☯ bab 2

801 120 26
                                    


Mengantuk. Itulah yang sedang membelenggu Nicha tika dan saat ini. Skrin komputer di depannya dipandang dengan mata yang sangat layu.

Ini semua gara-gara dia leka bermain game PS4 bersama Kak Elly malam tadi. Jam 4 pagi baru dia mula melelapkan matanya.

Lagu-lagu dari band Bunkface yang berdentum di telinganya melalui headphone tidak mampu mencelikkan matanya yang dah serupa mata Garfield.

Akhirnya dia menekan butang stop pada playlist lagu kegemarannya di dalam komputer itu. Sunyi sebentar telinganya dari sebarang muzik. Ditanggalkan pula headphone pada telinganya dan dia meletakkan headphone tersebut di sisi tangan kirinya.

"Cha!" Terbelalak matanya saat namanya diseru sambil bahunya ditepuk rakus oleh seseorang.

Terbang melayang sekejap rasa kantuk yang bergayut pada matanya. Dia menoleh ke kanan. Kak Gee yang menepuk bahunya tadi sedang menayang sengih.

Pakkal la Kak Gee ni tua dari aku. Kalau tak... dah lama aku bagi penerajang. Sedap jugak terajang orang pepagi cenggini. Heh. Bebel Nicha di sudut hati. Dia paling tak suka kalau orang buat dia terkejut dan terperanjat. Mujur dia bukan seorang pelatah.

"Kenapa kak?" Soal Nicha dengan suara yang sangat perlahan tapi masih mampu didengar oleh Kak Gee. Nicha ni kalau tengah mengantuk, nak bercakap pun dia malas. Dahsyat ek dia ni.

"Dah siap lom design semalam?" Kak Gee atau nama betulnya, Raziah bertanya.

Nicha hanya geleng kepala. Dia tengah blank semalam. Idea tak datang. Hari ni bila idea dah datang, dia pula mengantuk. Haih.

Kerja sebagai graphic designer di sebuah syarikat penerbitan buku dan novel seperti Nicha memerlukan komitmen dan kesabaran yang sangat tinggi.

Idea dan design di-reject berjuta kali adalah makanan hariannya. Stayback kat office sampai jam dua, tiga pagi tu dah biasa dah. Dia dah lali.

"Bila boleh siap?" Kak Gee bertanya lagi. Dia nampak Nicha macam tengah mamai. Macam tak sihat pun iya.

Nicha kelihatan sedang termenung. Dia bagai hilang sebentar dari dunia realiti. Entah ke mana fikiran dia melayang.

"Kau ni ok tak Nicha?" Kak Gee masih menembak Nicha dengan soalan.

"Kita okay je kak. InshaaAllah before lunch kita try siapkan design ni." Jawab Nicha masih dengan suara yang begitu perlahan. Matanya di arahkan ke skrin komputer di depannya semasa dia menuturkan kata-katanya tadi.

Kak Gee hanya mengangguk dan berlalu dari situ. Mujur Nicha dapat leader yang memahami seperti Kak Gee. Setakat ni Kak Gee belum pernah lagi memaki hamun pekerja bawahannya. Kalau dia reject design-design anak buahnya pun, dia menggunakan cara yang berhemah.

Arghhhh! Ngantuk! Ngantuk! Ngantuk! Nicha mengetuk kepalanya dengan dua tangannya. Gaya dia macam tengah stress betul. Stress lah weh sebab tak boleh nak fokus buat kerja. Dah kalau dia mengantuk, memang rasa macam nak mengamuk pun ada hah. Aigoooo.

Akhirnya Nicha bingkas bangun dari kerusinya dan berjalan sedikit terhuyung hayang menuju ke pantri. Dia bercadang untuk membancuh secawan nescafe bagi menghalau rasa kantuknya.

Setibanya dia di pintu masuk pantri, ada seorang lelaki yang ingin keluar dari situ sambil memegang sebiji mug. Aroma coffee menusuk ke deria bau Nicha. Harum. Dia sememangnya gemarkan aroma kopi.

Langkah kaki terhenti seketika dan buat beberapa detik, Nicha memandang lelaki itu. Kebetulan pula lelaki yang memegang mug berisi air kopi itu juga turut memandang tepat ke wajah Nicha.

Wajah lelaki itu bagai tiada emosi. Kosong. Beku. Kayu.

Nicha bagai menyedari sesuatu saat matanya merenung lelaki itu. Dia sedikit tergamam. Wajah lelaki itu lah yang dia lihat di cafe milik abangnya minggu lepas.

Selang beberapa saat kemudian, lelaki itu berlalu dari situ dan berjalan melepasi Nicha yang masih berdiri kaku di depan pintu pantri.

Omaigaddddd! Dia kerja kat sini jugak ke? Tapi dia department mana eh? Tak pernah perasan pun dia selama ni. Haish. Gumam Nicha sendirian.

Eh, yang aku terpacak kat sini dah kenapa? Bukan ke aku nak bancuh nescafe tadi? Ni mamat muka kayu tu punya pasal la ni. Tengok muka dia sampai terlupa tujuan asal aku pergi sini. Haih. Bebel Nicha perlahan.


***


Dia melabuhkan punggung di kerusinya selepas meletakkan mug yang berisi hot mineral coffee di meja kerjanya.

Kemudian dia mencicip sedikit kopi kesukaannya itu.

Mindanya membawa dia ke kejadian sebentar tadi. Gadis yang dia lihat berjalan sedikit terhuyung hayang dan ingin masuk ke pantri tadi merupakan gadis bertudung bawal yang dia nampak di sebuah kafe minggu lalu.

Apasal pompuan tu jalan macam orang mabuk? Takkan dia mabuk? Pakai tudung tapi pemabuk? Eh tak mustahil tau perempuan bertudung tapi pemabuk. Sebab aku pernah jumpa perempuan bertudung tapi merokok. Akhir zaman kan, semua tu tak pelik. Tapi rasanya awek tu bukan mabuk. Kalau mabuk aku kenal bau arak. Tadi tu wangi je haaaa. Ah lantak dia laaaa. Yang aku sibuk fikir pasal dia dah kenapa? Amirul Hadi bermonolog dalam diam.

Panjang pula tu monolog dia.

Deringan telefon di mejanya membuatkan lamunanya pecah. Selepas menjawab panggilan telefon tersebut, dia menghirup kopinya sehingga habis dan membetulkan kaca matanya lantas bangun dari kerusinya.

Kakinya diatur menuju ke floor dua di bangunan itu. Ada tugas yang perlu dia lakukan di sana. Dan dia teramat pasti, dia akan bertemu sekali lagi dengan gadis si ikan bawal itu di floor tersebut.

Kayu. [√]Where stories live. Discover now