Bab 50

4.4K 398 78
                                    


    " OH     MY     GOD!"

    Kini, semua pemilik mata yang berada di dalam bangunan yang tersergam megah di tengah ibu kota hampir terjegil keluar apabila kelibat seseorang kelihatan.

    Tinggi lampai, berdada bidang namun badannya tidak terlalu tegap. Rambut perang semula jadinya yang sedikit panjang dikenakan gaya smart dengan menggunakan wax lalu tarik rambutnya ke belakang.

    Pemakaiannya, sangat menonjolkan sifat gentleman, smart dan cool. Sut hitam dan berkemeja lengkap bertali leher. Cara jalanya saja dapat memengsankan sesiapa saja yang melihatnya.

    Apatah lagi renungan matanya yang redup namun tajam.

    Sungguh seksi dan cool.

    " Weyh, siapa tu?!"

    " Kau tak tahu cerita ke? Dia tu kan project manager baru kita!"

    " He's gonna be mine! Sexy gila weyh! So hot!"

    Bisikan demi bisikan singgah di telinganya, namun seperti biasa...

    Farish tidak pernah ambil kesah tentang semua itu. 

    Tombol pintu dipulas setelah dia tiba di pejabatnya. Malas lagi hendak berada di kawasan banyak orang. Lagi lama dia berada di luar, semakin rimas dibuatnya.

    Rimas dengan perangai tamak manusia yang tiada kesudahannya.

    Farish menghela nafas panjang. Ini bukan kali pertama dia berkerja di dalam syarikat, namun ini merupukan kali pertama dia membuat penampilan secara rasmi sebagai pengurus projek. Selama ini, dia hanya bekerja dari rumah.

    Itu pun setelah dipaksa oleh 'dia'.

    Belum sempat pun dia melabuhkan punggungnya, pintu pejabatnya diketuk halus. Sebelum Farish memberi kebenaran masuk padanya, seorang perempuan masuk dengan senyuman di wajah serta tangannya memeluk sebuah fail.

    Lagaknya seperti PA. Bukan personal assistant.

    Perempuan Ampu.

    " Selamat pagi, Tuan Farish. Nama saya Lydia. Saya dilantik oleh pengarah untuk jadi pembantu peribadi-"

    " You're fired."

    " Wha-?!" Hampir terjatuh fail yang berada ditanganya. Hampir juga antungnya tercabut apabila tidak sampai dirinya bergelar PA untuk 10 saat, dia sudah dipecat. " But, why?!"

    " Ada aku suruh kau masuk tadi?" 

    Serentak dengan itu, Lydia menelan air liur kelat. Lelaki dihadapannya ini memang sangat sempurna fizikal, namun auranya amat menakutkan. Sungguh, Farish merupakan seorang yang sadis. 

    " Ta-tapi, takkan lah..."

    " Manners come first. And you don't have any manners."

    " Sa-saya mintak maaf! Lain kali saya-"

    " Jangan lah buli dia ni lebih sangat." Seklai lagi, Lydia dikejutkan apabila tangan seseorang berada di atas kepalanya, mengusap kepalanya seolah-olah memberi semangat buatnya. " Kesian  Lydia ni..."

    " Tuan Pengarah!" 

    Tanpa mengendahkan mereka berdua, Farish melemparkan pandangannya ke luar tingkap yang berada di belakangnya. Cuaca tidak menunjukkan tanda-tanda hendak hujan.

    Pasti hari ini akan jadi satu lagi hari yang membosankan.

    " So, ignoring me now?" Ujaran tuan pengarah sedikit pun tidak memberi kesan pada Farish, malah lelaki itu bertambah diam, seolah-olah berada di dunianya sendiri. " Well, it's okay. Hari ni kamu tak ada kerja. Just go and walk around the office. Get along with the others."

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now