▣ special chapter

489 58 36
                                        


Hari ni genap dua tahun usia perkahwinan aku dengan Nicha. Aku mengajaknya menyambut anniversary kami di Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

"Am, jeans Nicha basah. Nicha lipat eh seluar ni? Nicha lipat sikit je." Pinta Nicha sambil tangan kanannya dibuat simbol macam ni ke arah aku:

" Pinta Nicha sambil tangan kanannya dibuat simbol macam ni ke arah aku:

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


"Basah sikit je kan. Kejap lagi kita balik chalet, sayang nak lipat seluar tu sampai ke lutut pun Am tak kisah. Sekarang kita kat luar ni. Tu, kaki sayang tu pun nak ikutkan aurat jugak tau. Patutnya, Am sorang je yang boleh tengok." Balasku.

Nicha hanya memuncung saja bila aku cakap macam tu. Kadang keras kepala juga isteri aku ni, tapi adakalanya dia akan mendengar kata, macam sekarang ni.

Tangan kirinya menggenggam erat tangan kananku. Kami berpimpin tangan sambil bersiar-siar di gigi pantai.

Lepas kahwin dengan Nicha, aku baru tahu dia tak suka basah. Maksud aku, basah yang macam tadi tu, dia tak suka. Seluar dia basah sikit pun dia dah merungut.

Sebelum ni, aku pernah peluk dia time tangan aku basah sebab aku baru cuci tangan masa tu, and aku tak lap tangan aku then terus peluk dia. Serius dia membebel punyalah panjang waktu tu.

Selain tu Nicha tak suka berjemur bawah matahari, tak suka bersenam, tak suka makan makanan pedas, tak suka makan sayur kecuali sayur color hijau, tak suka berpeluh, tak suka kejutan (surprise), tak suka panas, eh banyak pulak benda yang dia tak suka.

Benda yang dia suka? Pelukan hangat dari aku. Tu paling utama. And then dia suka beli buku banyak-banyak tapi bacanya tidak. Sebab dia cakap, dia just suka bau buku-buku tu semua. Nicha suka melepak kat rumah dan tengok kdrama.

Kalau nak keluar jenjalan dengan dia time cuti, dia akan ajak aku pergi ke muzium-muzium yang ada kat Malaysia.

ㅡAmirul Hadi


***


Semalam aku dan Hadi dah honeymoon kat Teluk Kemang. Takde lah honeymoon sangat pun. Kitorang berdua cuma jenjalan kat tepi pantai.

Lepas tu sebelum balik ke chalet, kitorang dinner dulu. Dinner macam biasa je, bukan candle light dinner.

Sebab aku dan Hadi tak suka benda-benda macam tu. Makan je lah macam biasa, yang penting aku sayang dia, dia pun sayang aku.

Malam pulak, lepas solat maghrib dan isyak berjemaah dengan Hadi, aku lepak chill dalam chalet sambil main puzzle dengan dia.

Lepas bosan main puzzle, dia main game kat phone dia. Aku pulak layan kdrama kat phone aku.

Kitorang tak kisah buat hal memasing, yang penting aku faham minat dia, dia pun faham minat aku.

Hari ni dan saat ini, aku dan Hadi sedang berada di dalam sebuah muzium di Melaka. Muzium Penjara Malaysia.

Muzium ni terletak di Bandar Hilir, Melaka. Kitorang berdua sampai sini tadi dalam pukul 10 pagi macam tu. Masuk muzium ni just bayar RM3 je satu kepala. Dua kepala baru RM6.

"Am, tolong amekkan gambar Nicha." Pintaku sambil menghulur smartphone ku kepada Hadi.

Suamiku itu hanya menurut. Lepas dia snap beberapa keping gambar aku, dia bagi semula phone tu kat aku.

"Thanks sayang." Ucapku sambil membelek gambar yang diambil olehnya tadi.

Tapi...

"Am... Apa ni amek gambar macam ni. Nicha nampak pendek laaa dalam gambar ni. Tiga tiga gambar yang Am amek semua angle tak best." Komen aku dengan penuh kejujuran.

"Tapi sayang dah memang pendek pun in real life." Balas Hadi selamba.

"Eee dasar penjahat. Meh sini, kita selfie je la." Ajakku sambil merapati tubuh tinggi lampai suamiku dan memaut lengan sasa miliknya.

Lepas dah puas pusing setiap block dalam muzium tu dan berselfie (kecuali block B tak dibenarkan bergambar dan merekod video), aku dan Hadi akhirnya menapak keluar dari muzium yang agak menyeramkan itu.

Di luar muzium, panahan matahari begitu terik.

"Dah pukul 3. Patut la panas. Am, kita makan dulu boleh tak? Lepas tu baru kita solat jamak ta'khir. Boleh kan? Sebab kita dah jauh dah dari Shah Alam." Cadangku semasa kami berjalan menuju ke kereta Hadi.

"Haah, kita boleh solat jamak. Sayang nak makan apa?" Tanya Hadi.

"Taktau. Nicha bukan orang Melaka."

"Am pun bukan orang Melaka. So taktau mana tempat makan best kat sini."

"Am Google lah tempat makan best kat sini. Tengok orang review, kalau ok, kita pergi situ je." Cadangku.

"Eh, sayang lah yang Google. Am nak drive nanti."

"Haaa ye lah. Nanti dalam kereta Nicha tolong Google kan. Sekarang ni panas sangat hah. Jauh pulak kereta Am. Haih." Bebelku sambil tudung dan t-shirt long-sleeve yang kupakai aku kipaskan. Panas sungguh.

ㅡNur Anissa







waatie03 sorry kalau tak best. Ini je yang akak mampu buat. Takde idea dah. Nak letak kat komen, tapi terlalu panjang pulak. Haha. 😚

Kayu. [√]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang