Bab 76

3.8K 389 46
                                    


     " Saya tanya, kenapa awak buat semua ni?!" Dokumen yang ada ditanganya dihempas kuat ke atas meja. Namun, air muka Fairuz sedikit pun tidak berubah, tiada rasa takut atau terkejut.

    Dia hanya mampu senyum kecil sambil memandang dengan matanya yang sayu.

    Polis yang berada di hadapannya mulai buntu. Mati akal dibuatnya apabila Fairuz hanya tersenyum setiap kali mereka menanyakan soalan. " Kita nak buat apa ni?"

    " Jangan tanya aku, aku pun nak buntu gila tak tahu nak buat apa."

    " Kalau macam tu, kita-"

    " Biar saya yang uruskan hal ni."

    " Tuan Raziq!" Tabik diangkat apabila daun pintu dibuka oleh Cif Inspektor Raziq. " Tapi suspek langsung tak memberi kerjasama. Macam mana tuan nak uruskan?"

    Satu senyuman kecil terukir di bibir lelaki berwajah bengis itu.Ini bukan kali pertama dia berurusan dengan orang begini.

    Apatah lagi dengan si Fairuz ni.

     " Itu saya tahu apa nak buat. Sekarang ni, saya nak kamu semua tinggalkan bilik ni. Tinggalkan kami berdua sendirian."

    " Baik, tuan!"

    Daun pintu di tutup perlahan. Kerusi yang berhadapan Fairuz ditarik lalu punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi tersebut. " So, agak lama jugak tak jumpa kau."

    Masih lagi tersenyum. Senyuman Fairus sedikit sebanyak membuatkan Raziq berasa risau. Fairuz merupakan lelaki yang jarang menunjukkan emosinya. Seseorang yang jarang tersenyum dan selalu tegas dengan pendiriannya.

    Namun hanya ada seorang saja yang dapat mengubah dirinya. Iaitu Liliana Clemence Milhiore, isteri Fairus yang berdarah Perancis.

    Isteri kesayangannya, sehingga dia mati.

    " Straight to the point, aku langusng tak percaya bila kau kata kau yang bunuh Liliana. Aku tak percaya yang korang selalu bergaduh dan memang berniat untuk berpisah. Tapi yang aku tahu..." Raziq mendekatkan badannya ke arah Fairuz. " Aku tahu kau ada sebab yang kukuh kenapa kau buat semua benda ni."

    " You're the same as always, Ziq. Dari zaman sekolah sampailah sekarang, aku still tak dapat nak tipu kau." Untuk kali pertamanya sejak dia tiba di balai, Fairuz bersuara sambil tersenyum kecil. Bukan senyuman yang dibuat-buat, ianya merupakan senyuman kelegaan.

    Lega kerana akhirnya, seseorang yang dia percayai telah hadir di hadapannya.

    " Aku takkan paksa kau untuk ceritakan semuanya, tapi aku cuma nakkan kepastian. Pembunuh Liliana, bukan kau kan?"

    Fairuz menggeleng kecil. " Nak marah dia pun aku tak sanggup, inikan nak bunuh dia."

    " Kenapa kau sorokkan perkara yangs sebenar?"

    " Aku tak nak nyawa anak aku terancam." Fairuz menarik nafas panjang. Fikirannya tertumpu pada Farish seorang. " Kau pun tahu kan, Farish macam mana budaknya?"

    " Mestilah. Aku nak dia jadi polis bila besar nanti. Budak tu sangat, sangat pandai."

    " Jangan nak memandai. Tu anak aku." Serentak, mereka berdua tergelak kecil. " Aku tak nak dia bazirkan masa depan dia semata-mata untuk balas dendam. Aku nak dia hidup macam budak lain. Mmbesar dalam keadaan selamat dan terjamin."

    " Sebab tu kau dengan Liliana buat keputusan untuk lakukan semua ni? Sorokkan identiti sebenar pembunuh supaya nyawa orang lain selamat?" Fairuz mengangguk kecil. " Tapi kau yakin ke yang 'dia' tak akan cari Farish lagi? Lebih-lebih lagi kau dalam penjara sekarang, kau tak rasa ke kemungkinan 'dia' untuk cari anak kau lepas ni sangat tinggi?"

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now