Isi Hati Farish ( 4 )

3.8K 341 6
                                    

    Aku seolah-olah kehilangan kata-kata.

    Baru saja tadi aku bangun untuk ke bilik air, tiba-tiba saja ada satu mahkluk tidak dikenali di tempat duduk aku sebaik saja aku kembali dari tandas.

    Namun dari belakang saja, aku dah dapat agak siapa orangnya.

    Rambutnya lebih serabai, tidak terurus seperti selalu. Penampilannya juga lebih teruk berbanding dari pasangan kembar yang baru bangun dari tidur.

    Apa dah jadi?

    Semakin hampir aku berjalan mendekatinya, aku semakin terasa sebak. Dari pantulan tingkap dihadapannya, aku dapat lihat air mata yang mengalir.

    Wajahnya tidak seperti selalu. Tiada senyuman diwajahnya, tiada lesung pipi yang menghiasi kedua belah pipinya.

    Apa aku nak buat ni?

    Lantas, aku mengeluarkan getah rambut dari poket. Selalunya aku guna untuk ikat rambut aku dari menghalang pandangan aku masa tengah buat kerja. 

    Tak apalah, aku ada banyak lagi benda alah ni dekat rumah.

    " You should take care of your hair. It easily get frizzy in raining season. " Perlahan-lahan, rambut dia aku belai. Walaupun kelihatan serabai, namun hakikatnya, rambutnya lembut. 

    Dia masih lagi mendiamkan diri. Tak ada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut dia.

    Ryna yang sekarang ni lebih kurang sama denagn aku yang dulu.

    Aku yang dulunya hidup dalam kegelapan.

    Aku yang dulunya tak tahu lagi apa erti percaya.

    " Far, Ryna. Ni air dia." Aku hanya mengangguk kecil, tanda terima kasih pada Pak Cik Roslan. Tangan aku masih lagi leka membelai rambut budak ni. Mungkin sampai aku puas.

    Siapa suruh rambut dia lembut sangat?

    " Kenapa awak suka hujan?"

    Aku tak sangka itu ayat pertama yang keluar dari mulut dia. Terkejut juga aku tapi macam selalu, muka aku batu sangat sampaikan aku tak tahu nak buat ekspresi apa.

    " No reason. I just love them."

    Mungkin dia dah dapat jawapan yang dia nak, dia terus mendiamkan diri. Memang sama macam aku. 

    Mungkin inilah rasa sakit hati yang selalu kawan aku rasa bila aku acuh tak acuh jawab soalan diorang.

    Haih...

    Dia masih lagi mendiamkan diri, tapi dia tak boleh tipu aku.

    Aku faham perasaan dia. Aku faham apa yang sebenarnya dia nak.

    Sebab aku ambil berat pasal dia...

    " You know..." Aku menghirup nafas panjang sebelum aku sambung ayat aku. Ni kali pertama aku cuba nak pujuk orang. " You can cry if you want to."

    Dia kembali mendiamkan diri. Aku dah pun duduk di sisinya, sambil meneguk perlahan air yang masih panas. 

    Ryna banyak memendam rasa. Dia hari ni lebih banyak berdiam diri dan berfikir sendirian. Ini juga mungkin salah satu benda yang telah membebankan fikirannya kini.

    Aku sama macam biasa. Masih lagi fokus kepada hujan yang aku gemari. Tidak tahu kenapa, tapi aku rasa...

    Waktu aku tenung hujan kali ni... Kebih bermakna bila dia ni ada dekat sebelah aku.

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now