Pagi Isnin, kerja macam biasa. Nicha tengok meja Delaila kosong lagi. Komputernya pun masih tidak menyala tanda tuan badan belum datang.
Nicha kemudiannya bingkas bangun dari kerusinya dan berlalu ke pantry. Dia berniat untuk membancuh secawan kopi dan membeli roti cheese egg di pantry itu.
Sesampainya dia di pantry, kelihatan beberapa orang pekerja sedang menikmati sarapan pagi. Matanya diliarkan secara random ke serata pelosok pantry dan terhenti pada sebuah meja yang dihuni oleh tiga orang hamba Allah yang dia kenali.
Nicha memicingkan matanya ke arah Hadi dan kawannya, Afiqah serta — Del?
'What? Wait! Del. Delaila kawan aku makan pagi semeja dengan crush aku si Hadi and kawan Hadi si Afiqah? What's going on bruh. Since when Del berkawan dengan Hadi and Afiqah?' Monolog Nicha lalu dia segera berjalan menuju ke arah meja mereka bertiga.
"Hai korang. Boleh aku join?" Soal Nicha dan tanpa menunggu jawapan mereka, dia terus duduk di sebelah Delaila.
Mereka bertiga hanya diam dan tunduk menghabiskan makanan masing-masing. Delaila orang pertama yang bangun dari situ dan berkata; "Guys, aku gerak dulu. Banyak kerja nak kena settle. Deadline esok." Sambil mata kawannya itu memandang Hadi dan Afiqah.
Nicha tersentap kejap. Delaila buat macam tak nampak Nicha langsung.
"Saya pun nak gerak dah. Jom la sekali Del. Floor kita sama kan." Balas Afiqah turut bangun dan berlalu dari situ bersama Del.
'Oh Em Ji. Aku ada buat salah apa duh kat Del? Asal dia ignore aku? Why?' Tanda soal muncul bertimpa-timpa dalam kepala Nicha.
Nicha memandang Hadi yang sedang menghirup kopi di depannya. Nicha tahu Hadi minum kopi berdasarkan aroma kopi dari mug lelaki itu.
"Hadi, sejak bila You kawan dengan Del?" Nicha bertanya.
Niat Nicha terbantut untuk bancuh kopi dan beli roti cheese egg bila dia diabaikan oleh Delaila sebentar tadi.
"Bila masa I kawan dengan dia?" Soalan berbalas soalan.
"Habis tu tadi, dia breakfast sekali dengan You. Tu bukan kawan ke?"
"Tadi tu dia datang dengan Afiqah and Afiqah yang ajak dia makan semeja dengan I." Terang Hadi dan sepertinya mahu bangun dari situ tapi di tahan oleh Nicha.
"Kejap. So, Del kawan dengan Afiqah? But since when. Why I taktau. Why Del tak bagitau I."
"Manalah I tahu." Jawab Hadi dan berlalu dari situ dan menuju ke sinki untuk mencuci mug yang digunakannya tadi.
Nicha turut bangun dan berdiri di sebelah Hadi yang kini berada di depan sinki.
"Hadi." Panggil Nicha.
Hadi tak memberi sebarang respon. Dia tekun mencuci mug.
"Hadi!" Suara Nicha ditekankan sedikit.
"Hmmm?" Balas Hadi sambil meletakkan mug yang siap dibasuhnya ke rak cawan yang terletak bersebelahan dengan sinki.
"Hadi, lunch nanti I nak makan dengan You boleh?" Soal Nicha.
Dahi lelaki kayu itu berkerut sedikit. Tapi kemudian dia mengangguk dan terus meninggalkan Nicha sendirian di situ.
"The heck. At least jawab la Okay. Ini tak, dia angguk je? Haish." Rungut Nicha dan dia pun berlalu dari pantry tanpa membancuh kopi dan membeli roti cheese egg.
***
Nicha toleh ke arah Delaila di sebelahnya. Kelihatan kawannya itu begitu focus membuat kerja. Nicha nak tegur pun rasa cuak.
Maka Nicha pun buatlah kerja dia. Tapi takde ah sefokus Del.
Tepat je pukul 1 tengah hari, Delaila bangun dan berlalu ke bilik Afiqah. Kemudian, mereka berdua bersembang sambil gelak-gelak dan keluar dari floor ini tanpa memandang ke arah Nicha sedikit pun. Nicha tersentap sekali lagi.
"Apa salah aku doh?" Soal Nicha sendirian dengan wajah sugulnya.
Dia kemudiannya bangun dan turun ke bawah untuk lunch bersama Hadi.
Sesampainya di bawah, dia nampak dari jauh Delaila dan Afiqah berdiri di samping Hadi. Sepertinya mereka bercakap sesuatu dan bila Nicha datang mendekat, Delaila dan Afiqah beredar dari sisi Hadi.
"Kenapa Del macam nak mengelak dengan I eh? I pelik tau. Apa salah I sebenarnya?" Ujar Nicha bersama kemurungan di wajahnya.
"You nak makan apa?" Hadi buat tak layan soalan Nicha itu tadi dan menyoal benda lain.
Hadi kalau boleh takmo masuk campur dalam hal orang lain.
"I nak makan You."
Hadi senyap.
"Haha, tak lah, kidding. Jom makan Subway. I belanja."
"Kenapa tetiba nak belanja?"
"I belanja, You bayar sendiri. Haha."
"Ok." Jawab Hadi ringkas bila dia sedar Nicha sekadar ingin bergurau.
"Haha. Tak lah. I serius ni nak belanja You. Sebab hari tu You dah belanja I makan roti sangkaya yang fluffy." Senyum segaris terhias di wajah Nicha. Kemurungan tadi dibuang seketika. Dia tak mahu terlalu memikirkan tentang perubahan sikap Delaila terhadap dirinya.
Tapi, bila tak nak fikir pun, still dia akan overthinking jugak. Akhirnya, keluhan terhembus berat dari mulutnya.
"Are You okay?" Soal Hadi. Kini mereka berdua sedang berjalan menuju ke premis Subway yang berhampiran pejabat mereka.
"Not really." Jawab Nicha. Mukanya kembali mendung.
"Takyah fikir sangat. Nanti Del ok la tu."
Nicha menoleh ke arah Hadi. "You tahu something, right?"
Diam.
YOU ARE READING
Kayu. [√]
General FictionAMARAN MAMA: Jangan baca cerita ini jika anda bencikan storyline yang mendatar. ㅡmama.kyna Kayu satu. Kayu dua. Kayu tiga. Kayu empat. Kayu lima. Eh banyaknya kayu? Nicha: "Mencintai seketul manusia kayu seperti Hadi, bukanlah sesuatu yang mudah." S...