Bab 6

6.1K 515 11
                                    


     Satu keluhan berat dilepaskan. Perutnya yang dari tadi sudah berkeroncong kini seolah-olah menghadapi gempa bumi di dalam usus. Kenapalah kelasnya pada hari ini pagi sehingga petang? Tak sempat dia hendak menjamah apa-apa memandang jarak masa yang tidak mengizinkan.

Baru saja kakinya hendak melangkah ke cafeteria, suatu bunyi yang amat dikenalinya sekali lagi menganggu fokusnya.

" Meow"

Ryna mengerut dahi. Dia tidak rasa yang itu hanya sekadar sound effect seperti yang dia dengar sebelum ini.

Tanpa ragu lagi, dia terus menoleh ke belakang. Kucing ini, macam pernah dilihat. Tapi dekat mana?

"Ahh! Awak ni kucing lelaki tu kan?" Ryna menepuk perlahan dahinya. 'Pelupa betul aku.'

Tangan Ryna laju saja mengangkat anak kucing hitam tersebut. "Meow" Kucing tersebut meronta minta dilepaskan. Sebaik saja bebas, elok saja dia berjalan terkedek-kedek lalu dia menoleh memandang Ryna.

" Kejap!" Mata Ryna meliar memandang kawasan sekeliling. " Ahh! Sesat lagi!" Hah! Inilah padahnya apabila terleka.

" Meow"

Ryna menoleh kembali memandang kucing tersebut. " Awak nak saya ikut awak?"

" Meow" Ryna terkejut. 'Benarkah kucing itu hendak aku mengikutnya?'

Ryna mengekorinya perlahan dari belakang tanpa was-was. Kucing tersebut hanya terus berjalan. Dari tadi Ryna perasan, jika dia berhenti, kucing tersebut juga berhenti. Bijak sungguh kucing ini. Untung tuanya dapat memiliki kucing ini.

" Meow" Ryna memberhentikan langkah. Dia kenal tempat ini. Inilah tempat di mana Ryna berjumpa dengan lelaki itu.

" Kuro..." Ryna menoleh ke arah suara tersebut. Kelihatan anak kucing hitam itu berlari menuju ke arah seseorang. " Where did you go?"

" Meow" Manja sungguh kucing itu dengan lelaki tersebut. Itulah dia, lelaki yang membantunya. Walaupun mulutnya agak 'cacat' dari segi peradaban bahasa, namun dia dengan 'baik hatinya' menunjukkannya jalan buat Ryna.

" Tu kucing awak ke?" Lelaki tersebut menoleh memandang Ryna. Barangkali berasa pelik bagaiman Ryna boleh datang ke sini.

" Kuro... Did you took this girl here?" Lembut saja tangannya mengusap tangan kucing yang bernama Kuro itu. Satahunya, Kuro dalam bahawa Jepun bermaksud 'Hitam'. Mungkin sebab itu dia menamakan kucing itu Kuro kerana mempunyai bulu hitam. ' Why did you even invite this girl here.' Bisik hatinya.

Dia benar-benar ingin berseorangan. Tidak mahu sesiapa pun yang menganggu rehatnya bersama kucing kesayangan.

" Errmm.. maaf kalau saya mengganggu awak. Sa-saya pergi..."

" Meow." Sekali lagi, anak kucing itu seolah-olah seperti memanggil dirinya. Meyuruhnya suruh duduk dan jangan pergi.

" Dah nak balik?" Ryna menoleh sekali lagi memandang lelaki yang tdiak diketahui namanya.

" Maaf?"

" I'm asking you. Wanna go home already?" Ryna sekadar mengangguk. Janggal pula rasanya apabila berada di dalam keadaan yang begitu. " Well, actually. You can sit here for a while if you want too. Kuro seems to pick a like on you." Secara automatic, mata Ryna terbeliak. Biar benar apa didengarnya ini? 'Dia? Yang mulut laser? Ajak aku duduk sekali? Mimpi ngeri bertambah indah apakah ini?' Desis hati kecilnya.

" Excuse me?" Ryna mengangkat sebelah keningnya. Dia tidak sangka yang lelaki itu boleh pula bercakap panjang lebar.

" Are you deaf?" Ryna tergamam. Tersentak dia apabila lelaki itu selamba saja berkata begitu. " Juat come and sit down. Kuro likes you."

" What?"

