Bab 40

4.3K 377 10
                                    


    Terangkat sebelah kening Zaki apabila terdapat sampul surat di atas mejanya. Jika ianya surat dari cikgu, pasti akan diserahkan sendiri ke tangannya. Melainkan...

    Zaki mula rasa gelisah di hati. Sampul putih bersih tersebut dipandang lama. Lama juga dia berdiri di hadapan mejanya. Sampai pada satu saat, otaknya mula menangkap sesuatu.

    Surat seperti ini... Surat yang diserahkan secara diam tanpa ingin diketahui siapa penghantarnya. Surat yang didalam pasti terselit tempat pertemuan. Pertemuan yang bakal menimbulkan sebuah cerita yang tidak terduga.

    Zaki meneguk air liur kelat. Selangkah demi selangkah kakinya melangkah mendekati mejanya lalu tanganya mencapai surat tersebut. Kini, tidak disangkal lagi.

    Ini merupakan surat yang dia telah jangka.

    " Zak, kau kenapa-"

    " Syafiq!!! Aku dapat surat cintaaaaaa!!!"

    Tanpa sempat kawan sekelasnya menegur tindakan pelik Zaki, laju saja lelaki itu meninggalkan kelasnya bagi mendapat Syafiq yang berada di kelas sebelah. Terkedu mereka dibuatnya apabila Zaki bertindak begitu.

    " Apa yang bising-"

    " Fiq! Surat cinta!" 

    Syafiq terdiam seribu bahasa.

    Begitu juga dengan kawan sekelas Syafiq.

    Kini, semua mata tertumpu pada Syafiq. Suasana sepi melanda mereka sampailah ketua kelas Syafiq perlahan-lahan menepuk bahunya. " Aku tak sangka selama ni kau suka lelaki."

    " Bu-bukanlah woi! Apa korang ni?! Asal fikir macam tu?!"

    " Dah tu Zaki bagi kau surat cinta?!"

    " Mana ada Zaki bagi aku surat cinta."

    " Tapi Fiq, ni memang surat cinta lah!"

    " Hah tengok tu!"

    " ZAKI!"

    " Hahahahaha!!!" Pecah perut Zaki ketawa apabila salah faham itu menjadi lebih parah. Tak sangka pula Syafiq akan cuak denagn keadaan seperti ini. " Lek, lek. Gurau. Maksud aku, aku dapat surat cinta."

    " Hah?!" 

    Kali ini, bukan saja Syafiq, malah seluruh kelasnya dan juga kelas Zaki turut sama menjerit. Ini sudah jadi satu berita besar!

    " Zaki dapat surat cinta!"

    " Alah! Melepaslah aku! Aku baru nak rapat denagn dia!"

    " Alah, Zak! Jangan lah terima budak tu!"

    Syafiq yang melihat keadaan itu mula terasa hairan. Sepanjang dia berkenalan dengan Zaki, dia tidak sangka pula bahawa lelaki ini popular. Baru dia sedar, bahawa Zaki mempunyai wajah yang hensem. " Boleh tahan popular jugak kau ni."

    " Heh, tengok lah siapa. Ni Zaki lah."

    " Ha ah, Zaki. Budak yang selalu ponte-"

    Belum sempat Syafiq menghabiskan ayatnya, mulutnya telah ditekup kuat oleh Zaki. Nasib baik saja tidak kuat dia cakap, jika tidak pasti terbongkar rahsianya. " Kau! Aku bagitahu kau selalu gaduh dekat belakang sekolah."

    " Aku tak gaduh, aku kene belasah je~" Jawab Syafiq selamba sambil bersiul kecil. " So, tak nak baca surat tu?"

    Tanpa berlengah, surat tersbeut dibuka lalu satu-satu perkataan Zaki baca. Dia senyap, diam tidak terkutik. Sepertinya dia amat khusyuk membaca setiap isi yang ada di dalamnya.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now