" Which route should I take?"
Ryna terdiam seketika. Dia berfikir sejenak. ' Kalau dari tempat tadi... kita patutnya kene pusing...'
" And you don't even know your house route. Wow, incredible." Ujar Farish lagi sambil menekan-nekan sesuatu di telefonnya. " Insert your address here."
Ryna hanya mampu akur dan menurt. Dia terlalu segan dan malu untuk melawan kembali kata-kata Farish. Dan bagaimana pula lelaki itu dapat membaca apa yang bermain di fikirannya? " Here."
Dengan mengikut peta maya yang disediakan oleh peranti yang dipanggil GPS, Farish hanya mengikut ke mana saja ianya menunjuk arah.
" Rish..."
Di tidak menjawab panggilan Ryna, namun telinganya mendengar setiap butir bicara gadis itu.
" Terima kasih lagi sekali. Sebab teman saya."
" No sweat." Sekali lagi, bicara mereka terhenti di situ. Farish tidak mahu menafikan bahawa berborak dengan Ryna sememangnya menyenangkannya, namun takkan dia hendak mengaku begitu sahaja? " You can always count on me, if you want to."
Dengar saja ayat itu keluar dari mulut Farish, secara automatik bibir gadis itu mengukir senyuman lembut sambil memandang lelaki disebelahnya itu. " Itu pun kalau awak nak tolong kan?"
" Of course." Sekali lagi, lawak tanpa disengajakan Farish berjaya membuat Ryna tergelak kecil. Nampak gayanya, Farish sedikit sebanyak sudah apat mengumpul sense of humor nya. " We're..."
Baru saja Farish hendak mengatakan bahawa mereka telah tidak dirumah Ryna, mulutnya bagaikan terkunci seketika apabila melihat bunglo yang tersergam indah di hadapannya. " Here..."
" Awak nak masuk dulu? Jum, saya belanja minum." Kata Ryna sambil tersengih kecil menampakkan gigi putihnya. " Lagipun mak ayah saya ada dekat dalam."
Farish hanya mengangguk kecil. Dia turut mahukan kepastian. Kepastian untuk memastikan sama ada ini hanya sebuah kebetulan ataupun kebenaran.
Tiba saja di pintu hadapan, Ryna menarik nafas panjang sebelum memberanikan dirinya untuk menekan loceng sambil memberi salam, memandangkan dia kini takut untuk terus masuk ke dalam rumahnya seperti selalu.
Belum sempat dia memberi salam yang kedua, pintu dibuka laju dan kini dirinya dipeluk erat oleh Puan Sofea. " Ryn! Ryn pergi mana, sayang?! Tahu tak mama sangat sangat sangat risaukan Ryn?!"
" Ma, Ryn mintak maaf..."
" Jangan buat macam ni lagi, faham tak?!"
Ryna mengangguk kecil lalu membalas kembali pelukan mamanya. Tidak lama kemudian, kelibat Tuan Haikal turut muncul di hadapan pintu. " Ryn..." Lelaki kacak berumur 40-an itu hanya mampu tersenyum kecil sambil memandang lembut wajah anaknya yang kini selamat kembali ke pangkuan mereka " Welcome home, sweetheart."
Farish yang dari tadi hanya memerhati sekali lagi terkejut dengan apa yang dilihatnya. Nmaun pada riaksi wajahnya, ianya masih lagi kosong dan tidak beremosi.
Dan apa yang penting kini, dia telah mendapatkan kepastian yang dicari. " I guess, I'll take my leave then."
" Wait, Rish." Nasib baik saja langkah Farish sempat dihalang. Jika tidak, lesap begitu sajalah lelaki itu nampak gayanya. " Ma, Pa. Ni Farish. Dia yang temankan Ryn sepanjang Ryn keluar tadi."
" No, we met just by pure coincidence and never plan it." Ryna mencebik sedikit sambil mengerling memandang Farish. Nampaknya dia salah apabila mengharapkan lelaki it bakal mem back up nya.
YOU ARE READING
Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat Emosi
HumorFarish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal. Sang pencinta wanita, wild and cool, dan naughty and funny. Namun hanya dia seorang saja yang berbe...