" Don't make me repeat myself, ignorant girl." Dengar saja lelaki itu mula mengeluarkan ayat-ayat kasar, dia hanya mampu menurut. Dia mengambil tempat di belakang pohon. Romantik gitu, dia di depan pohon, manakala Ryna di belakang pohon.

Namun di dalam hatinya, masih tidak berhenti mengutuk lelaki tersebut. ' Dasar mamat poker face. Ada ke patut nak marah orang tapi muka tak ada emosi langsung!"

" If it not because of Kuro, I'll definitely chase you from here."

Ryna terekdu seketika. Jika niat lelaki itu hendak menyakitkan hatinya, dia telah berjaya dengan jayanya. Tapi adakah lelaki itu juga sengaja membiarkannya mendengar apa saja yang dicakapnya. Kalau ye pun tak suka, cakap je lah dalam hati.

" Boleh saya tanya satu soalan? Nama awak apa?"

Niatnya hendak memulakan perbualan. Untuk memulakan hubungan yang baik. Namun hampa sekali baginya apabila Farosh hanya mendiamkan diri, membiarkan soalan itu tergantung tak bertali.

Sesekali kelihatan Ryna mencebik sambil membuat muka. " Baik tak payah ada mulut kalau tak reti nak bercakap."

" Farish."

Ryna terdiam tiba-tiba. Nampaknya lelaki terencat emosi ini sudah mula bersuara, wlaupun hanya sepatah perkataan. " Farish. Nice name. Nama saya Ryna. Nur Ryna Elyna."

" Don't care." Sekali lagi, hati Ryna bagai dicarik-carik oleh binatang buas, ditusuk-tusuk dengan sembilu tajam. Tidak boleh lagi menyakitkan hati kah lelaki ini?

" Mulut awak memang macam ni ke? Macam loji."

Kini, giliran Farish mula tersentap sedikit wlauapun tidak ditunjukkan secara luaran. Hatinya tiba-tiba rasa tercabar. Tiada siapa berani ebrkata begitu padanya sebelum ini. " Oh really? At least I'm smarter that you."

Serangan demi serangan dibalas mereka, Nampak kedua-dua pihak tidak mahu mengalah. Farish masih lagi spontan berlagak biasa sambil bermain-main dengan topi ala Bruno Mars miliknya. Ryna yang berada disebalik pokok pula s=kini sedang menumbuk-numbuk mencabut-cabut rumput yang ada.

" Go home." Ucap lelaki itu.

" What?"

" I said, go home, deaf elementary school girl." Ryna mengetap gigi. Menahan geram yang amat membuak-buak terhadap lelaki ini. ' Dasar mamat terencat bahasa! Tak ada budi bahasa langsung.'

Ryna mengalihkan pandangannya mencari Kuro. Punca utama dia berada di situ pun kerana anak kucing Hitam itu. Kini anak kucing itu sudah tidak kelihatan, dia juga harus mengangkat kaki pergi dari situ.

Lelaki itu mengelamun seketika. Setelah dia kembali sedar, gadis itu sudah tiada bersamanya. " Kuro, she left." Kuro yang datang entah dari mana kini kembali ke pangkuannya. " Didn't she know that I was just joking?" Kuro bermaja-manja tatkala tangan lelaki itu galak mengusapnya. " WeLl, I don't really care about her."

Siapa sangka semua itu hanyalah gurauan semata-mata sedangkan wajahnya sedikit pun tidak menunjukkan dia bergurau. Dengan wajahnya yang tidak beremosi itu, tentu saja semua akan menyangka bahawa setiap butir bicaranya adalah serius.

Ryna mengetap bibirnya. Dia masih geram dengan perangai lelaki itu. ' Aku harap aku tak akan jumpa dia lagi!'

Hilang saja kelibat Ryna dari situ, Farish mula mengalihkan topi yang dimainnya sebentar tadi. " Ryna..." secara tidak sengaja, mulutnya seakan-akan bergerak sendiri mengucap nama gadis yang baru saja makan hati dengan perangainya. " I don't like her, but she is interesting."

    Sedang dia berbicara sendirian, tiba-tiba saja telefon bimbit berlambangkan epal miliknya berdering menandakan pesanan masuk.

    Lambat-lambat dia membuka pesanan itu, sehinggalah nama seseorang yang mula membuat hatinya tiba-tiba terasa geram. " I told you, I won't come back to you." Bisiknya perlahan sambil mencampakkan telefonnya ketepi.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now