Bab 23

5.3K 425 15
                                    


     " Syafiq, meh turun makan." 

    Syafiq yang mendengar panggilan tersebut hanya mengiakan dalam diam. Dia tidak terasa hendak bercakap dengan sesiapa pun pada ketika ini. Namun dia tidak boleh menafikan hakikat bahawa dia sememangnya sedang lapar.

    Perlahan-lahan, dia menuruni anak tangga. Kelihatan ibu dan ayahnya sedang menunggunya di atas meja makan bersama makanan yang sudah siap terhidang. 

    Kerusi ditarik lalu Syafiq melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan ayahnya. " Kamu dah lama balik?"

    Syafiq menggeleng kecil. " Baru semalam." Jawabnya ringkas sambil menghirup air oren yang siap dituang.

    " Farish macam mana? Sihat? Yang lain semua pun sihat?"

    Syafiq hanya mengangguk kecil. Sepertinya dia tidak mahu bercakap.

    Dato' Jamal dan Datin Siti hanya mampu memandang sesama sendiri sambil mengeluh perlahan. Bukannya mereka tidak sedar akan perangai anak tunggalnya yang kini lebih berat mlut berbanding selalu. 

    Tiba-tiba, otak Dato Jamal bagaikan mendapat satu idea. Dalam diam, segaris senyuman sinis timbul di bibirnya. " Si dia pulak macam mana? Yang namanya-"

    Dalam kejutan yang dia alami, tanpa teragak-agak Syafiq lantas menyumbat seketul ayam goreng ke dalam mulut abahnya. Tergamam seketika mereka bertiga apabila Syafiq berbuat demikian.

    Demi meredakan kejanggalan yang mereka alami, Syafiq memaksakan bibirnya untuk mengukir sebuah senyuman lalu menyumbatkan pula nasi ke dalam mulut ayahnya. ' Se-sedap kan, abah? Lama gila Fiq tak makan dekat rumah!"

    " Abah me-memang selalu ma- Umpphhh!!!" Meronta Dato Jamal dibuatnya apabila suapan maut anaknya itu tidak berhenti. " Fiq! Ay- uphhmm!"

    " Sedap gila kan, bah? Gila lah, mak. Sedap gila."

    Datin Siti yang melihat hanya mampu tersenyum kecil. Walaupun dia tidak tahu apa yang terjadi pada anaknya, namun dia bersyukur bahawa anaknya tidak berubah.

    Tidak sepenuhnya. 

    Seperti Farish.

    " Fiq." Apabila namanya dipanggil lembut, Syafiq menoleh memandang ibunya. " Farish sihat?"

    Syafiq tersenyum sambil mengangguk kecil. " Dia sihat. Macam biasa."

    " Lain kali kalau balik tu, ajak lah dia datang sini sekali. Sunyi dia nanti duduk seorang dekat rumah tu." Celah Dato' Jamal.

    Jujur, mereka suami isteri berdua sudah menganggap kesemua teman baik Syafiq seperti anak-anak mereka. Ariffin, Dani, Danish dan Farish. Kesemuanya dilayan seperti anak kandung mereka.

    Kerana mereka tidak pernah merasakan kasih sayang tersebut.

    Lagipun mereka yang telah mengubah Syafiq. Mengubah masa silam Syafiq menjadi suatu pengajaran buat dirinya.

    Mereka yang telah berjaya mengeluarkan Syafiq dari lembah kegelapan tersebut.

    " Macam mana dengan dia pula?"  Kini Dato Jamal tersenym sambil menyiku kuat lengan sasa anaknya itu. Mula lah dia denagn topik jenakanya itu. " Alah, tunang kesayangan tu."

    Kini, Syafiq benar-benar terdiam seribu bahasa. Seperti yang dijangka, 'dia' masih belum memberitahu kedua ib bapanya mereka berdua tentang status mereka kini. Mungkin ianya adalah untuk menjaga hati mereka.

    Dengan senyuman yang dibuat-buat, Syafiq membalas. " Biasa je. Tak selalu jumpa. Masing-masing sibuk."

    " Jangan dilambat-lambat kan. Benda baik elok dipercepatkan." Datin Siti tersenym lembut sambil meratah sini ikan gorengnya. " Lagipun, dia tu baik budaknya. Dah lama ibu berkenan denagn dia."

Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat EmosiWhere stories live. Discover now