" Ryna, I pinjam you punya lipstick sekejap. Lisa dah kebat I punya." Tanpa menunggu sebarang jawapan, laju saja tangan Rianna mencapai pemerah bibir yang ada di tangan Emy yang sedang ralit menyolek Ryna.
'' Mana ada saya kebat, saya pinjam je!"
" Ish, bak balik! Kang tak siap pengantin ni bersolek nanti!"
Diana tergelak kecil. Nampaknya hari ini Emy lebih banyak marah berbanding selalu. Mana tidaknya, seorang bersolek habis semua pun mahu ikut sekali.
Kecuali Diana. Dia tidak berapa minat dan tahu akan perkara ini. Syukurlah.
Ryna yang memerhati hanya mampu tersenyum kecil. Sumpah dia katakan, dalam banyak-banyak manusia yang hidup di muka bumi ini...
Mungkin dia seorang saja yang tiadak berbahagia di hari perkahwinannya.
Perlahan, keluhan kecil dilepaskan. Ryna termenung memandang dirinya dari pantulan cermin. Pandai Emy buat solekan, tak salah dia ambil Emy sebagai mak andamnya.
Namun, bolehkah solekan ini menutup segala penyesalan dan kesedihan di hatinya?
Diana yang perasan akan perubahan wajah Ryna mula berasa risau. Sudah agak lama juga dia sebilik dengan gadis ini, jadi sedikit sebanyak, dia faham akan perasaan Ryna. Dia faham bahawa Ryna kini berat sebelah dengan keputusannya untuk berkahwin.
" Kak Ryn?"
Bahu Ryna terhinjut kecil tatakala tangannya dipegang oleh Diana. Nampaknya, dia sudah jauh hanyut ke dalam lamunannya sendiri. " H-hmm?"
Wajah risau Diana mula kelihatan. Begitu juga dengan Rianna, Lisa dan juga Emy. Bukannya mereka tidak sedar akan kelakuan pelik Ryna, cuma mereka tidak mahu menegur. Tidak mahu memberatkan lagi fikiran Ryna.
" Girl, look at me." Pipi Ryna dipegang agar mata mereka bertentangan. Rianna akui bahawa dia tidak selalu berada bersama Ryna, tidak seperti Lisa. Namun apa yang pasti, Ryna sudah pun menjadi salah seorang dari sahabat baiknya. Dia tidak tahan melihat kawannya dalam kesedihan. " We all know what you're feeling right now. Kitaorang tahu you berat sebelah dengan keputusan you sekarang, tapi you kena ingat satu benda."
" Apa yang jadi semua ada hikmahnya." Sambung Emy sambil tersenyum kecil. " Mungkin, Allah dah aturkan benda yang lagi baik untuk kau. You see, kalau kita cintaikan seseorang, tak bermakna kita perlu miliki dia."
" Lagipun..." Kini, tangan Ryna dipegang lembut oleh Lisa. Senyuman tidak pernah lekang dari bibir gadis itu buat rakan baiknya. " You can always doakan yang terbaik untuk dia. Believe me, mungkin Khai yang terbaik untuk awak?"
" But I love him..." Bicara Ryna kedengaran perlahan, namun jelas di pendengaran sahabat-sahabat baiknya. Jelas juga mereka lihat bahawa air mata bakal jatuh dari mata Ryna, bila-bila masa saja. " I love him so much."
" And he loves you too, sebab tu Abang Far nak akak bahagia." Celah Diana yang dari tadi hanya mendiamkan diri. " Akak pun tahu Abang Far tu orangnya macam mana kan? Mesti dia tahu, yang dia tak boleh nak bahagiakan akak, sebab tu dia serahkan akak pada orang lain."
" Tapi, perasaan akak-"
" Dia pun terpaksa korbankan perasaan dia sendiri, kak. Bukan akak sorang je. Abang Far tu bukan jenis yang senang buka hati dia untuk sesiapa melainkan akak. Akak ingat senang ke dia nak lepaskan orang yang paling bermakna dalam hidup dia dan tengok dia bahagia dengan orang lain?"
Ryna terdiam. Bicara Diana membautkan Ryna terdiam. Dia mahu membalas kembali, namun dia tidak dapat mencari point untuk dia menjawab kembali.
YOU ARE READING
Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat Emosi
HumorFarish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal. Sang pencinta wanita, wild and cool, dan naughty and funny. Namun hanya dia seorang saja yang berbe...