☯ bab 21

372 69 22
                                    


"Serius doh." Jawab Nicha.

"Nampaknya lepas ni kau kena la move on. Sebab dia dah ada awek." Delaila menepuk bahu Nicha meminta kawannya itu agar tabah.

"Eleh, ada aku kisah?"

"Dah tu tak nak move on lah ni?"

"Takmo. Sebab dia baru je jadi awek Hadi. Bukan tunang or wife mamat kayu tu." Cebik Nicha.

"So kau berniat nak sailang Hadi dari awek dia yang cun gila naharam tu ke cemana?" Delaila bertanya lagi. Sambil tu dia kembali menghadap komputer di depannya. Ditekan button esc pada keyboard komputernya untuk close kan video drama korea yang dipause sebentar tadi. Masa untuk memulakan tugasan sebab dah nak dekat pukul 9.00 pagi.

"Niat nak sailang tu memang ada. Tapi taktau la berjaya ke tak. Itu kalau betul diorang couple Del. Kalau diorang just kawan, so istilah sailang tu tak relevan untuk aku k."

***

Setibanya di rumah, Nicha mencampak sling bagpack nya ke hujung sofa. Kemudian dia menghempas pula tubuh lesunya ke atas sofa di ruang tamu rumah sewanya itu tanpa menanggalkan tudung di kepalanya terlebih dahulu. Dia memejamkan mata sambil menghela nafas berat.

Ingatannya memutarkan ke kejadian di pejabat semasa dia nak balik tadi.

"Aik, Cha, awal kau balik hari ni. Biasanya susah nak tengok kau balik waktu macam ni." Radzi menyapa Nicha ketika gadis itu baru saja turun dari floor dua pejabat itu.

"Haha, hari ni tak banyak sangat kerja, so balik ah awal. Kau pun nak balik dah ke?"

"Yup. Aku gerak dulu Cha. Bye."

Selepas Nicha membalas lambaian tangan Radzi, dia meneruskan langkah untuk pulang. Buat seketika kakinya berhenti melangkah di kaki lima office nya sebab matanya terpandang Hadi yang berjalan sederhana laju di hadapannya. Sebenarnya lelaki kayu itu baru saja melintasi Nicha di sisi kanannya tadi.

Wow, lately ni asyik terserempak je dengan my crush. Adakah ini jodoh? Bisik Nicha sendirian sambil meneruskan kembali langkah kakinya di belakang Hadi.

Sementara itu bibirnya turut tersengih macam orang tak betul.

"Hadi! Awakkkk tunggulah saya!"

Tetiba je muncul satu makhluk yang tidak Nicha gemari di situ memintas langkah kakinya.

Duh! Dia ni lagi! Dah lah tergedik-gedik panggil nama crush aku.

Nicha menjeling gadis yang tergesa-gesa mengejar Hadi yang sudah agak jauh di hadapan. Akhirnya gadis itu berjaya berjalan di samping Hadi. Sedangkan Nicha yang masih berjalan di belakang mereka berdua terasa amat perit jiwanya menyaksikan bakal suaminya berjalan dengan gadis itu.

Gadis itu tidak lain dan tidak bukan adalah staff baru yang memegang jawatan sebagai Copy Editor di pejabat mereka.

Nicha turut melihat gadis itu menaiki kereta yang sama dengan Hadi! Menggelegak hati Nicha saat itu dengan api cemburu.

***

"Thank you Hadi. Esok awak nak gerak pergi office pukul berapa?" Tanya Afiqah saat kereta yang dipandu oleh Hadi berhenti di depan rumahnya.

"Macam biasa." Jawab Hadi seringkas yang boleh.

Disebabkan Afiqah kini bekerja di tempat yang sama dengan Hadi, jadi gadis itu menumpang keretanya untuk pergi dan balik kerja sejak minggu lepas lagi. Dan tugas menjaga Puteh dilakukan oleh ibu si Afiqah pula.

"Ok. Awak tunggu kejap kat sini, saya masuk dalam dulu amek Puteh."

Hadi hanya angguk sekali.

Selepas Afiqah memulangkan Puteh kepada Hadi, barulah kereta lelaki itu membelok masuk ke halaman rumah sewanya yang terletak bebetul di hadapan rumah ibu bapa Afiqah.

