Bab 41

4.4K 413 15
                                    


    Badannya mula menggeletar kecil. Dadanya terasa seeprti dihimpit.

    Dan apa yang pasti, badannya kini penuh dengan darah.

    Pandangannya semakin kabur. Dikaburi badannya yang semakin lemah dan juga air mata. Tangannya meraba-raba, seolah-olah mencari sesuatu. Atau lebih tepat lagi...

    Seseorang.

    " Zaki..." Lemah dan sayu. Suara Syafiq tidak lagi kedengaran macho seperti selalu. Suara machonya yang selalu menjadi pujaan ramai gadis kini berubah lemah. Perlahan-lahan, tangannya mencapai tangan Zaki.

    Tembakan yang dilepaskan oleh konco ketua gangster yang bersembunyi di sebalik bangunan telah tepat mengenai perut Zaki.Darah mengalir tanpa henti, kesakitan yang teramat kini ditanggung Zaki apabila dia cuba melingdungi belakang Syafiq daripada terkena tembakan.

    " Zaki..." Sekali lagi, nama kawan baiknya dipanggil. Tiada sebarang sahutan, namun kelihatan tangan Zaki tergapai-gapai mencari sesuatu. " Zaki..." Serta merta, tangan Zaki dicapai. 

    Wajah Zaki semakin pucat. Wajah kacaknya kini kelihatan hanya seperti mayat hidup. Sebelah tangannya memegang tangan Syafiq, manakala sebelah lagi menekup tempat tembakan yang kini dipenuhi dengan darah. " F...iq.."

    Siapa sangka, Syafiq yang terkenal denagn ketegasan dan keganasannya kini dicurahi air mata. Tangannya menggengam kuat tangan Zaki. Matanya terus menerus mengalirkan air mata. Melihat darah yang semakin membanjiri keliling Zaki...

    Syafiq bagaikan hampir kehilangan pertimbangan.

    " A-aku... Mintak maaf.. Zak...." Suara Syafiq bagaikan tidak terkeluar dari tekaknya. Dia seolah-olah kehilangan peti suaranya apabila melihat keadaan nazak Zaki. 

    Apa yang harus dia buat?

    Sedangkan selama ini, yang merawat dirinya hanyalah...

    Zaki.

    " A-apa yang aku kena buat ni, Zak? Da... Darah banyak... Aku... aku tak tau na-nak buat apa...." Syafiq teraba-raba sekelilingnya. Mencari seuatu yang boleh menghentikan pendarahan Zaki namun malang, dia tidak dapat berfikir lurus lagi.

    Dalam kegelisahannya, Zaki perlahan-lahan mengukir senyuman kecil. Melihat bagaimana rakannya itu sanggup menangis buat dirinya...

    Zaki terasa bahagia.

    " Fiq..." Syafiq menghentikan pergerakkannya dan kini, dia menumpukan sepenuh perhatiannya buat Zaki. Senyuman masih tidak pudar dari wajahnya. Tidak tahu mengapa, dia berasa sangat gembira.

    Cita-citanya untuk menyelamatkan orang...

    Dia bahagia apabila dia dapat menyelamatkan sahabatnya sendiri.

    " Zaki... Aku minta maaf.... Aku... aku tak sedar..." Pandangan SYafiq kini benar-benar telah dikaburi air matanya sendiri. Teresak-esak dia apabila hendak berbicara sesuatu. " Zak... Ba-bagitahulah aku... Apa yang... Apa yang patut aku buat..?"

    " Fiq..." Tangan Syafiq sedaya upaya digenggam erat walaupun tiada lagi tenaga yang berbaki. Senyuman diwajahnya maish lagi tidak pudar. Dia tidak mahu Syafiq tahu akan kesedihannya.

    Kesedihan bahawa dia bakal meninggalkan kawan baiknya itu.

    " Te-... terima kasih... Sebab... su...sudi jadi ka...kawan aku..."

    " Apa yang kau cakap ni..?! Kenapa nak berterima kasih?! Ka-kau jangan lah cakap macam ni oi!" Raungan Syafiq mengisi segenap kekosongan yang ada. 

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now