Malam yang sepatutnya menjadi nyaman dan dingin pada cuaca mendung kini berubah riuh tatkala siren polis dan ambulan mula kedengaran. Kekecohan bertambah lagi apabila pengguna jalan raya yang berhampiran mula memasuk campur urusan yang kini dkira sebagai berat ini.
Kereta mula mengehon sesama sendiri apabila masing-masing mula menyelit di sana sini sehingga menyebabkan kesesakan yang amat teruk di lebuh raya tersebut. Namun ianya tidak dapat dielakkan kerana sekarang, dihadapan mereka, terdapat sebuah kereta yang kini hancur dilanggar teruk.
Dan juga sekujur tubuh yang mula mendingin dan kaku.
Darah mengalir deras dari setiap sudut badannya. Nafasnya tersekat-sekat. Pandangannya semakin kabur. Dia kini tinggal nyawa-nyawa ikan.Tiada apa yang dapat dia lakukan lagi selain hanya mampu menunggu ajal datang menjemput.
Keriuhan di sekelilingnya langsung tidak diendahkan. Mulutnya terkumat kumit mengucap kalimah syahadah. Dia mahu mati dalam keadaan imanya yang maish berpegang teguh dengan ajaran Allah. Namun dia tidak dpaat menyangkal bahawa terdapat sesuatu lagi yang diselang selikan disebalik kalimah tersebut.
Sebuah nama.
Seseorang yang amat penting bagi dirinya. Amat bernilai, lebih dari nyawanya sendiri. Seseorang yang dia sanggup mati untuk berbuat apa saja demi gadis kesayangannya itu.
Seseorang yang dia mahu menghabiskan sepanjang hayatnya bersama.
Dalam keriuhan dan kepadatan manusia yang ada, kelihatan seorang gadis berbusa putih berlari menuju ke arah tubuh tersebut. Dengan matanya yang sembab dan basah dek air mata, tiada apa lagi yang mampu dia ucap melainkan hanya mampu memandang dan meratapi tubuh tunangnya yang kini hanya menunggu masa.
Perlahan-lahan, tubuh sang lelaki dirangkul ke ribanya. Air mata menitis titisan demi titsan yang kini turut mula membasahi wajah lelaki tersebut.
" Jangan pergi..." Hanya itu yang mampu dipinta oleh gadis tersebut.
Terpaksa melihat insan tersayang dalam keadaan begini membuatkan hatinya tidak kuat lagi. Ini bukanlah cabaran tuhan yang mamp dia tangani begitu sahaja. Ini melibatkan tunangnya, bakal imamnya, bakal ketua keluarganya.
Bakal suaminya.
Sang lelaki cuba untk tersenyum manis walaupun pun pada air wajahnya kini, tampak jelas bahawa dia sedang menganggung beribu kesakitan. Dia tidak mahu gadis kesayangannya bersedih. Jujur dia katakan, dia tidak mahu sesiapa pun bersedih.
Tidak pada hari bahagia mereka.
Tanpa dia sedari, perasaan kesal dan hampa mula menyelubungi hatinya. Matanya sendiri kita menahan air mata dari mengalir ke pipi. Sungguh, dia benar-benar kesal.
Mengapa perlu hari ini?
Pada hari yang sepatutnya menjadi hari yang bersejarah. Hari yang sepatutnya mereka raikan dengan penuh kegembiraan. Hari yang bakal menjadi titik bermulanya sejarah mereka hidup bersama. Hari dimana mereka bakal menjadi sebuah keluarga yang bahagia.
Hari perkahwinan mereka.
Mengapa perlu pada hari pernikahanmereka? Mengapa pada hari yang sepatutnya mereka disatukan, dia pulayang harus meninggalkan gadis yang hampir saja bergelar isterinya?Mengapa mereka perlu berpisah sedangkan inilah waktu yang merekatunggu-tunggu?
Malah impiannya untuk membinasebuah keluarga yang bahagia bersama gadis tercinta ini juga tidaklama lagi bakal terkubur bersama jasadnya.
Bukankah ini semua seperti tidak adil?Dia tidak dapat membayangkan bagaiamana gadis ini bakal meneruskanhidupnya tanpa dia disisi?
Bagaimana gadis ini bakal meneruskan hidupnya pada hari yang mendatang?
Dengan segala kekuatan yangtinggal, tangannya digagahkan agar dapat menyarungkan cincin yangsudah lama berada di dalam genggamannya ke jari manis gadis yangsedang memangkunya.Biarlah cincin ini menjadi kengangan terakhirantara mereka berdua.
Gadis itu mendekatkan telinganyake wajah lelaki yang hampir bergelar suaminya. Bisikan itulah yangmenjadi ucapan terakhir buat dirinya dari insan tercinta. Keranaselepas saja bisikan itu, lelaki itu pergi dengan senyuman diwajahnya.
Lelaki itu telah pergi dengan aman, di hadapan gadis kesayangannya.
Siapa sangka, itu merupakan kaliterakhir bagi gadis itu untuk mendengar suara bakal suaminya itu.Selepas ini, tiada lagi teguran dan nasihatnya darinya. Tiada lagikedengaran gelak tawa darinya. Tiada lagi ucapan selamat pagi danmalam darinya.
Semua ini benar-benar tidak bolehditerima oleh gadis itu. Semua ini terlalu tragis. Mengapa lelaki iniharus pergi meninggalkannya bersendirian? Mengapa lelaki ini pergidengan senyuman sedangkan dirinya kini menanggung berjuta penyeksaan?
Hujan lebat lantas turun membasahibumi sebaik saja dia menghembuskan nafas terakhirnya.Seolah-olahturut mengangisi pemergiannya. Ayat yang diucapkan masih lagiterniang-niang di fikiran.
Terus berputar bagaikan pita rakaman yang bermain di minda.
Gadis itu menggeleng lajusambil memandang sekeliling. Ini semua tidak mungkin terjadi. Tubuhyang kini kaku dirangkul rapat, dipeluk erat. Meraung kerana tidakdapat menerima semua ini. Ini tidak adil!
*****
Matanya tercelik. Hanya siling putihbiliknya saja yang kelihatan. Nafasnya tercungap-cungap. Badannyalecun dibasahi peluh. Yang paling mengejutkan bagi dirinya, airmatanya deras mengalir membasahi pipi.
" Siapa? Siapa perempuan tu?Siapa lelaki tu?" Kini Farish memeluk tubuh.
Mimpinya sebentar tadi benar-benarmemberi impak besar kepadanya. Mengapa dia perlu bermimpi begitu?Adakah hanya sekadar mainan tidur yang di rancang oleh makhluk durjana yang dipanggil syaitan?
Ataupun kisah hidup seseorang?
Mungkin saja pentunjuk? Pentunjukyang bakal mengubah kehidupannya pada hari yang mendatang.
Petunjukyang bakal membawanya bertemu takdir dan kebenaran.
YOU ARE READING
Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat Emosi
HumorFarish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal. Sang pencinta wanita, wild and cool, dan naughty and funny. Namun hanya dia seorang saja yang berbe...