Bab 17

5.4K 515 9
                                    


     " Ryna kat mana, sayang? Ryn, balik lah, mama ri-"

' Bip!'

Talian terus dimatikan tatkala berbulan Puan Sofea masih lagi dapat didengari. Ryna hanya mampu menundukkan wajahnya sambil berdiri di hadapan pintu kafe yang pernah dia datang.

" Ryna?" Pak cik Roslan, pemilik kafe tersebut terkejut melihat Ryna yang hanya tercegat di hadapan pintu kedainya. Namun apa yang lagi memeranjatkannya adalah keadaan gadis itu.

Serbi serbi tidak terurus. Dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Rambutnya dibiarkan serabai. Hanya berbaju T biasa dan berseluar trek. Kakinya pula hanya beralaskan selipar.

Langusng tidak sama dengan gadis cantik yang pernah dia temui tempoh hari.

Tanpa sebarang kata lagi, Pak Cik Roslan terus menjemput Ryna masuk lalu menyelubungnya dengan tuala. Kasihan gadis itu ditimpa hujan yang kini semakin lebat. " Ryna duduk dulu ya. Pak Cik bawakkan air."

Tanpa sepatah jawpaan, Ryna terus menuju ke tempat duduk berhampiran dengan tingkap. Badannya betul-betul menghadap tingkap. Matanya tepat memandang luar.

Niatnya hanya satu.

Untuk mencari ketenangan seperti mana yang dibuat oleh lelaki misteri tempoh hari. Jika hujan boleh membawa ketenagannya untuk lelaki itu, kenapa hujan membawa kesedihan buat Ryna kini?

Tiada sedikit pun rasa tenang dihatinya. Hanya resah, gelisah dan sedih.

Tanpa dia sedari, air matanya mula mengalir setitik demi setitik tatkala wajahnya masih kosong tanpa air muka sambil merenung ke arah hujan.

Perlahan-lahan, dia merasakan ada sesuatu yang memegang rambutnya. Namun sebelum sempat dia menoleh, kepala Ryna dipegang agar gadis itu tidak dapat memandang ke belakang. " You should take care of your hair. It easily get frizzy in raining season."

Seakan-akan tidak kesah, Ryna terus memandang ke luar tingkap tanpa menghiraukan bahawa rambutnya kini sedang dibelai oleh Farish yang entah dari mana datangnya. Perlahan-lahan, dia dapat merasakan bahawa jari lelaki itu sedang menyikat lembut rambutnya yang serabai.

Farish hanya mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang kata. Dia tahu, Ryna yang kini bersamanya bukanlah Ryna yang selalu bersamanya.

Ryna kini sama seperti dirinya yang dahulu.

Dirinya sebelum dia bertemu Ryna dan rakan-rakannya yang lain.

Diri Farish yang dahulunya ditelan kegelapan.

" Far, Ryna. Ni air." Farish hanya mengangguk perlahan tanda terima kasih buat Pak Cik Roslan kerana menghantarkan air buat mereka. Tangannya masih lagi membelai lembut rambut gadis tersebut lalu mengeluarkan getah rambut dari kocek seluarnya.

Pak Cik Roslan hanya tersenyum kecil lalu beredar kembali masuk ke dapur. Di dalam hati, dia memuji cara unik Farish untuk menyenangkan hati seorang gadis. Jika gadis lain yang dibelai oleh Farish sampai begitu sekali, mahu pengsan dibuatnya.

Siapa tidak kenal denganFarish? Dengan followers Instagram yang mencecah 800k, dengan wajah kacukannya, sesiapa pun pasti akan tertambat.

Siap mengikat rambut Ryna, Farish mengambil tempat duduk di sisi Ryna yang kini masih lagi mendiamkan diri itu. Tidak pernah dia melihat Ryna dalam keadaan seperti itu. Apa yang etrjadi padanya dalam masa satu hari ini?

Namun semua ini tidak cukup untuk membuatnya membuka mulut untuk bertanya. Bukannya dia tak nak tahu, namun dia tidak mahu ambil tahu melainkan jika gadis itu hendak memberitahunya. Namun dia tidak akan berjanji untuk mendengar.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now