Bab 53

4.1K 402 12
                                    


    Satu nafas panjang ditarik lalu dilepaskan. Tangan mereka saling bergenggaman. Mata masing-masing mendongak memandang bunglo yang kini berada di hadapan mereka.

    Rumah yang sudah hampir 12 thun tidak dijejak oleh mereka

    Rumah dimana terjadinya sebuahtragedi.

    Dani meneguk air liur kelat. Wajah Danish yang berada di sisinya dikerling seketika. Nampkanya adiknya juga sama sepertinya.

    Gembira tetapi takut.

    " Jom masuk?" Dani hanya mengangguk kecil. Seperti yang dijangka, walaupun Danish ialah adik, namun keberanian dan kematangannya meebihi abangnya.

    Mata mereka memandang ke kiri dan ke kanan. Mencari-cari jika kelibat 'dia' kelihatan di mana-mana. Syukur, tiada tanda-tanda tersebut. " Rasanya 'dia' tak ada dekat-"

    " Ya Allah!!!"

    " Ahhhh!!!" 

    Dani dan Danish saling berpelukan. Wajah mereka mula menitis peluh jantan. Mata maisng-maisng kini tertutup rapat. Kalau lah orang yang menegur mereka ini ialah 'dia'...

    ' Selamat tinggal Farish. Terima kasih sebab jaga kitaorang dari dulu sampai sekarang.'

    " Ya Allah! Dani! Danish!" Tanpa amaran, tubuh mereka berdua dipeluk erat oleh seseorang. Seseorang yang berbadan sedikit gempal dan pelukannya seolah-olah tidak mahu dilepaskan. " Ya Allah, alhamdulillah!"

    " Mak Senah?"

    " Ishh! Buat terkejut orang jelah!" Serentak Dani dan Danish menghembus nafas lega. Difikirkan nyawa mereka bakal disingkatkan namun rupanya tidak.

    Mungkin Tuhan tahu amalan mereka di dunia masih tidak mencukupi. Alhamdulillah, diberikan peluang kedua buat mereka.

    " Bila korang balik ni?! Kenapa tak bagitahu?! Kalau tidak boleh masak lebih! Hah! Kain baju mana? Beg korang semua? Takkan tangan kosong je?"

    " Mak Senah... Kitaorang-"

    " Hah! Biar Mak Senah telefon mak kamu! Mesti dia gembira sangat-"

    " Mak Senah!" Jeritan Dani membuatkan Mak Senah tersentak seketika. Dani mengetap kuat giginya. Badannya menggigil kecil. Matanya sedikit berair.

    Lihat saja dari air muka mereka berdua, Mak Senah kini diserang rasa serba salah.

    Nampaknya... Lama lagilah untuk menunggu kepulangan sebenar kedua kembar ini.

    " Mak Senah minta maaf... Ermm... Jom, kita masuk dulu. Mak kamu tak balik hari ni."

    Danish hanya mengangguk kecil. Wajah abangnya dipandang sekilas sebelum dia menarik Dani untuk masuk ke dalam rumah. 

    Dia faham perasaan abangnya. Sungguh, dia sangat mengerti. Tapi dia tidak boleh lemah. Dia harus kuat.

    Kuat untuk menjadi penyokong abangnya dari belakang.

    " Mak Senah sihat?" Danish memulakan bicara tatkala suasana sepi mula menyelubungi mereka bertiga. Dia paling tidak suka akan suasana berat dan tertekan, sama seperti abangnya. Memandangkan mereka berdua berperwatakan happy go lucky.

    " Alhamdulillah, Mak Senah sihat. Kamu berdua tu, macam mana? Makan semua terjaga tak? Pakaian semua? Hah, kesihatan kamu pula"

    Danish lantas tergelak kecil. Sepertinya sudah lama mereka tidak dihujani soalan yang berbaur perhatian seperti ini. 

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now