Bab 11

5.5K 523 5
                                    


     " Abang, kalau satu hari nanti sayang pergi dari hidup abang, apa yang abang akan buat?" Kepala gadis itu dilentokkan atas bahu tunangnya sambil matanya memandang ke arah langit gelap.

Soalan yang dituju buatnya dibalas dengan senyuman. Dengan lembut, kepala gadis itu diusap perlahan. " Abang takkan rasa apa-apa, sebab abang yang akan pergi dulu sebelum sayang."

" Ish, apa cakap macam tu?! Abang nak tinggalkan sayang ke?"

" Habis tu syaang yang mula dulu. Jadi sayang pun nak tinggalkan abang lah kan?"Gelak tawa dan nada risau mula dilemparkan oleh lelaki itu. Namun jauh di sudut hatinya, dia tidak mahu kehilangan gadis kesayanganya itu. Gadis itu telah memberi banyak makna dalam kehidupannya.

" Tapikan abang, kalau betullah abang yang pergi tinggalkan syaang dulu, sayang harap dapat lupakan abang. Kalau boleh tak nak ingat apa-apa pun pasal abang. Sayang rasa tu lebih baik daripada sayang asyik menangis, sedih-sedih ingatkan abang."

Sekali lagi, hanya segaris senyuman manis dan lembut saja yang dapat terukir di bibir lelaki itu. Dia turt berasa itu lebih baik, daripada gadisnya itu terseksa dan sengsara.

Namun, malang tidak berbau. Perkara yang diborak hanya sekadar hendak mengisi masa lapang kini menjadi kenyataan. Tepat pada hari pernikahan mereka, lelaki itu pergi meninggalkannya, meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya sebelum sempat menjadikan gadis itu sebagai isterinya.

*****

Farish segera bangun dari tidur lantas terduduk sambil nafasnya tercungap-cungap. Biliknya seperti tidak mempunyai oksigen, dadanya terasa digenggam kuat. Terasa sempit. Mungkin kerana pernafasannya yang kini tidak teratur.

Sekali lagi, air matanya mula mengalir membasahi pipi. Dia tidak tahan lagi. Sudah hampir dua bulan perkara ini berlalu. Siapakah lelaki itu? Siapa perempuan itu?

" Far?" Tangan yang baru saja hendak menyentuhnya ditepis kasar. Ariffin terkejut dengan tindakan Farish. Sepanjang perkenalan mereka, lelaki itu tidak pernah berkelakuan begini. " Far, okay tak ni?"

Jelas kelihatan riak wajah ketakutan pada muka Farish. Dahinya dibasahi peluh. Matanya bergenang dengan air mata. Sungguh dia tidak sangka bahawa lelaki yang terkenal dengan sifat cool dan dinginnya akan berubah menjadi ini.

Jika ini merupakan hal biasa, sudah pasti dia bakal tergelak dan berguling-guling di situ juga.

Akan tetapi, ini adalah perkara luar biasa.

Perkara yang Ariffin sendiri tidak terjangka bakal berlaku.

Kini, bahu kawannya itu dirangkul rapat. " Aku tak paksa kau untuk bagitahu apa yang jadi. Tapi kalau kau nak cerita apa-apa, aku boleh lah pinjam sekejap je telinga aku ni."

" Seriously, not funny."

Ariffin tergelak kecil. " Kalau lawak pun, bukannya kau nak gelak."

Farish sekali lagi mendiamkan diri. Lawak hambar Ariffin saja tidak cukup untuk menenangkan hatinya kini. Bagaikan ada sesuatu yang hilang pada saat ini. Sesuatu yang baginya tidak penting, tetapi dia amat memerlukannya kini.

Tiba-tiba, wajah Ryna terbayang di fikiran. Mengapa perlu dia meningati gadis yang baru sjaa dia kenali itu? Dari awal perkenalan lagi, dia ingin menjauhkan dirinya dari gadis itu namun takdir selalu saja menemukan mereka berdua.

" Finn."

Ariffin menoleh sambil mengangkat kedua belah keningnya. Tanganya yang tadi berada di bahu Farsish sudah lama dilepaskan. " Yes?"

" Aku rasa aku boleh naik gila kalau terus macam ni."

Sekali lagi, Ariffin diserang kejutan. Jika perkara tidak disangka-sangka ini terus berulang, lemah jantung dibuatnya.

Jarang lelaki di yang sedang memeluk lutut disebelahnya itu hendak berbahasa melayu. Amat jarang. Sama seperti tidak pernah. Mungkin atas didikan ibunya yang terbiasa berbahasa inggeris sejak dia kecil lagi.

" Kenapa kau cakap macam tu?"

Seperti biasa, soalan Ariffin dibiarkan tidak berjawab. Namun lelaki itu tidak perlu jawab pun Ariffin sudah tahu.

Lihat sajalah wajahnya yang sembab, lingkaran hitam dibawah mata yang semakin jelas kelihatan dan wajah kacaknya yang pucat saja sudah cukup untuk menjelaskan mengapa Farish berkata demikian.

" Apa kata kau ambil cuti esok? Nanti aku informkan dekat Sir Loke."

Hanya anggukan yang dibalas olehFarish. Bagus juga cadangan mamat kasanova ini. Dapat juga dia menghabiskan seharinya di atas katil yang empuk dan berharap tidak dibuai dengan mimpi buruk itu lagi.

" If you dare tell someone about this..."

" Relax, bro. aku nak hidup lama lagi." Segera Ariffin mengangkat kedua belah tangannya tanda menyerah. Amaran yang berbaur ugutan Farish itu benar-benar akan mendatangkan masalah baginya jika hal ini terlepas ke pendengaran orang lain. Nasib baik saja si tiga serangkai- Syafiq, Dani dan Danishs masih lagi nyenyak tidur.

" Let's put that aside. Aku ada benda nak bagitahu." Kini, giliran Farish pula menoleh memandang Ariffin. Lama ayat lelaki itu tergantung, sehinggalah dia mula menarik nafas panjang. " Aku nak pergi jumpa keluarga aku. Keluarga kandung aku."

Lama Farish memandang wajah tekad lelaki itu. Bukannya dia terkejut, namun dia sebenarnya bersyukur kerana lelaki itu sudah mula mempunyai keberanian yang sebegitu. " You know where they are?"

" Aku ada upah penyiasat dan aku baru tahu lebih kurang setahun yang lepas. Aku tahu lama aku mendiamkan diri walaupun aku dah tahu semua kebenaran. Tapi sekarang aku dah tekad. Lagipun...." Ariffin tersenyum kecil sambil memandang ke atas siling. " Secara tak langsung, aku dah jumpa dengan salah seorang ahli keluarga aku."


     

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now