Ryna menelan air liur kelat tatkala matanya meliar memandang sekeliling. Nampaknya, kelibat Lisa masih lagi belum kelihatan walaupun sudah 15 minit berlalu sejak waktu yang mereka janji kan.
" Mana Lisa?" Bisiknya perlahan sambil memandang sekeliling. Walaupun sudah dibilang banyak kali, nampak gayanya Lisa masih lagi tidak faham apabila Ryna mengatakan bahawa dia akan berasa extra gementar apabila berada di kawasan yang ramai orang. " Dia tak datang lagi ke?"
Kini, jam tanganya dikerling seketika. Waktu persembahan akan bermula 20 minit lagi. Memandangkan mereka mempunyai tiket VIP, Ryna dan Lisa tidak perlu beratur panjang untuk ke pentas.
Dalam kesesakan manusia, Ryna mula berasa tidak enak badan. Kepalanya mula berpusing-pusing. Pandangannya kini mulai tidak fokus dan duanianya mula berpecah menjadi empat.
Sebelum sempat badannya rebah jatuh ke bumi, seseorang dapat menangkapnya dari belakang. Nasib baik saja orang itu cepat, jika tidak mahu berdentum Ryna jatuh mencium lantai bumi. " Are you okay? Yang tiba-tiba nak rebah ni dah kenapa?"
Suara seseorang itu telah berjaya menyedarkan Ryna secara perlahan-lahan. " So-sorryy..." Dengan bantuan gadis yang mengangkapnya sebentar tadi, Ryna kini berjaya kembali berdiri di atas kakinya sendiri. " Terima kasih... And sorry sangat sangat."
Rianna mengerut kecil sambil mencebik perlahan. " Kalau tak sihat tu balik je lah. Yang datang ni kenapa?"
Ryna tersentak kecil. Ini merupakan kali ketiga dia dimarahi oleh orang yang dia tidak kenali. Sebelum ini Farish. Dan kali pertama...
Dia tidak ingat siapa.
" So-soorry..." Hanya itu saja yang mampu dia katakan kini. Dia kehilangan kata-kata. Tak sangka pula tiba-tiba saja badannya akan buat hal pada saat-saat ini.
Rianna yang melihat keadaan gadis lemah di hadapannya itu hanya mampu mengeluh kecil. Mungkin dia sudah agak kasar dengannya walaupun baru kali pertama berjumpa.
Jika tunangnya dapat tahu akan perkara ini, pasti dia akan dimarahi sekali lagi.
" Sorry juga sebab tiba-tiba marah you. But are you sure you okay? Jangan cakap dengan I yang you datang sini sorang-sorang?"
" Sa-saya okay! Betul saya okay. Saya tengah tunggu orang." Jawab Ryna sambil melambai-lambaikan tangannya. " Maaf sangat sebab dah menyusahkan awak. And... Terima kasih sebab tolong saya."
Sekelip mata, senyuman manis Ryna membuat hati Rianna berdegup laju. Jika senyuman ini ditunjukkan buat lelaki lain, pasti cair mereka dibuatnya. " No-no sweat." Ujar Rianna perlahan sambil menolehkan wajahnya. Namun sesekali, ekor matanya mengerling memandang Ryna di sisinya. ' Cantiknya dia...' Desis hatinya.
Ryna mula menundukkan wajahnya sambil menggerak-gerakkan kakinya. Salah satu tabiatnya apabila dia segan segan ataupun berasa janggal. " A-awak tunggu orang jugak ke?"
Rianna cepat-cepat mengangguk kecil. Nampaknya gadis itu cuba untuk membuka topik perbualan. " Ha ah. Dia kata nak datang awal, but in the end, i yang sampai dulu."
" Hahaha, sama lah kita." Serentak dengan itu, Ryna dan Rianna tergelak kecil. " Awak tunggu siapa? Kawan?"
" Tunang. Dia dah janji nak bawak saya datang tengok konsert live The Noizers on my birthday."
" Wahh! So that's mean, hari ni birthday awak? Happy birthday!" Ryna tersenyum lebar sambil tergelak kecil. Sunggu comelnya wajahnya ketika itu. " Hope you always be the princess for your prince!"
" Thanks so much!" Rianna turut sama tersenyum. Nampak gayanya gadis ini natural charmer. Tidak perlukan ayat manis untuk menawan hati seseorang. " Nama i Rianna. Nama you?"
" Nama saya Ryna."
