Bab 43

4.6K 445 20
                                    


     " Sa-saya nak mintak maaf..." Lisa menundukkan kepalanya sambil tersenyum kelat. Wajah Ryna pun dia tidak sanggup untuk tatap. Bukan kerana benci, tetapi kerana malu.

    Malu denagn perbuatannya yang mengkhianati kawan sendiri. Yang memusuhi kawan sendiri.

    Sedang Ryna? Gadis itu malah sedaya upaya cuba untuk menolongnya menyelesaikan masalah hubungannya dengan Syafiq.

    Layakkah dia untuk mendapat kawan sebaik Ryna?

    Dari langkah kaki Ryna, kedengaran gadis itu semakin hampir dengannya. Dari bayangan pula, nampak gayanya Ryna sedang perlahan-lahan mengangkat tangannya.

    Rapat mata Lisa dipejam. Dia bersedia menerima apa saja balasan yang bakal diberi oleh Ryna.

    Malah dia sanggup ditampar agar kesalahnnya dapat dimaafkan.

    Namun tanggapannya salah. Sebuah pelukan erat diberikan buat Lisa. " Lain kali jangan pendam sorang-sorang tau? Bagitahu saya apa yang awak rasa. Jangan lah tiba-tiba pulaukan saya macam tu. Saya... takut."

   Kini, pelukan gadis itu semakin erat. Terasa air matanya Ryna mengalir membasahi bahu Lisa. Tergamam seketika Lisa dibuatnya. Perlahan-lahan, dia membalas pelukan Ryna. " Sorry..."

    Hanya itu yang mampu dia katakan. Kali ini, dia tidak mahu apa lagi. Dia sudah memiliki Syafiq. Dia juga sudah mempunyai sahabat yang baik seperti Ryna.

    Dia tidak perlukan apa lagi.

    " Saya janji, saya tak akan pulaukan awak la-"

     Tanpa amaran, Ryna jatuh rebah di hadapan Lisa. Badannya lemah longlai. Sekuat mana pun Lisa menjerit, seolah-olah tidak didengari oleh Ryna.

    Dirinya seolah-olah berada di dalam mimpi.

    Mimpi yang jika boleh, biarlah ia berterusan.

    Selamanya.

*****

     Kepalanya terasa berpusing. Sakitnya tidak perlu diungkapkan lagi. Jika boleh, dia mahu saja menghentakkan kepalanya ke dinding. 

    Sakitnya teramat.

    Dia tidak ingin membuka matanya, namun dia harus tahu, dimana dia berada kini.

    Bantak keras yang tidak dikenali, ketil bersaiz kecil yang semestinya bukan miliknya, dan juga bau.

    Bau harum sesorang yang sudah pastinya adalah lelaki.

    Perlahan-lahan, Ryna membuka matanya. Pedih terasa apabila cahaya lampu yang tepat berada di atasnya menyinar masuk ke dalam matanya. Perlahan-lahan, mulutnya yang kering dibuka. " Kat... mana?"

    " Sleep." Suara lembut yang menenangkan. Lagaknya selamba saja apabila meletakkan kain yang agak basah ke dahi Ryna. Sesekali, dapat merasakan bahawa dahi gadis itu diusap lembut.

    Mungkin itu caranya untuk menenangkan orang yang sakit.

    " Rish?"

    Farish hanya mendiamkan diri. Tanganya lincah menuangkan air ke dalam cawan. Seolah=olah tahu apa yang diinginkan oleh Ryna. Tanpa memberitahu, Farish lantas membangunkan Ryna perlahan-lahan dari baringnya lalu cawan tersebut disua lembut ke mulut gadis itu. 

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now