Bab 32

4.8K 451 25
                                    


     Farish menyengetkan kepalanya sambil memandang ke arah bawah pohon, tempat dimana sering menjadi tempat pertemuan antara dia dan Ryna.

    Namun apa yang menghairankannya, gadis itu kelihatan lebih gusar dan gelisah berbanding selalunya. Setiap hari pun gadis ini akan gelabah tak tentu pasal tapi kali ini, dia kelihatan... berbeza.

    " Meow." Kuro berjalan mendekati Farish yang berdiri tidak jauh dari tempat Ryna berada bersama tiga bungkus roti tuna di tangannya. Jangkaannya untuk membawa tiga bungkus roti tepat apabila mengetahui Ryna bakal berada di sini juga.

    " Hai, little one." Kini Farish menyangkung untuk mengusap kepala Kuro. Nampaknya Ryna masih lagi tidak sedar akan kehadirannya. Perlahan-lahan, dia mengangkat Kuro lalu melangkah ke belakang Ryna.

    Bukan niatnya untuk menyibuk, namun matanya tidak sengaja terlihat isi kandungan telefon bimbit yang sedang dipegang Ryna. Agak terkejut, namun itu saja tidak cukup untuk memberikan emosi di wajahnya. " Vince?"

    " Ahh!" Akibat terkejut dengan suara Farish dari belakang, tercampak telefon Ryna dibuatnya. Nasib baik saja Farish dapat mengangkapnya dengan penuh bergaya ( eceh ), jika tidak, dia boleh ucapkan selamat tinggal kepada telefon berlogo epal miliknya itu. " Fa-Farish?"

    " You don't have to scream like that." Tanpa bercakap lebih banyak lagi, Farish lantas mengambil tempat duduk di tempat biasanya, sebalik pohon lalu membuka sebungkus roti untuk dirinya dan Kuro. " Here."

    Teragak-agak, Ryna mencapai roti dan telefon bimbit yang dihulur Farish. Ini bukan kali pertama dia menerima roti dari jejaka kacak ini, tapi dia masih tidak biasa.

    Tidak biasa dengan apa?

    Tidak biasa apabila lelaki bermulut laser ini berbaik dengannya.

    Ngeri.

    " Give me back my bread."

    " No! Saya main-main jelah! " Ryna terkejut kecil lalu menafikannya. Orang pembaca fikiran seperti Farish ini memang tidak boleh dikutuk, wlaaupun dikutuk dalam hati, dia pasti dengar juga. " Te-terima kasih sebab roti... And telefon ni."

    " Erm." Hanya dengan sahutan kecil, Farish kembali ke rutin hariannya. Dengan Kuro yang kini hampir lena di atas badannya, Farish mula ingin melelapkan matanya sebelum Ryna tiba-tiba bersuara lagi.

    " A-awak nampak apa lagi... Tadi?"

    ' Tadi?' Desis hati Farish. Mungkin gadis ini menanyakan prihal Vince yang Farish nampak seketika nanti. " Don't worry, I don't care what's happening between you two."

    " Tapi kalau saya nak cerita, awak nak dengar?"

    " Like I say, I don't care."

    " Kalau macam tu, cerita dia macam ni..."

    Farish mengeluh kecil. Nampaknya gadis ini bukanlah jenis makan saman. Lagi dia kata tak nak, makin ligat gadis ini memberontak. Akhirnya, dia hanya pasrah dan mendengar saja.

    " Dia... Bagi nombor dia dekat saya."

    Zap!

    Tiba-tiba, Farish mengusap perlahan dadanya. Dia sendiri pun tidak beri lagi nombor telefonnya pada Ryna, bagaimana Vince, penyanyi terkenal itu boleh memberikan nombor telefonnya pada Ryna yang baru kali pertama dia berjumpa?

    " So?" Farish cuba untuk berlagak tidak kesah. Walaupun wajahnya masih membatu, namun hatinya terasa lain. Dia sendiri tidak tahu mengapa. 

    " Di-dia kata, dia tunggu saya malam semalam tapi... Saya tertidur. Sa-saya takut dia marah..." Ryna menguis-nguis lembut rumput yang berada di sekelilingnya. Rasa serba salah mula menguasai diri.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now