Bab 57

4K 398 12
                                    

    Lama Ryna memerhati wajah Diana, namun dari tadi matanya tidak lepas memandang pemilik wajah cantik tersebut.

    Nampaknya gadis ini benar-benar adik kepada pasangan kembar Dani dan Danish. Lihat sajalah wajahnya.

    Bersih, putih kemerah-merahan, matanya bundar berwarna coklat jernih, rambutnya yang perang semula jadi pasti akan membuatkan sesiapa saja tertawan.

    Lebih-lebih lagi seperti Ariffin sebentar tadi. Tiba-tiba saja ambil berat tentang Diana.

    Diana yang dari tadi perasan dirinya diperhati tidak mampu berkata apa-apa. Seeprti yang lain tahu, dia memang pemalu sangat orangnya. Tak kira terhadap lelaki ataupun perempuan. Terasa serba salah pula jika hendak menegur Ryna, namun pandangan gadis itu sangat tajam sehinggakan Diana mula rasa tidak selesa. " Ermm... Kak Ryn pandang apa?"

    " Pandang bidadari yang Dani dan Danish bawakkan untuk akak."

    " Akak!"

    Terburai tawa Ryna dibuatnya apabila Diana mula menjerit kecil tanda segan. Kini dia tahu mengapa Dani dan Danish berat hendak melepaskan adiknya.

    Jika boleh, dia juga tidak mahu pulangkan Diana pada mereka. Budak ni comel sangat!

    " Hahaha, sorry, sorry. Lepas ni kita makan malam. Mama Kak Ryn ada masak."

    " Okay... Erm, Kak Ryn..." Hujng baju Ryna ditarik kecil. Kecil saja suaranya berbicara sambil wajahnya menunduk memandang lantai. " Dian minta maaf ya, sebab susahkan Kak Ryn."

    " Kenapa cakap macam tu?"

    " Sebab tiba-tiba je abang-abang saya libatkan Kak Ryn dalam masalah kami. Saya mintak maaf bagi pihak saya dan abang-abang saya."

    " Dia ni betul-betul bidadari ke?" Bisik hati Ryna sambil memuji kesucian hati Diana. Gadis ini seperti mempunyai cahaya yang menyinari belakangnya.

    Pengaruh anime banyak ni.

    Ryna tersenyum kecil sambil meletakkan tanganya ke atas kepala Diana. Rasanya budak ini pun banyak memendam rasa. " Akak sikit pun tak kesah." Jujur, dia sememangnya tidak kesah denagn kehadiran Diana di dalam hidupnya. Bahkan dia bersyukur. Mungkin dengan cara ini, dia dapat meyibukkan dirinya.

    Agar dia tidak lagi berfikir tentang Farish.

    " Tapi kan..." Tiba-tiba, otaknya teringat akan sesuatu perkara. Wajah Diana ditenung lama. Apa yang dikatakan oleh Dani dan Danish sebentar tadi bermian di fikirannya. " Mak Diana tu... doktor kan?"

    Diana mengangguk kecil.

    " Kalau tak silap akak, nama dia tadi Dani sebut Doktor Yana kan?"

    Sekali lagi, gadis itu hanya mengangguk kecil membalas soalan Ryna. Dia tidak hairanlah jika Ryna kenal mak nya, memandangkan Doktor Yana memang terkenal orangnya.

    " Habislah."

    " Kenapa kak?"

    Tanpa menjawab pertanyaan Diana, Ryna lantas mencapai kalender kecil di meja di sisinya. Satu persatu tarikh diperiksa, dan akhirnya, dia jumpa apa yang dia inginkan. " Dua hari lagi, Diana keluar denagn abang-abang Dian ya."

    " Why?"

    " Sebab akak ada temu janji denagn doktor akan dekat rumah nanti. Dengan Doktor Yana."

****

    " So, awak macam mana? Ada rasa baik sikit?"

    Ryna hanya mampu tersenyum kecil. Seakan-akan tidak mampu hendak menjawab pertanyaan Doktor Yana, dia hanya mengambl keputusan untuk mendiamkan diri. 

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now