" Nak dekat-dekat sama!" Serentak, mereka berkata lalu memandang sesama sendiri. Seketika mereka tergelak lagi.
" By the way..."
" Qal!" Rianna menoleh apabila namanya dipanggil seseorang. Hanya seorang saja yang memanggilnya dengan namanya itu.
Kelihatan dari jauh, bayangan seorang lelaki sedang melambai-lambai sambil berlari ke arahnya. " Tunang saya dah sampai."
Ryna turut sama menjengketkan kakinya. melihat siapa tunangnya yang dimaksudkan itu. " Itukan... Adam Syazrin. Jutawan muda tu kan?"
" Yup, itu yang orang lain kenal dia. Tapi bagi i, dia tetap cinderella." Ujar Rianna perlahan. Sebelum dia berlalu pergi, Rianna sempat menghulurkan sekeping kad buat Ryna. " By the way, ni kad i, ka-kalau you ada masa..." Rianna terdiam seketika sebelum dia menyambung bicaranya. Kelihatan wajahnya sedikit merah, mungkin segan hendak menyatakan hasratnya untuk berkawan. " Y-you call lah i. Kita le-lepak sama-sama ke... Bye!"
Sebelum sempat Ryna memberi jawapan, laju Rianna menghilangkan diri. Namun seketika pada saat itu, Ryna berasa gembira. Nampaknya bertambah lagi lah kawannya.
Tapi masalahnya kini, mana Lisa pergi?
*****
" Kau pandang apa dekat luar tu?" Soal Prince sambil membetulkan sedikit hujung rambut Vince.
" Pandang awek?" Teka Damian.
" Pandang orang yang datang?" Celah Darwin.
" Ataupun pandang masa depan kau yang mungkin gelap tu?" Ujar Danial selamba sambil mengelap pemukul drum miliknya.
" Prince, don't let them touch the microphone."
" Weyh, sorry lah!"
Sekali lagi, dek perangai mereka berempat, Prince tergelak kecil. Ada ada sajalah mereka jika hendak mengenakan Vince. Tak boleh nak lihat lelaki itu senang sedikit. " You nervous?"
" Me?" Kini, Vince menunding ke arah dirinya sendiri. Ingin mengatakan bahawa benarkan Prince menganggap dirinya, ketua kumpulan boy band terhangat pada abad ini, gemuruh? " Betul ke kau dah lama kenal aku?"
Dengan wajah selambanya itu, Vince terus berlalu keluar dari ruangan menunggu dengan topengnya separuhnya yang sudah dipakai kemas di wajah. Prince yang mendengar kembali soalan Vince terdiam lalu tersenyum. " Hahaha, sorry. Aku silap."
Sedang Prince tersenyum mengingatkan kembali apa yang dikatakan Vince, matanya terpandang ke arah dimana Vince pandang sebentar tadi. Prince terdiam seketika. Bulat matanya memandang apa yang sebenarnya dipandang oleh Vince sebentar tadi.
Kini, sekali lagi, sebuah senyuman timbul di bibirnya. Dia tidak sangka, Vince yang selama ini pendiam dan misteri itu rupanya mempunyai minat yang sebegitu. " Kau memang pandai suprise kan aku, Vince." Bisiknya perlahan sebelum berlalu menyiapkan diri.
*****
Lisa mematikan teelfon bimbitnya tatkala panggilan dari Ryna tidak putus-putus masuk. Sudah dimatikan suara, bergetar pula telefon itu. Lebih baik dia matikan saja. " Semak betullah..."
Walaupun dia terpaksa melepaskan peluangnya untuk menonton dari tempat duduk VIP, itu tidak mengapa asalkan dia dapat memuaskan hatinya.
Dengan cara membiarkan Ryna bersendirian wlaaupun dirinya telah diamanahkan oleh ibu bapa Ryna untuk menjaga puteri tunggalnya itu.
" Kau dah rampas perhatian yang sepatutnya aku dapat. Sekarang ni, padan muka kau! Aku nak tengok macam mana kau tahan dengan lautan manusia dekat situ." Senyuman sinisnya tidak dapat di tahan lagi. Sudah lama dia memendam rasa. Sudah lama dia menyimpan duka.
Walhal dia tidak sedar, bahawa dirinya merupakan kawan yang amat penting buat Ryna.
YOU ARE READING
Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat Emosi
HumorFarish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal. Sang pencinta wanita, wild and cool, dan naughty and funny. Namun hanya dia seorang saja yang berbe...