Kau tunggu sana je la. Jap lagi aku datang."

Nicha tak jadi naik ke rumahnya. Baru saja dia nak berpatah keluar dari lobi apartment, matanya tertancap pada salah satu tubuh lelaki yang nak masuk ke lif itu.

Kebetulan pula lif itu terbuka dan semua manusia yang berdiri di depan lif sejak tadi terus masuk selepas mereka yang di dalam lif keluar.

Nicha masih terkaku di depan pintu lif tersebut. Lif dah pun naik ke atas.

Dia tinggal kat sini jugak ke?

Kayu. [√]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang