Bab 36

4.6K 404 14
                                    

    Sudah hampir 40 minit berlalu, namun Syafiq dan Lisa masing-masing masih lagi menyepi tanpa sebarang kata. Mulut hanya bergerak untuk menguyah makanan sahaja, bukan berbicara.

    Jika hati kedua mempelai itu gusar dan gemuruh, hati Ariffin pula lain ceritanya. Sudah naik lunyai bunga ros yang digenggamnya daripada tadi. sekuntum demi sekuntum, sehinggakan pelayan terpaksa berulang alik ke meja mereka setiap 30 minit.

    Namun misteri dari mana datangnya bunga ros Ariffin masih lagi tidak terungkai.

    Farish yang dari tadi hanya membenamkan wajahnya di antara lengangnya masih lagi cuba untuk melelapkan matanya.

    Memandangkan dia sudah bosan dengan majlis formal begini.

    " Rish?"

    Farish mengangkat sedikit wajahnya sambil matanya dikecilkan memandang Ryna. Terasa silau apabila dia sudah enak melelapkan mata. " Hmm?"

    " Awak okay tak? Kenapa diam je? Tak sihat ke-"

    " I wanna go home."

   Sekali lagi, mereka semua menepuk kuat dahi masing-masing.

    " Silap besar kita bawak dia ni." Ujar Dani sambil mengeluh kecil.

    " Siapa punya cadangan ni, suruh bawak mamat ni?" Soal Danish sambil memandang Ariffin dan Ryna. Memandangkan Hanya antara mereka berdua saja yang akan mengajak mamat poker ni.

    " Saya!" Bukannya rasa serba salah, malah Ryna rasa bangga sambil mengangkat tinggi tanganya dengan matanya yang bundar lagikan bersinar-sinar.

    " Ye, cik? Ada apa yang saya boleh tolong?"

    " Ekkk!" Terkejut gadis itu dibuatnya apabila salah seorang pelayan datang menghampirinya. Tak sangka pula isyarat itu disalah erti.

    " Ta- tak, saya..."

    " Garçon. ( Pelayan ) " 

    Lantas dengan bicara Farish, pelayan tersebut terus memandangnya sambil tersenyum. " Je vous écoute. ( Ye, saya? / Saya mendengar )"

    " Je prendrai un dessert. ( Saya inginkan pencuci mulut )" Balas Farish sambil matanya kosong memang ke arah pelayan tersebut.

    Dengar saja pesanan Farish, pelayan tersebut mengangguk kecil sambil tersenyum berlalu meninggalkan kawasan meja.

    Ryna yang dari tadi hanya memerhati kini terdiam seketika sambil memandang Farish. Lama dia memandang wajah kacak lelaki itu.

    Sungguh lama sehinggakan Farish sedikit jelek dengan pandangan itu.

    Bukan jelek sebenarnya.

    Tapi malu.

    Pandangan gadis itu sangat tak baik buat hatinya.

    " Awak tahu cakap French?"

    " Ada nampak macam dia cakap Melayu ke?" Sampuk Ariffin.

    " Tak. Ingatkan dia cakap bahasa purba Sanskrit tadi."

    " Oh, I thought you nak cakap yang Farish cakap bahasa kebanggaan dia."

    " Bahasa apa?"

   " Bahasa yang hanya orang terencat emosi je faham."

    Selamba, Ariffin dan Ryna high five semasa sendiri. Terburai juga tawa Dani dan Danish yang penat mereka tahan sejak daripada tadi.

    Farish yang tadinya sedikit berminat untuk menjawab soalan Ryna terus terbantut. ' Suka korang gelakkan aku.' Desis hatinya lalu dia kembali ke dunianya sendiri. Termenung sendirian namun pada hakikatnya, matanya memerhati sekeliling.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now