***

Malam itu selepas solat isyak, Nicha melingkar di atas katil di biliknya. Sebelum tidur, dia akan bersosial di alam maya. Biasanya dia hanya bersosial di Twitter dan Instagram saja.

Terasa nak on facebook pulak malam ni. Ah, on la kejap. Lagipun dah lama sangat aku tak on fb.

Setelah memasukkan password facebooknya, jari Nicha menyentuh button login. Tapi dia tidak berjaya untuk me-login ke akaun facebooknya sebab password yang dimasukkan adalah salah.

Hmmm. Asal tak boleh login ni. Apa password fb aku ni eh?

Selepas mencuba sekali lagi barulah dia berjaya memasuki dunia muka buku itu. Rupanya tertinggal satu huruf tadi.

Fuhhh lama betul tak on benda alah ni. So marilah kita usyar benda apa yang menarik kat fb ni.

Maka, bermulalah pengembaraan Nicha di media sosial itu. Setelah sekian lama tidak memunculkan diri di fb, tetiba malam ni dia rajin pulak menge-like gambar dan status yang naik di timelinenya.

Tiba pada satu gambar, aktiviti menge-like yang dilakukan oleh Nicha terus terhenti. Lama matanya terpaku pada gambar yang memenuhi screen smartphonenya itu.

Gambar itu jelas memaparkan wajah bekas kekasihnya yang sedang tersenyum bahagia di sisi Farah. Gambar itu juga turut memaparkan ketampanan wajah Shahmir yang berbusana raja sehari color sedondon dengan wanita di sisinya yang sudah pasti bergelar isterinya yang sah dan berlatar belakangkan pelamin yang indah.

Shahmir.

Dah.

Kahwin.

Dengan.

Farah.

Nicha melihat hari dan tarikh gambar itu di-upload.

Oh, semalam. Baru je lagi diorang menikah. Sampai hati tak jemput aku.

Nicha turut membaca segala komentator di ruangan komen gambar tersebut. Semua mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru semoga bahagia ke anak cucu bla bla bla.

Kenapa gambar profile yang Shahmir upload masih mampu naik ke timeline Nicha? Sedangkan Shahmir dah lama unfriend Nicha kat facebook.

Gambar tu muncul kat timeline Nicha sebab Shahmir set kan gambar tu as public. So semua orang boleh tengok. Lagipun bila friendlist kat fb Nicha like and comment gambar tu, automatik gambar tu akan naik ke timeline Nicha. Dah la yang like and comment tu semua kengkawan sekolah and cecikgu diorang time sekolah menengah dulu. Duh!

Nicha membuka profile facebook milik Farah pula. Dia hanya klik pada nama fb Farah yang di-tagged oleh Shahmir kat gambar tu tadi. Tak kuasa dia nak search nama budak tu. Heh.

Di wall facebook milik Farah turut bersepah dengan komen-komen ucapan semoga berbahagia bla bla bla. Tapi Farah upload gambar lain. Gambar semasa Shahmir tengah sarungkan cincin kat jari Farah.

Eleh, fikir sweet?

Tapi, terdetik di hati Nicha untuk turut sama memberi komen pada gambar profile milik Farah itu. Sebab Farah still tersenarai dalam friendlist kat facebook Nicha.

So, tak salah rasanya bagi ucapan sikit kat perempuan yang pernah merampas kekasih hatinya satu ketika dulu.

Dengan separuh rasa ikhlas dan separuh lagi rasa annoying, Nicha menaip;

'Selamat pengantin baru Farah dan pasangan. Semoga berbahagia hingga hujung nyawa. :))'

Dan lepas dia post komen tu, dia terus me-log out akaun facebook nya.

Baik aku tidur! Hmmm.

Mata Nicha melihat ke screen smartphonenya atas belah kanan.

Laaaa, baru pukul 10.09pm? Takkan nak tido. Awal lagi ni. Haih.

Lalu dia memikirkan apa yang patut dilakukan tika dan saat ini. Akalnya secara tiba-tiba memintanya untuk membaca kembali diarinya yang tersimpan kemas di dalam laci meja kat sebelah katilnya itu.

Dengan perlahan, Nicha mencapai pemegang laci itu dan membukanya lantas mengeluarkan diari lamanya.

Kemudian dia mula membuka lembaran pertama diari itu dan matanya terusㅡ

Kayu. [√]Where stories live. Discover now